Sabtu, Mei 30, 2009

syukur pada Allah kerana memudahkan segala urusan aku.. dan terima kasih pada teman2 yang sama2 prihatin..

pagi semalam aku bertolak dari rumah kira2 jam 7.15 pagi.. aku tumpang kereta teman baik suami aku.. kebetulan dia ada meeting kat bukit jalil.. dia kerja di majlis sukan negara kat daerah jasin.. mujur dia sudi tumpangkan kami anak beranak.. selepas hantar dia kat kompleks sukan negara kat bukit jalil tu, kami teruskan perjalanan ke IJN ngan kereta dia.. sampai kat IJN kira2 jam 9.25 pagi..

biasanya urusan di IJN mengambil masa kira2 dua jam atau lebih.. tapi semalam, ada 2 perubahan besar di IJN.. pertamanya, klinik paediatrik nyer dah berpindah ke tempat baru.. lebih luas dan lebih selesa.. biasanya, kalau di tempat lama, memang sesak.. sampai ada yang terpaksa berdiri semasa menunggu giliran untuk berjumpa doktor.. sekarang ni, dah selesa yang teramat.. nampak macam tak ramai jer pesakit2 nyer..

ke duanya, masa aku sampai tu, nombor giliran yang tertera kat atas pintu bilik doktor tu adalah 5102.. dan nombor giliran untuk aku pulak ialah 5104.. huhu, seronoknya aku.. biasanya aku dapat selang 30 ataupun 40 dari nombor yang sedang tertera.. satu perubahan yang amat2 ketara, kann..

dan buat pertama kalinya juga, aiman dapat rawatan dari seorang doktor berbangsa arab.. huhu.. aku tak tau la dari negara mana.. bila dia tanya, sihatuka?? aku jawab la, aiman demam.. tetiba nurse tu cakap, dia tak faham kak.. hehe.. tersipu2 aku.. aku pun speaking la, kata aiman ni dah seminggu demam.. dia cuma angguk2 jer.. pastu dia tanya lagi, sihatuka?? rupanya maksud dia tu, dia nak tau aiman ni aktif ker macam budak2 normal.. huh, masalah jugak la kalau dapat doktor macam ni.. tak dapat nak melebarkan perbualan..

dan urusan aku di IJN selesai kira2 jam 10.25 pagi.. satu jam jer masanya.. kalau dulu2, selagi belum pukul 12 lebih, selagi tulah aku tercongok jer kat kerusi kat klinik paediatrik tu.. kekadang tu sampai aiman tertidur2.. keluar dari IJN, kami pergi semula kat kompleks sukan negara tu.. belum habis lagi rupanya meeting member suamiku itu.. dia pun siap suruh kami pergi merayau dulu.. hehe.. apalagi, peluang keemasan ni.. kebetulan dekat2 situ ada shopping complex.. ngeeee..

endah parade, tu la tempat yang kami tuju.. memang pun aku nak beli barang2 sikit.. so, dah terlanjur tu, kami beli la apa yang patut.. kalau nak di bandingkan harganya dengan kat melaka, aku rasa kat sini lebih murah kot.. adalah kurang seringgit, dua.. ok la tu, kann.. selesai jer kami shopping, member suamiku pun telefon.. urusan dia pun dah selesai.. ngam2 jer timing nyer..

aku sampai kat rumah kira2 jam 6.45 petang.. kenapa lambat sangat?? huhu.. dah member suami aku tu ajak pergi kat rumah dia pulak.. kitorang ok jer.. hehe.. janji kami selamat pergi dan selamat balik.. temujanji kat IJN yang seterusnya adalah 9 bulan akan datang.. harap2 masa tu, kami dah punya sesuatu..

