Rabu, Disember 10, 2008

lu fikirlah sendiri..

hehe.. tiru nabil la pulak tajuk aku kali ni.. bukannya apa, aku saja jer nak bagi sedikit pedoman buat gadis2 di luar sana yang sedang mencari jejaka pilihan.. zaman sekarang ni kena hati2 dalam memilih pasangan.. kita kawin ni kalau boleh biarlah sampai ke ujung nyawa.. jangan tersalah pilih.. nanti jadi macam ni, ku sangkakan intan, rupanya kaca botol long chan.. so, ni ada la sedikit panduan untuk engkorang....

lelaki2 yang tak patut dijadikan pasangan..

~ lelaki yang mata keranjang > aku cukup pantang kalau dapat pak we cam ni.. kita ada kat sebelah pun, dia masih nak pandang pompuan lain.. kalau pandang jer, tak pe.. ni siap kenyit2 mata, pastu sampai berpusing batang leher menoleh awek lain.. kalau kawin ngan lelaki cam ni, besar la harapan dapat 'madu'..

~ lelaki mata duitan > jangan ingat pompuan jer ada mata duitan.. lelaki zaman sekarang ni pun dah berlambak2 jenis ni tau.. tiap kali keluar dating, pasti kita yang kena belanja.. pastu, minyak kereta pun kita yang keluar duit.. kalau kawin ngan lelaki ni, mesti jadi begini.. duit kau duit aku, duit aku duit aku la.. hua hua hua..

~ lelaki cakap besar > ni lagi satu yang aku cukup tak gemar.. cakap berdegar2.. semua dia boleh buat.. semua dia ada.. tapi habuk pun tarak.. makan hati berulam jantung la kalau dapat lelaki cam ni..

~ lelaki alim2 kucing > lelaki jenis ni pandai berpura2.. kalau depan kawan2 kita ke atau depan famili kita ke, pijak semut pun tak mati.. cakap pun slow jer.. berhemah la konon.. dah kawin barulah tau, bila marah, kaki tangan semua berjalan.. lebam2 la badan.. haru biru la hidup..

~ lelaki kayu > hehe.. ni jenis yang tak romantik langsung.. macam tak de perasaan jer.. bila kita merajuk, dia boleh buat tak reti jer.. last2, kita la yang pujuk diri kita sendiri.. kalau hidup dengan orang macam ni, boleh mati perasaan cinta kita pada dia.. ye la, perasaan ni kan harus sentiasa di pupuk, di belai.. kalau dah dia tak de perasaan, macam mana dia nak pupuk, belai perasaan kita?? lama2 layulah 'pokok' cinta kita tu..

untuk pengetahuan engkorang, ni semua adalah pendapat aku jer.. tak de kena mengena dengan yang hidup ataupun yang dah mati.. so, kalau ada yang tersinggung tu, aku mintak maaf la bebanyak yer.. dari ujung kuku kaki sampai ujung rambut..

15 jejak bertapak:

erisya nor berkata...

nurdaniella, mungkin sabtu ni nak jumpa Lin. kami bertemu di rumah sewa Lin bukan di kpg...jauh tapi kalau boleh join....baguslah!

erisya nor berkata...

ooops! lupa lak nak komen n3 ni. semua jenis lelaki dalam senarai tuh erisya dah jumpa...susah nak jumpa lelaki yang 100% sesuai ngan taste kita ...tapi kalau boleh beri markah 6/10....kira orait ler tuh ;)

perkahwinan ni perjudian...kekadang seblom kawin kayu tapi bila dah kawin pandai lak nak romantik (mcm hubby erisya huhuhu) kekadang tuh seblom kawin loving tapi bila dah kawin lain lak jadinya....susah nak kata. tak kira kita kahwin ngan sape...tetap ada dugaan menimpa...dulu pun ramai lelaki mengadu kat erisya pasal isteri masing2...sebab tuh selepas kawin erisya usahakan tidak melakukan apa yang mereka komplen tuh..

nurdaniella berkata...

huhu.. susah kan nak cari yang betul2 sesuai ngan kehendak kita.. tapi, manusia memang tiada yang sempurna.. asalkan boleh berubah, kira ok la tu..

nurdaniella berkata...

ooopppsssss... lupa lak nak reply komen yang atas tu.. nanti kalau jumpa ngan lin, sampaikan salam dari saya..

en_me berkata...

"Janganlah kamu kahwini wanita kerana kecantikan mereka, kerana kemungkinan kecantikan itu akan menghancurkan mereka sendiri. Dan janganlah kamu kahwini wanita kerana harta mereka, kerana mungkin harta itu menyebabkan mereka derhaka. Tetapi kahwinilah mereka atas dasar agama. Sesungguhnya hamba yang hitam, tetapi beragama, adalah lebih baik" .. hi akak nur ittewww, salammmz

nurdaniella berkata...

thanks en me itteww, sebab sudi singgah.. itu pedoman untuk orang lelaki.. yang akak bagi tu, pedoman untuk orang pompuan.. sama2 la kita ada panduan, kan...

Tanpa Nama berkata...

Kak bunyi mcm org frust je....Kanape?.

Tapi, terus terang cakap, kalau saya jumpa lelaki2 mcm ni, dah lama saya angkat kaki.....heheheh

Buat menyiksa diri jek..

nurdaniella berkata...

arryani, ntah kenapa tetiba jer rasa macam nak lepaskan geram.. huhu..

PUTUBAMBU berkata...

satu lagi.. jauhi lelaki yg kedekut..

faqiha berkata...

btul2 skrg kene hati2 nk cr lelaki pilihan

nurdaniella berkata...

putu, faqiha, betul betul betul..

Darling Pya berkata...

hi nur...
salam perkenalan dr pia ;-)

emm...zaman skrg nie mmg susah nk cari lelaki idaman...
kdg2 dpn kita punye le setia
tp blkg kita???
Allah je yg tau...

nur, nnt saya link kan blog saya dgn blog awk ye
& hope u'll do d same ye..
sama2 promote blog...

take care ;-)

nurdaniella berkata...

salam perkenalan juga buat acu sayang.. ok, bisa di atur..

Dearie Pearls berkata...

lelaki yang kayu cam hampeh.. hakhak.. xsuker..
sume jenis yg dihuraikan cam hampeh ar.. haha..
mintak jer dijauhi..
jauhi jugak lelaki yg mulut manis, romantik amat.. kalau bebetul romantik xper ar.. kalau saja2 nak tawan perasaan kita, sakit tue..
eh, aku mengarut ker nie? xkan? hehe..

nurdaniella berkata...

lotsoflove, susah nak carik yang betul2 sejiwa ngan kita.. tapi, tu la, nobody is perfect.. dapat yang 'ok' pun dah bersyukur dah..