Jumaat, Disember 26, 2008

kacau-bilaunya hatiku..

sekarang dah pukul 3.15 petang.. dah enam jam mak masuk bilik bedah tu.. tak siap2 lagi.. perasaan aku semakin berkecamuk.. jauh di sudut hati, aku harapkan emak akan selamat..

di saat aku tengah risau ni, perasaanku menjadi semakin kacau.. sepatutnya esok aku akan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Etiqa Takaful.. ni untuk part time job yang aku cadang nak buat tu.. suamiku dah menunjukkan aura negatifnya.. di saat macam ni la, dia menunjukkan kuasa vetonya.. membuatkan dadaku rasa macam nak pecah..

aku dah siap sediakan apa yang sepatutnya aku bawak esok.. gambar berukuran pasport pun aku dah siap ambil pagi tadi.. tiba2 dia bangkitkan soal siapa nak jaga anak sebab emak masih tak keluar lagi dari bilik bedah.. nasib baik dia bukan kat depan mata.. kalau tak, dah kena tubing dah.. [pinjam perkataan kegemaran angah, 'tubing'].. lepas tu, dia cakap lagi, nanti dia masuk kerja lambat sebab aku kursus kat tanjung bidara.. jauuuhhh sangat.. eeiii... mendidih2 rasanya darah aku dah ni.. macam la dia masuk kerja ada punch card.. kerja kedai makan jer.. dek kerana terlalu geram, aku tak balas pun sms dia.. takut nanti tertulis perkataan yang akan menyakitkan hati.. dosa tau..

di saat orang semua risaukan keadaan emak, tak ku sangka suamiku masih mementingkan dirinya.. aku tak rasa kursus yang akan aku hadiri esok tu tak berfaedah.. aku dah bersemangat nak buat part time job tu.. sebab aku bersungguh2 nak menambah pendapatan.. lagi satu, aku yakin aku boleh.. apalah salahnya dia mengalah sikit.. bukannya tetiap minggu aku berkursus..

berkecamuk jadinya hati aku ni...

15 jejak bertapak:

Tie berkata...

Sabarlah dek. Semua itu dugaan dari tuhan.

Hidup kita ni macam tu laaa.. Lebih2 lagi kita ni perempuan. Rasa macam tak de kepentingan je... Sama2 lah kita hargai diri kita sendiri... Akak sokong adek. Buatlah yang difikirkan baik. Tapi keredhaan suami tu penting. Bincanglah dengan baik, dari hati ke hati. Dia akan faham kiranya adek luahkan segalanya(bodeklah sket.) Lelaki ni lemah tang tu...hi hi..

azza_irah berkata...

salam kak nur..
moga mak akak selamat dan dilindungi..berdoalah..

kak..
kadang2 org susah nak paham niat ikhlas kita..
biar lah apa yg dipikir oleh suami akk..cb lah di bawa duduk semeja..insya allah semuanya akan slesai..lagikan lidah leh tergigit kan..

Tanpa Nama berkata...

Sebagai tambahan drpd komen Tie di atas; -

Dalam keadaan, maka sahih-lah si suami tidak redha membenarkan si isteri pergi!

kalau mcm tu haram isteri keluar dari rumah!

Malah ditakuti nanti bencana lain pula yg lagi besar!

Tidak ada satu nas pun mewajibkan isteri keluar mencari rezeki. Dan dalam keadaan yg suami masih mampu mencari rezeki, tidak ada satu rukshah (keringanan yg dibenarkan oleh nas) pun yg membenarkan isteri berpergian utk menambah rezeki tanpa keredhaan si suami!

Justeru bukan tanggungjawab sebenar si isteri! Apatah lagi utk mencari wang tambahan buat family!

Sudah pasti, banyak sudah si suami puan memikirkan perkara ini! Cuma masih menggunakan kaedah berlembut agar kita sedar bhw dia sebenarnya tidak redha kita berpergian!

Itu menujukkan dia masih mampu bertolak ansur dengan baik berbanding dia melarang keras!...Jangalah mengambil kesempatan yg keterlaluan di atas kelembutan si suami dgn menyatakan dia terlalu ego! Memang hak si suami menggunakan veto-nya pada bila2 masa. Itu lah dinamakan pemimpin yg sejati! Atau mahukah kita bersuamikan suami yg dipimpin, bukan memimpin?!