Khamis, Mei 28, 2009

esok cuti..

esok aku akan bercuti.. nak kena pergi bawak aiman gi IJN.. sekarang ni aku tengah pening kepala ni sebab tak de transport nak ke sana.. minggu lepas, ada kawan suami aku dah janji nak bagi kami gunakan kereta dia.. kira sewa la untuk sehari tu.. tup tup, tak jadi pulak.. eeiiii, dah last2 minute ni baru bagitau pulak tu.. semalam aku call along.. cuba nak pinjam kereta dia pulak.. huhu, kereta dia pun problem jugak.. enjin dia suka2 jer nak mati tengah2 jalan.. dah naik buntu dah kepala otak aku ni..

mood aku memang dah nak k.o dah ni.. tapi bila aku masuk blog tadi, terkejut aku tengok tajuk n3 arryani.. huhu.. sungguh2 aku terharu bila baca n3 tu.. tak sangka ramai yang berikan aku semangat untuk terus hidup.. siapa sangka, dunia blogging ni akan menemukan aku dengan teman2, adik2 dan kakak2 yang terus2an memberikan kata2 semangat setiap kali aku di rundung masalah.. tak sia2 aku buat blog ni, kann..

hanya ucapan terima kasih jer yang termampu aku berikan di saat ini.. bila aku dah kaya nanti, aku akan belanja korang semua makan.. hehe.. jadi, doa2 kan la aku cepat kaya..

Rabu, Mei 27, 2009

berita gumbira..

semalam tengahari, anak dara aku telefon.. sempat jugak dia curi2 telefon aku dalam pada sedang menunggu bas sekolahnya.. katanya, cuti sekolah bulan 6 nanti, dia akan balik ke kampung.. ayahnya dah janji nak bawak diorang balik kampung..

seronoknya hati aku mendengar berita ni.. akhirnya ada jugak sesuatu yang menggembirakan muncul dalam hidup aku ni.. aku harap diorang dapat la dok kat kampung ni lama2 sikit.. jangan nanti diorang balik 2, 3 hari jer.. tak dapat la aku nak lepaskan rindu..

sejak henset abang kena rampas dulu, aku dah tak dengar apa2 berita lagi dari abang.. nasib baik anak dara aku ni curi2 telefon aku.. itu pun dapat cakap sekejap jer.. selalunya, dia akan bercerita pasal jerawat2 yang mula tumbuh kat muka dia.. huhu.. kesian dia.. kalau ikutkan kulit muka aku, tak de la jerawat2 ni berani hinggap.. muka aku bukan jenis berminyak.. mungkin dia dapat gen dari sebelah ayah dia kot.. tapi sempatlah aku pesan dengan farahin ni.. jangan picit jerawat tu.. biarkan jer dia pecah sendiri.. takut nanti ada pulak parut yang tertinggal..

sekarang ni, aku tengah giat mencari rumah lain.. harap2 masa cuti sekolah nanti, aku dah dapat la rumah lain tu.. huhu..

Sabtu, Mei 23, 2009

entah kenapa, aku merasa lemah saat ini.. seolah2 aku dah tak ada semangat nak teruskan hidup.. dah tak berdaya nak menjalani rutin harian dalam hidup aku ni.. aku rasa bosan yang teramat.. dah dekat dua minggu dah aku rasa macam ni.. penat la nak mengharungi hari2 yang membosankan macam ni..

aku tak boleh berterusan macam ni.. aku kena mencari semula semangat aku yang dah hilang entah ke mana ni.. aku kena fikirkan orang2 yang mengharapkan aku.. orang2 yang menyayangi aku.. aku tak boleh nak pentingkan diri sendiri jer..

aku kena berjuang untuk mereka.. mereka yang amat memerlukan kehadiran aku.. ya, aku kena berjuang untuk hidup demi anak2 aku.. anak2 aku yang jauh di mata tapi sentiasa dalam hati aku ni.. aku rindukan mereka.. rindu dengan sms2 dari abang.. entah apa khabar mereka di saat dan ketika ini..
aku kena bangkit.. aku tak boleh terlalu mudah patah semangat.. aku masih ada mereka dan juga teman2 dalam dunia blog ni.. aku tak boleh terlalu mengikut kata hati.. aku tak boleh terlalu mendengar kata2 negatif dari orang2 di sekeliling aku.. pedulikan dengan kata2 mereka.. bukan mereka yang membantu di saat aku dalam kesusahan.. bukan mereka yang menghulurkan bantuan di saat aku memerlukan.. bukan mereka!! mereka hanya tahu untuk mencemuh dan mengata.. bagi mereka, dunia mereka sudah terlalu sempurna.. pedulikan mereka!!
aku harus berfikiran positif.. bila aku sudah mampu nanti, aku akan keluar dari dunia mereka2 ini.. aku akan cipta dunia aku sendiri.. sebuah dunia yang tiada kata nista.. sebuah dunia di mana tekanan akan dapat dihindari.. sebuah dunia aku sendiri.. yakin boleh!!!

