Jumaat, Februari 20, 2009

tag lagi.. kali ni dari erisya nor..

aku kena tag lagi.. biasa la.. aku tag orang, orang tag aku.. huhu.. kali ni dari erisya pulak.. tapi, biasanya dia jarang2 nak tag orang lain.. agaknya nak balas dendam kot.. hehe.. jangan marah ar.. gurau jer.. oleh kerana tag dia tak bertajuk, maka aku masuk la blog orang yang mengetag dia tu dan copy paste tajuknya.. maka, inilah tajuk asalnya.. LOL tiru akak yer..

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk dipadankan dengan ibunya.. tak kira la ibu dia kat pintu ke, almari ke atau dalam kereta ke..
Kegunaan sampingan - selalunya untuk menggaru tapi sejak dua menjak ni, aku guna untuk tekan keypad handphone sebab anak aku dah kopek satu nombor kat keypad tu.. bila nak sms, terpaksa la guna anak kunci tu.. huhu..

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - untuk menutup pen bila dah tak digunakan.
Kegunaan sampingan - untuk dikonyel2 masa tengah tunggu idea.. tapi, dah lama tak buat.. masa sekolah dulu selalu la, especially masa tengah periksa..

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - untuk menyimpan air.
Kegunaan sampingan - potong dua dan bagi mak tanam sayur kangkung..

4) Paper lama
Kegunaan asal - untuk di baca..
Kegunaan sampingan - jual kat lori yang jerit, 'suratkhabar lama!'

5) Seluar 'D' lama
Kegunaan asal -semestinya untuk di pakai.
Kegunaan sampingan - tak pernah pulak recycle seluar 'D' ni.. sesuatu yang memalukan untuk di kitar semula..

6) Lesung batu
Kegunaan asal - untuk menumbuk bawang merah, bawang putih dsb..
Kegunaan sampingan - sama macam erisya.. untuk memecahkan air batu..

7) Langsir
Kegunaan asal - untuk menghias rumah..
Kegunaan sampingan - untuk mengelap tangan ataupun untuk menyorok dari anak..

8) Komputer pejabat
Kegunaan asal - untuk buat kerja rasmi.
Kegunaan sampingan - untuk berblogging dan main game.. dah lama tak berYM..

9) Duit syiling
Kegunaan asal - untuk bayar tambang bas..
Kegunaan sampingan - untuk layan anak bermain.. huhu.. kena pusingkan macam gasing..

10) Laman Blog
Kegunaan asal - untuk meluahkan apa yang terpendam dan buat macam diari..
Kegunaan sampingan - tak sangka dapat ayah, adik dan teman2 yang boleh berkongsi suka dan duka kat sini..

Next person:
1. en_me

hehe.. aku nak tag en_me seorang je.. naper?? sebab baru aku tau rupanya en_me ni suka kena tag.. ngee.. jawab ye en_me iteww..

5 jejak bertapak:

en_me berkata...

ammvoiii.. me suker tag katernyerr

nurdaniella berkata...

salam en_me.. tak suka ker?? ngee..

Dearie Pearls berkata...

Hye kak..
mornin..
orait kak..
LOL nak copy dr akak plak..
huhu..
kak Erisya terburu2 tu..
tu yang terlupa segala tajuk2nyer..
trus beri soalan jer..
huhu..
nnt aku jwb tag neh..
xyah aku nak fikir banyak2..
huhu..
aku ada 2 utang tag..
ngeeeeeeee...

*ble plak sembunyi2 sebalik langsir..
ngee

erisya nor berkata...

hahaha banyak juga kegunaan benda2 tu sumer...tengok apa yang LOL buat ngan benda2 tuh :)

nurdaniella berkata...

hai LOL, erisya selalu macam tu, kan.. ngee..

salam erisya, tak sabar nak tunggu LOL jawab.. hehe..