Kalaulah kita degil sekalipn, lalu keluar dan ditakdirkan berjaya dlm bidang tersebut! Belum tahu lagi kita bahagia dan rezeki yg kita kumpul itu berkat lalu benar2 membantu keluarga! Sebaliknya mungkin bencana yg dahsyat ke atas diri kita dan keluarga, atau diaknat oleh Tuhan ke atas kita!

Atau disebbakan kita si suami, anak2 dan diri sendiri yg punah lalu masuk Jahanam!

Mahukah puan menjadi punca org lain masuk ke neraka?!

Dalam apa pun jua perkara, kesabaran dan beriltizam menurut ajaran Nabi Muhammad SAW adalah lebih utama dari yg lain!

Inilah dinamakan godaan dan cabaran hidup!

Kita kena kenal mana yg wajib, harus dan haram! Kena tahu tanggungjawab yg genuine atau tanggungjawab maya yg juga banyak unsur subahah dgn syaitan...

Kemudian bertindaklah dari situ...buatlah keputusan yg baik utk keluarga dan diri sendiri!

Ingatlah akan maksud nas; Quran dan Hadis antara bunyinyer, “sebaik2 wanita itu adalah tempatnya di rumah, dan wajib bagi si suami keluar mencari nafkah untuk keluarganya!”

Bidalan arab ada menyatakan, sejahat2 wanita adalah yg membuat suaminya dayus!

Firman Allah SWT di dlm Quran antara maksudnya ialah, “lelaki yg dayus tidak akan dimasukan ke syurga, malahan neraka adalah tempat sebaik2nya”

“mereka yg menjadi guru (punca) kesesatan akan diseksa sekeras-kerasnya”,(sohibul soleh)

Mudah2an keluarga puan akan selamat dan dirahmati Allah SWT.

Bersabar, bertenang, adalah lebih baik drpd mengikut emosi amarah – memudahkan api jahanam dlm hati itu membakar jiwa lalu menjurus ke neraka!

Nauzubilah himinzalik!

akhir kalam, selamilah ilmu ikhlas.. dan iklaskanlah hati anda utk Allah, Suami dan Anak2!

mudah2an Puan faham maksud ini!

amin!

naz ilyn berkata...

Salam...

betul tu kata kak tie... bawalah berbincang bebaik... yang penting buang segala rasa ego... lapangkan dada... berbincang dengan hati yang tenang...

p/s: bodek baik-baik... insyaAllah moga bejaya...amin.

erisya nor berkata...

salaams Nurdaniella..

mak camner? erisya doakan agar mak nurdaniella pulih....

tentang suami tuh...rata2 lelaki memang egois camtuh...tak pe...mintak kat Allah bebanyak agar dia nampak rasionalnya tindakan Nurdaniella....kita tak leh nak ubah persepsi suami tapi kita boleh ubah paradigma diri....tak guna berkeras ngan egois ni....guna cara lembut dan banyakkan minta pada Allah...insyaAllah doa isteri takkan disia2kan..apatah lagi kita berniat nak bantu keluarga. Allah tahu niat kita. orang tak tahu masalah kita.orang tak tolongpun jika tahu..sekadar menghakimi jer!

p/s: sebaiknya para suami redhakanlah pemergian isteri mencari nafkah...kalau tak mampu atau tak mahu nak usaha lebih.Bukan nak mewah...demi anak2 yang kian membesar dan perlukan wang yang lebih untuk masuk universiti dsbnya. kalau tak usaha, wang tak turun dari langit!

Tie berkata...

Maza ooi...kacau daun je..

Kalau semua suami macam maza ni..tak perlulah siisteri susah2 cari pendapatan lebih. Wife maza kan kerja........

Jangan fikir semua suami mampu nak sara hidup macam hubby Tie tu... Ada yang perlu bantuan dari isteri tapi rasa malu nak ngaku. Hi hi..jangan marah laa...

Setengah2 isteri boleh tambah pendapatan keluarga tanpa mengganggu urusan rumahtangga. Malah lebih hebat dari house manager macam Tie ni..hu hu..

So, suami kena bagi peluang laa... Kalau dirasakan isteri tak boleh membantu atau rumah jadi kucarkacir barulah boleh larang dia bekerja. Itu sudah mesti!!

Walau macam mana pun...berbincang dulu. Jangan terus kata no! Isteri pun akan faham bila ia sedar bekerja itu hanya bawa kepada keburukan.