Jumaat, Mei 22, 2009

baru aku tau rupanya antara si mozilla dengan si IE ni serupa tapi tak sama.. diorang serupa sebab jadi pengantara untuk kita masuk ke dunia internet.. tapi tak sama sebab cara diorang berbeza.. huhu..

kalau sesiapa yang guna si mozilla ni untuk masuk ke blog aku, sakit mata la alamatnya.. kenapa?? sebab font aku akan jadi lebih kecil daripada biasa.. tapi kalau nak download apa2, si mozilla ni bagus.. sebab dia lebih pantas dan cekap..

tapi, aku lebih sayangkan si IE ni.. sebab blog aku nampak lebih cantik dan kemas kalau dalam IE.. mata pun tak sakit.. aku pelik la.. naper ar si mozilla ngan si IE ni tak saling bantu membantu untuk mengurangkan kelemahan masing2, kann.. barulah kita sebagai penggunanya betul2 puas hati.. ngeee...

Selasa, Mei 19, 2009

cerita kelentong..

ni kisah masa aku dalam tingkatan 1 ataupun 2.. tak ingat la.. hehe.. macam dah tua sangat pulak rasanya..

masa tu, aku baru balik dari kampung.. biasa la kalau dok kat asrama tu.. tiap2 hujung bulan memang wajib balik rumah.. macam biasa, setiap kali balik dari rumah tu, mesti banyak cerita yang nak dikongsikan bersama.. kakak2 senior aku masa tu suka sangat cerita pasal kena usik dengan budak2 lelaki.. biasa la, anak dara tengah naik.. tapi, anak dara dulu2 tak sama dengan anak2 dara sekarang nih.. masa tu, kita belum advance sangat macam sekarang ni.. dulu, baru kena siul dengan bebudak lelaki, dah rasa seronok.. hehe.. ala, setakat kena usik2 macam tu je la.. tak la sampai nak berdating2 tu.. oleh kerana aku masih budak sangat lagi masa tu, jadi aku tak de la kena usik dengan sapa2 pun.. tak de orang yang berkenan.. aku cuma jadi pendengar yang setia jer la.. tapi, entah macam mana, pada suatu ketika, boleh timbul idea kat benak aku untuk mereka satu cerita.. cerita yang sengaja aku reka untuk membuatkan kakak2 senior tu rasa jeles.. hehe..
aku pun bercerita la tentang bagaimana seorang abang ni nak belanja aku minum.. lokasinya kat bandar hilir.. 20 tahun lepas, bandar hilir tak de la maju sangat macam sekarang ni.. masa tu mahkota parade pun belum ada lagi.. apatah lagi dataran pahlawan tu semua.. sambung cerita aku balik.. lepas kami minum2, aku pun jalan2 dengan abang tu kat tepi padang pahlawan tu.. abang tu berminat nak jadikan aku ni adik angkatnya.. masa aku cerita tu, kakak2 senior ni dah melopong sebab teruja sangat.. bila aku tengok diorang seronok, aku lagi la seronok bercerita.. hehe.. jahat aku, kann..

nak menamatkan cerita tu, aku pun reka lagi.. sambil berjalan2 tu, aku tertendang tong sampah yang ada kat tepi padang tu.. yang peliknya, bunyi tong tu macam ni, kelentong kelentong kelentong.. hehe.. mana2 yang cepat tangkap maksud aku tu, tergelak sakan la.. mana yang lembab tangkap tu, terlopong lagi.. hahaha..

