Khamis, April 23, 2009

arwah akak..

sebenarnya, dah lama aku nak ceritakan tentang akak.. di antara aku dan adik, ada seorang lagi insan yang bergelar adik pada aku.. jurang usia antara aku dengan dia adalah 7 tahun.. jauh, kann.. oleh kerana jarak usia antara dia dengan adik cuma 3 tahun sahaja, maka mereka berdua agak rapat jugak la.. sebab itu, seorang akak dan seorang lagi, adik..

seandainya akak masih hidup, usianya sekarang hampir mencecah 30 tahun.. sebaya dengan datuk siti.. dia pergi hampir 6 tahun yang lepas.. ketika berusia 24 tahun.. sebab2 dia meninggal?? huhu..

semuanya berpunca dari kemalangan motor bersama rakan baiknya, sabarina.. mereka berdua memang terlalu rapat.. mula berkawan sejak dari tadika sehinggalah ke akhir usia akak.. dari alam persekolahan sehinggalah alam pekerjaan, mereka tidak pernah berpisah.. waktu itu, dalam musim raya.. mereka dalam perjalanan pulang selepas beraya di rumah kawan sekerja.. tiba di satu selekoh tajam di bertam ulu, mereka berdua tergolek selepas motor mereka terbabas.. kat situ memang selalu kemalangan motor.. mungkin sebab jalan tu berpasir.. akak terjatuh dengan keadaan dadanya terhentak di atas jalan.. mujurlah tiada kecederaan serius akibat dari kemalangan kecil tu.. dan syukur juga kerana tiada kenderaan lain di belakang mereka waktu itu..

akibat dari kemalangan tu juga, akak selalu mengadu sakit dada.. memang selepas terjatuh tu, mereka pergi ke hospital tapi, tau2 je la kalau dah namanya hospital kerajaan tu.. mereka cuma periksa kecederaan luaran sahaja.. tak de pun nak x ray..

bila akak asyik sakit dada, kami suruh dia ke klinik bayar untuk buat x ray.. manalah tau, kann.. hasilnya, doktor kata hati akak bengkak.. dan akak diarahkan ke hospital melaka untuk pemeriksaan lanjut.. tapi, akak ni ikut perangai mak.. penakut.. aku rasa dari tempoh akak ke klinik sampai dia pergi ke hospital tu, ambil masa sebulan lebih jugak la.. takut punya pasal.. bila akak dah buat pemeriksaan kat hospital, doktor dapati ada ketumbuhan kat saluran dari hati ke hempedunya.. sebab tu la dia selalu sakit kat dada..

selepas tu, doktor kat hospital melaka pun buatlah satu pembedahan.. konon2 nak buang ketumbuhan tu.. hasilnya, ketumbuhan tu tak dapat di buang kerana ianya hidup.. maknanya ketumbuhan tu ada urat saraf dan saluran darah.. kalau di potong, ianya akan menyebabkan pendarahan yang teruk.. doktor kata lagi, ketumbuhan tu tak sama macam tumor2 yang lain.. kalau tumor yang biasa, ianya tak de urat saraf ataupun saluran darah.. boleh di potong macam tu jer.. jadi, sia2 je la pembedahan tu..

aku kesian kat akak sebab lepas kena bedah tu, dia terpaksa menahan sakit lain pulak.. masa kena bedah tu, doktor tu belah dada akak secara menegak, jadi kalau nak duduk, memang sakit.. dan kes akak ni dirujuk pada hospital selayang.. doktor kat hospital melaka sempat ambil sedikit ketumbuhan akak tu untuk di buat ujian.. dan sampel tu turut di hantar ke hospital selayang..

cerita selanjutnya akan aku sambung.. tunggu..

8 jejak bertapak:

Dearie Pearls berkata...

Selamat pagi kak..
Rindu ngn akak..
Rasa xsabar nak baca sambungan kisah Kakak akak..
Nway, semoga dia di tempatkan dikalangan insan yang diredhai olehNya..

Happy day kak..

Dearie Pearls berkata...

Nak tambah:
Dah semakin meriah plak 'Rumah' akak ea..?
ChanteQ backgroundnyer..

achik berkata...

al-fatihah utk arwah akak..

Tanpa Nama berkata...

Alfatihah untuk arwah.

Kak tie tak tahu lak ada jenis ketumbuhan begitu, ya. Nanti senang boleh sambung cerita tu...

erisya nor berkata...

hmm..muda lagi dah pergi...begitulah hidup ini. Tiap orang pasti kembali...itulah janji kita...sebenarnya untung pergi muda ni..tak banyak dosa kan?..tapi ntahlah...tak pernah rasa bersedia tapi bila tengok orang tua2 ..tak sanggup lak nak idup lama camtuh!

hmmm tak sabar nak tunggu sambungannya ...commercial break ka? eh mcm sinetron lak!

nurdaniella berkata...

LOL, bersabar yer.. akan di sambung bila aiman 'bercuti'.. hehe.. cantik ker rumah baru ni?? thanks..

achik, al-fatihah.. terima kasih..

kak tie, saya pun tau bila arwah ni kena.. nanti saya sambung, ye kak..

erisya, masa dia pergi tu, memang sedih sangat sebab dia lebih muda dari kita.. lumrah alam kan, selalunya yang tua2 jer pergi dulu.. tapi, betul kata erisya tu.. pergi muda2 ni, tak banyak dosa.. akak pasti arwah ni pasti bahagia di sana.. sebab mak terlalu sayangkan dia..

fazemy berkata...

Byk betul kisah sedih kak daniella ni kan. satu demi satu insan tersyg meninggalkan kesedihan. tapi saya respek akak. sbb akak tros tabah dlm kehidupan. tros ada usaha untuk maju dlm hidup. tahniah kak daniella.

Saya doakan smoga arwah kakak akak ni dicucuri rahmat Ilahi. AMinn..

nanti smbung yer.

nurdaniella berkata...

emy, huhu.. moga2 akak akan terus dipinjamkan ketabahan ni.. 'akak' ialah adik kepada akak..