Khamis, Jun 11, 2009

kalau ku tahu..

pagi semalam, sewaktu aku sedang bersiap2 untuk ke tempat kerja, emak berpesan agar aku pulang awal petang ni.. emak bercadang nak dengar ceramah kat masjid.. kebetulan waktu itu, aiman pun dah bangun tidur, jadi aku terus jer siap2kan aiman.. aku bawak aiman sekali sebab aku tak sampai hati tengok dia menangis nak ikut aku nanti..

dan petangnya, seperti yang diarahkan, aku balik dari kerja pada pukul 5.30.. awal sikit la dari biasa.. sebelum balik ke rumah, aku singgah kat playground kecil yang terdapat kat tepi jalan masuk ke taman perumahan mak.. saja jer nak puaskan hati aiman.. dulu masa mak kat hospital, memang tetiap petang aku bawak aiman main kat situ..

ini la playground nyer.. tak de la besar mana pun..

sempat lagi 'peace' tuh..

p/s: gambar tak clear sangat.. ala, henset murah jer..

sepuluh minit selepas aku sampai kat rumah, emak pun dah siap2 nak bertolak ke masjid.. aku ingatkan mak nak ke masjid sorang2.. rupa2nya, aku yang tinggal berdua jer ngan aiman.. kalau ku tahu, tak de la terkocoh2 aku balik.. kebetulan tadi, suami aku suruh aku bawak aiman jumpa dia.. mujur dia tak mau aku merasa tersepit.. dan kebetulan juga, sewaktu mak nak ke masjid tu, orang2 dari kementerian kesihatan alor gajah dah siap sedia nak menyembur asap halau nyamuk tu.. lagi la bertambah2 kesal dalam hati.. mana la aku nak bawak aiman lari ni??

masa ni baru kena sembur, asap tu lom turun merebak ke bawah..

haa, tu asap tu dah turun.. dah tak nampak dalam dah..
ishh.. ishh.. ishh.. kalau ku tahu..

3 jejak bertapak:

Dearie Pearls berkata...

?
?
?

aku tertinggal n3 nie ker baru publish..?

nway, relex ok kak....

tapi aiman cute jer memain..

kalau LOL ader, sure heboh temankan main buaian..

dnasura berkata...

uiks, boleh sesak nafas dek asap tu, pakai tutup hidung kak kalau tak kang pening2 lalat.. ^_^

nurdaniella berkata...

LOL, huhu.. akak simpan n3 ni sebab nak tunggu gambar.. hehe..

dnasura, tu la pasal.. akak risaukan si aiman tu jer..