Isnin, Mei 18, 2009

tekanan dalam diri..

semalam petang, aku menonton rancangan national geographic.. rencana tentang bagaimana tekanan dalam hidup akan memberi kesan pada kita.. bukan sahaja tekanan pada perasaan tapi juga pada hormon2 dalam badan..

tekanan akan turut mempengaruhi jangka hayat seseorang individu itu.. semakin banyak tekanan, semakin pendek umur kita.. huhu.. tekanan juga akan menambah adrenalin dalam tubuh badan kita.. ini akan menyebabkan kita di serang darah tinggi..

jadi, marilah kita bebaskan diri kita dari tekanan.. boleh ker?? semua orang ada tekanan dalam hidup, kann.. sama ada tertekan di tempat kerja, dengan boss ataupun di rumah, dengan suami dan anak2.. kita memang tak dapat lari dari tekanan.. tekanan juga adakalanya memberi kita semangat untuk berjaya..

setiap kali kita merasa tertekan, kita kena cari cara dan tempat untuk meluahkan tekanan tu.. jangan simpan dalam hati.. kalau ada blog, luahkan dalam blog.. tapi, tak semuanya sesuai untuk dikongsikan kat blog, kann.. kalau sesuatu yang lebih peribadi, kita luahkan kat dalam diari.. jangan simpan dalam hati.. mungkin dengan cara ni, kita akan merasa lebih tenang.. dan tekanan pun kurang.. umur pun mungkin lebih panjang.. hehe..

rumahku syurgaku..

selamat datang ke rumah baru aku.. hehe.. gara2 cemburukan pearl - LOL yang sibuk renovate kan rumahnya, aku pun ikut sekali.. tumpang sekaki mencari rumah yang ada 3 kolum.. dan inilah hasilnya..

dah setahun rumah aku berlatarbelakangkan warna gelap.. kali ni biarlah aku pilih warna yang ceria.. aku harap hati aku pun turut ceria dan berbunga2.. dan aku harap tetamu2 yang datang bertandang pun akan turut ceria.. hehe..

tapi, tiada yang sempurna dalam dunia ni, kann.. huhu.. rumah baru aku ni ada juga kekurangannya.. setiap kali aku nak hias2 dinding kat rumah baru ni, aku kena tumpang masuk dari pintu rumah orang lain.. kenapa?? sebab rumah aku ni tak de pintu untuk masuk ke dashboard.. so, setiap kali kalau nak buat n3 baru, aku kena la guna pintu kat rumah orang lain.. font pun aku tak leh nak seragamkan.. huhu..

ok la, ada lagi benda2 yang aku nak tambah kat dinding rumah baru ni.. harap2 lepas ni semuanya akan jadi 'sempurna'..

Khamis, Mei 14, 2009

bila mood berubah..

tetiba jer aku rasa bosan.. bosan yang teramat2 sangat.. ada macam2 rasa.. rasa nak deletekan blog ni pun ada.. huhu.. mujur aku tak ikutkan sangat rasa hati.. kalau tak, sayang jer kann..

mungkin aku bosan sebab aiman tak de kat ofis ni kot.. sebulan setengah aku usung aiman datang kerja.. terkadang, bila dia bosan, kesian pulak aku tengok dia.. terkadang, rasa tak sampai hati pulak nak kejutkan dia bangun tidur pagi2 tu.. tapi, apakan daya.. keadaan memaksa.. mujurlah mak dah keluar hospital..

mulanya, aku nak tunggu sampai mak betul2 pulih.. aku ingatkan nak bagi mak rehat lagi dalam seminggu dua ni.. tapi, sesuatu berlaku pada aku.. jeng jeng jeng.. hehe.. pagi isnin yang lepas, aku kena sakit gigi.. tetiba jer gusi aku tu berdenyut2.. macam mana aku nak bawak aiman.. nak dukung dia naik bas nanti.. aku takut nanti, dua2 tergolek dari bas tu.. sebab tu la aku terpaksa tinggalkan dia.. nasib baik la aiman tak mengamuk masa dia bangun tidur pagi tu.. mak kata dia ok jer..

sekarang ni, aiman dah tak kerja dengan aku lagi.. hehe.. boleh la aku menumpukan seluruh perhatian dan tenaga aku pada kerja aku.. nasib baik la boss aku tidak mengeluarkan sebarang bunyi tak yang tidak enak di dengar sepanjang aiman bekerja dengan aku.. hehe..

