Rabu, Disember 31, 2008

selamat tahun baru..

ada lagi lebih kurang 10 jam sebelum 2008 ini ku tinggalkan.. rasanya tahun ni banyak yang pahit dari manis.. tapi itu semua dugaan.. yang menjadikan hidup lebih bermakna dan kita menjadi semakin berpengalaman.. sesungguhnya pengalaman itu mendewasakan kita..

semua orang pastinya mengharapkan kedatangan tahun baru ini membawa bersama sinar harapan dan kebahagiaan.. mungkin juga ada yang mengharapkan hidup mereka bertambah senang, seperti aku.. tak perlu menjadi kaya, sederhana sahaja sudah mencukupi.. bukankah dalam apa jua situasi, kesederhanaan itu lebih baik..

azamku di tahun baru ini, aku berjaya membuka perniagaan yang aku idamkan.. aku nak jadi businesswoman.. lepas tu, aku akan merebut semula anak2 pertamaku.. dan aku dan familiku bahagia bersama sehingga ke ujung nyawa.. Aamiiiiin..

8 jejak bertapak:

erisya nor berkata...

salaams Nurdaniella,

selamat tahun baru hijra dan tahun baru masihi :)

betul tuh...yang penting dapat rezeki yang diberkati...erisya sekarangpun, sejak amalkan beberapa doa untuk rezeki, alhamdulillah rasa sangat dapat rezeki yang berkat (padahal tak buat part-time)...ada jer rezeki masuk...sampai tertanya2 dari mana? Yang penting jangan tingal solat dhuha ..insaAllah jiwa kita kan tenang (ketenanganpun rezeki gak tuh...)

nurdaniella berkata...

erisya, boleh la ajar saya doa2 tu.. insya Allah, saya akan amalkan solat dhuha tu.. ketenangan pun rezeki jugak..

erisya nor berkata...

insyaAllah nanti erisya masukkan dalam entry semua doa2 yang baik untuk rezeki. nyanyian selawat kat blog erisya sekarangpun untuk murahkan rezeki :)

bagi erisya bukan wang yang banyak..tapi keberkatan yang penting. Gaji sama jer..tapi sejak amal sumer tuh alhamdulillah rezeki tak putus.

nurdaniella berkata...

erisya, saya bukan mata duitan.. cukuplah sekadar dapat melepaskan beban yang ada di bahu..

Dearie Pearls berkata...

Amin..

Dearie Pearls berkata...

Kak..
banyak pertanyaan yang bermain d minda..
wht actually happened?
Puisi "aku cuma aku"
menimbulkan tanda tanya..
huhu..

"lepas tu, aku akan merebut semula anak2 pertamaku.. dan aku dan familiku bahagia bersama sehingga ke ujung nyawa.."

LOL yg bz body..hehe
Nway, terus tabah k..

nurdaniella berkata...

LOL, jika hendak diceritakan semuanya, pasti penuh blog ni.. pasal anak2 pertama, ada akak ceritakan dalam post yang dulu2.. tentang puisi tu, ianya amat pedih untuk diceritakan..

Dearie Pearls berkata...

Ada ke?
Ok, ok..
LOL cari nnt k..
xper kak.. mungkin lama2 LOL akan tahu jugak melalui coretan demi coretan akak..
hehe..
Salam kak.