Kena sama2 happy laaa. Walaupun hubby Tie larang bekerja, Tie tak monyok sebab dia beri Tie kebebasan kat rumah ni...(boleh dok nglor dan blogging nih!) dan dia buat Tie rasa dihargai...tak perlu susah payah cari duit lain..hehe..

erisya nor berkata...

tie (slam kenal) ,

bertuahnya badan! suami mampu memberi nafkah tanpa perlu Tie keluar rumah. Betul, tak semua suami mampu begitu...sebab tuh kena cari alternatif lain.

Kawan2 erisya pun ramai yang bekerja sekadar suka2 jer..gaji buat simpanan dan beli aset di hari tua jer..maklum, suami mampu biaya keluarga! Suami mereka pun tak sekat isteri mengejar impian sejak kecil...iaitu memiliki karier sendiri. Jujur, jika ada pilihan, erisya pun nak jadi macam Tie...dok rumah serta berusaha menjadi isteri yang baik... penatlah cari duit ni! namun tak semua bertuah macam Tie :)

Dearie Pearls berkata...

Turut berkecamuk..
huhu..
Bincang bebaik, okey rasanyer..
hehe..

Tanpa Nama berkata...

Tie - laa..

kan suami dia dah bagi signal tak bagi pergi tu...

relaks ajelah kat rumah!

Takkan mana harta di dunia nie ni Tie oiii

karang yg kendung berciciran yang dikejar tak dapat!

apa2 hal....kata2 muktamat

"bawa berbincang dgn suami baik2.. kalau penting sangat nak sangat.. pujuklah dgn baik2..

tapi kena ingat bumi yang dipijak, langit yang dijunjung!

jgn sampai nanti, "oh sana, oh sini, abang sana, abang sini, kalau tak der saya semua tak dpat.....dan bla, bla, bla"

lagi satu kalau semua suami mcm maza atau suam Tie.. ahak....senang je lah dalam dunia.. tak perlu ada muzakarah, takzkirah apatah lagi tabligh, dakwah dan fatonah!

hahahahha

salam utk isteri dan suami....hehehhehe

Tanpa Nama berkata...

erk! Tuan tanah..

sebenarnya elok gak kita dptkan response dr pelbagai pihak.. sama ada dri kaum sejenis atau bukan.. atau isteri atau laki orang..

kepelabgaian ini memberikan banyak pilihan....

pilihan ini memberikan kematangan dlm fikiran

heheheh

pilih la yg mana elok.. kami membuat penilaian berdasarkan apa yg kami hadapi, bukannya apa yg Tuan Tanah sedang hadapi dan pengalaman yg lalu....

salam dri maza...
heheh

maza: budak cikang cendul...

hehhehe

nurdaniella berkata...

kak tie, terima kasih yer kak.. mungkin ada hikmahNya kenapa suami tak bagi pergi.. lepas mak keluar dari bilik bedah, terus masuk icu.. takkan nak tinggalkan mak kat icu tu.. huhu..

azza, terima kasih atas nasihat tu..

maza, niat saya ikhlas nak tolong suami.. kalau dia mampu, tak perlu saya bersusah payah bekerja dan pening2 kepala pikir pasal nak cari duit lebih..

naz ilyn, tak sempat nak berbincang lagi, masalah dah selesai..

erisya, alhamdulillah mak dah ok..

nurdaniella berkata...

LotsOfLove, maaf kerana turut kecamukkan hati LoL sekali.. naper tak boleh masuk ke blog LoL yer.. nak ucapkan merry christmas pun tak dapat..

nurdaniella berkata...

maza, saya bukannya nak kejar harta dunia tapi saya nak berusaha lebih sikit sebab saya tak berharta.. saya kena kejar sebab saya tak ada benda yang nak dikendong..

erisya nor berkata...

Nurdaniella...tak salah mengejar ni'mat hidup...kalau tak, takkanlah rasulullah saw ajar doa untuk kaya, doa untuk bayar hutang dsbnya....malah Allah pun pesan, lepas solat, bertebaranlah di muka bumi untuk mencari rezeki :) Yang salah jika buat sesuatu yang haram. Tawakal tanpa usaha pun tak leh gak...namun, apapun kena ikut arahan suami kecuali arahannya itu memudharatkan iman kita sebab tuh susah jadi suami ni..tak heranlah ramai yang masuk ke neraka kerana isteri...hmm..banyak kes nafkah yang diadu di mahkamah syariah :(

nurdaniella berkata...

erisya, setuju ngan erisya.. sekarang ni, yang penting niat hati kita.. kalau tujuan kita nak jadi kaya sebab nak menunjuk2, itu dah nyata salah la.. tapi kalau niat kita nak jadi senang sebab untuk kesenangan anak2, rasanya tu tak salah, kan..