Selasa, Mei 12, 2009

begini kisahnya..

petang rabu yang lalu;

abang ~ ibu, abang kena halau dari kelas tuisyen..


aku ~ kena halau?? kenapa pulak??

abang ~ entah la cikgu..

aku ~ mesti abang ada buat salah ni.. takkan la cikgu nak halau macam tu jer.. abang tak buat kerja yang cikgu bagi ker??

abang ~ ada la dua, tiga kali abang tak buat kerja tuisyen tu..


aku ~ haa, patut la cikgu marah.. tapi, naper sampai kena halau dari kelas pulak??

pagi khamis;


abang ~ hai ibu.. tengah buat apa??


aku ~ abang tak sekolah ker??

abang ~ hari ni pahang cuti la, ibu..

aku ~ oooo.. abang dah sarapan??

abang ~ dah..

aku ~ abang dah bagitau ngan ayah pasal kelas tuisyen tu??

abang ~ lom lagi.. abang takut la ayah marah..

aku ~ abang bagitau la.. lebih baik abang sendiri yang bagitau.. kalau ayah dengar dari orang lain, lagi la ayah marah..

abang ~ nanti la abang bagitau.. petang esok ayah balik.. abang takut la ayah marah, ibu..

aku ~ abang sms la ayah.. kalau dia nak marah pun, dalam telefon jer.. esok dah reda la marah ayah tu..

abang ~ nanti la, ibu..

pagi jumaat pula;


abang ~ ibu, tengah buat apa tu??


aku ~ aik, cuti lagi ker??

abang ~ tak de la.. abang bangun lambat tadi.. ibu tiri tak kejutkan..

aku ~ adik pun tak sekolah??


abang ~ ha'ah..


aku ~ anak ibu tiri sekolah tak??

abang ~ anak dia sekolah.. abang ngan adik jer tak sekolah..

aku ~ abang dah sarapan??

abang ~ abang minum air milo jer.. tu pun buat sendiri..

petang jumaat yang sama;


abang ~ ibu, nanti tolong top up kan abang 3 ringgit yer..


aku ~ ok..

tengahari isnin;

farahin ~ hello, ibu.. ni angah ni..

aku ~ ibu tau..

farahin ~ ibu, angah nak ucapkan selamat hari ibu.. angah ingat nak tepon semalam.. tapi, henset abang dah kena rampas ngan ayah..

aku ~ oooo.. ibu dah agak dah.. patut la ibu call, asyik masuk voice mail jer..

farahin ~ ayah rampas henset abang sebab abang kena buang dari kelas tuisyen..

aku ~ ibu tau.. abang dah cerita ngan ibu..

farahin ~ cikgu tu bagitau ngan ayah, abang asyik main henset jer dalam kelas.. sebab tu la, cikgu tu marah..

aku ~ ooo.. patut la.. tapi ibu tak pernah sms kalau abang ada kelas tuisyen.. ni mesti abang sms ngan kawan2 dia ni..

farahin ~ tu la..

aku ~ abih tu, abang dapat tuisyen lagi tak??

farahin ~ cikgu tu suruh abang janji ngan ayah, ngan cikgu.. jangan main henset dalam kelas lagi.. ayah kata lepas pmr nanti baru ayah bagi balik henset tu..

aku ~ huhu..

Isnin, Mei 11, 2009

hari ibu..

semalam hari ibu.. mulanya aku merancang nak ajak mak gi jalan2.. aku dah plan nak gi mydin yang baru bukak kat mitc, ayer keroh.. huhu.. biasa ar orang pompuan.. shopping adalah tempat terbaik untuk jalan2.. hehe.. bila aku ajak mak, mak menolak dengan alasan mak masih tak berapa kuat untuk jalan jauh2..

sedih gak aku bila mak tak nak ikut.. tapi aku faham keadaan mak.. abih tu, takkan aku nak tinggalkan mak sorang2 jer.. aku sms abang2 aku.. aku cakap la yang aku nak bawak mak gi mydin tapi mak tak nak ikut.. so, aku tanya sama ada mereka tak de plan ke nak sambut hari ibu?? angah dah plan nak gi lawat anak dia yang kat mrsm tu.. along pulak nak bawak anak bungsunya pergi zoo.. helloooo.. ini hari ibu la.. bukan hari untuk anak bini.. huhu..

kalaulah aku ada kereta, pasti mak tak menolak kalau aku nak bawak mak gi mana2.. dan, kalaulah aku ada kereta, pasti aku tak mintak tolong dengan along dan angah..













sebenarnya, dah lama dah kak yong bagi aku award2 ni.. dan yang sebenarnya jugak, aku tak tau yang mana satu kak yong nak bagi kat aku.. tapi, oleh kerana aku berkenan dengan semua award yang ada kat situ, aku amek jer semuanya.. tak malu kan aku ni.. terima kasih kak yong.. hehe..

ini pulak dari adik kesayangan aku.. si pearl yang Lots Of Love tu.. terima kasih yer, dik..






dan yang ini pula, dari naz ilynn.. bersempena dengan hari ibu semalam.. terima kasih banyak2, naz..
dan, buat teman2 yang berkenan dengan award2 kat atas ni, sila la ambil yer.. kita kongsi ramai2.. ala, ambil jer.. tak yah la nak kena tulis nama.. ambil la.. aiman tak kisah..

Khamis, Mei 07, 2009

zaman sekolah..

dulu, masa zaman persekolahan, aku dok kat asrama.. masa darjah enam lagi aku dah dicampakkan kat asrama tu.. huhu.. banyak faktor yang menyumbang untuk aku masuk kat situ.. pertamanya, asrama tu untuk anak2 yatim dan miskin.. tapi, rasanya hanya satu persen jer kot yang yatim ataupun miskin.. satu persen tu termasuklah aku sebab ayah meninggal masa aku darjah 4.. keduanya, sebab mak aku pun dulu dok kat sini.. tapi bukan sebab mak aku ni yatim ataupun miskin.. dulu, inilah satu2 nya sekolah yang ada pengajian dalam bidang agama.. sebelum kerajaan negeri menubuhkan sekolah agama mereka.. dan yang ketiganya, sebab kakak sepupu aku pun belajar kat sini.. aku tengok dia macam seronok jer dok kat asrama ni.. tu la pasal aku setuju jer bila mak nak masukkan aku kat sini.. ala, masa tu baru nak masuk 12 tahun.. mana la tau nak fikir panjang2.. huhu..

tapi, orang kata zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah, kann.. kalau diingatkan balik, secara keseluruhannya, seronok jugak la dok kat asrama anak yatim ni.. lebih2 lagi kalau bulan puasa.. boleh dikatakan, tetiap hari ada orang datang melawat.. hari sabtu dan ahad, jangan ceritalah.. pagi, tengahari, petang.. padat jadual kitorang.. masa dok asrama tu, baju raya tak payah nak beli.. bayangkan, mereka2 yang datang melawat tu, bukannya datang dengan tangan kosong.. ada yang bagi beras.. ada bagi sejadah.. dan selalunya diorang bagi kain ela.. best wooo..

dan biasanya, kalau mereka2 yang datang pada waktu cuti ni, kitorang akan persembahkan nasyid.. seingat aku, cuma sekali jer aku berpeluang jadi solo.. hehe.. bukan sebab suara aku tak sedap tapi ada sorang kakak tu, suara dia lagi power dari aku.. memang sedap.. dulu aku lupa nak bagi dia tabik spring.. hihi..

pada ujung minggu, kitorang abihkan masa petang2 tu dengan beriadah.. biasanya kitorang main baling2 tin.. penah dengar tak?? biasanya kitorang guna tin susu.. lagi tinggi susunannya, lagi best.. lama sikit masa nak susun tu.. dan mungkin sebab masa tu badan aku masih dalam kategori comel, jadi, aku la yang paling licik sekali.. susah nak kena baling ngan bola netball tu.. mungkin sebab tu jugak, aku selalu jadi rebutan.. hehe..

sekarang ni, semuanya dah jadi kenangan.. mungkin kenangan terindah dalam hidup aku..

Selasa, Mei 05, 2009

kisah emakku X..

pejam celik pejam celik, dah hampir sebulan lebih emak dok kat hospital.. sesi radioterapi mak pun dah nak hampir selesai.. hari khamis ni, adalah hari terakhir mak buat radioterapi tu..

syukurlah sebab mak dapat bertahan sehingga ke akhir sesi.. walaupun mak selalu merungut tentang mulutnya yang sakit, tapi sekurang2nya, mak masih kuat.. mungkin mulut mak sakit sebab tembakan laser tu hampir dengan kawasan mulut mak.. sebab tu la, dalam mulut mak jadi menggelembung2.. sabar la mak yer..

harap2nya, sel2 kanser tu benar2 mati.. doktor kata, kalau sesi radioterapi ni gagal membunuh sel2 kanser tu, mungkin mak kena buat kimoterapi pulak.. huhu.. lagi la teruk kesannya nanti.. apapun, aku harap mak akan pulih dari sakit mulutnya tu dan juga dari kanser..

inilah famili aku..

aku dapat gambar2 ni dari angah semalam.. kenangan masa di pagi raya pertama.. raya tahun lepas..ini famili aku dengan famili angah.. campur ngan emak dan adik.. raya tahun lepas kami buat tema warna purple..


inilah keluarga kecil aku.. dari kiri, anak aku yang no 3, faris ridhuan.. pastu, aku.. yang tudung biru tu, anak dara aku, nurfarahin.. sebelah dia tu la, anak sulung aku, faiz.. sebelah aku tu pulak, suami aku.. aiman dalam dokongan faiz..

ini pulak keluarga kecil aku dengan anak2 buah serta emak dan juga adik..

Isnin, Mei 04, 2009

inilah aiman..

akhirnya, aku dapat jugak gambar2 aiman untuk ditepekkan kat sini.. ini pun atas belas ihsan angah.. tadi masa aku ym ngan dia, angah invite aku untuk buat photo sharing tu.. tak sangka pulak macam ni punya senang.. masa ni, aku ngan aiman ikut angah pergi melawat anak dia kat mrsm alor gajah.. yang kat bawah ni, aku..

ni pulak, masa raya tahun lepas.. kakak ipar aku ambik gunakan handsetnya.. hehe..

aiman dengan pak ngahnya..

ni la mak aku.. masa ni lom operate lagi..

aiman dengan sepupunya.. anak angah yang sulung.. anis syazwani..

ni pulak anak angah yang nombor 2.. dia la yang belajar kat mrsm ni.. aniq azzuhry namanya.. chubby, kann..

entah apa la yang aiman cakapkan tu.. aiman memang suka ngan aniq ni.. aniq pandai layan dia..

ni pulak, masa tahun lepas kot.. aku pun tak ingat.. so, inilah aiman danial..

tag dari acu sayang..

aku kena tag dengan acu.. huhu.. mulanya aku tak boleh nak buat.. nasib baik ada guardian angel.. hehe.. terima kasih yer, dik.. ni ler soalan tag nya..

1~ Anda perlu printscreen wallpaper yang tengah anda gunakan sekarang..
ni ler wallpaper nyer..

2 ~ Bagitau naper anda suka wallpaper anda?

tak tau la kenapa.. aku memang minat sangat tengok buah ceri.. macam menceriakan gitu..

3~ sapa yang kena tag seterusnya..

buat pertama kalinya sejak aku berblogging ni, aku tak nak tag sapa2.. huhu.. dah insaf kot..