Sabtu, Julai 11, 2009

episod cerita seram..

memang adat kan, kalau dok kat asrama mesti ada cerita2 seram nih.. ini adalah pengalaman yang aku sendiri tempuhi sewaktu aku dok kat asrama anak yatim kat sungai udang dulu..

waktu tu, aku dalam tingkatan dua.. kalau aku tak silap la.. entah kenapa malam tu tetiba jer aku tersedar.. tak pasti jam berapa tapi yang pastinya dah tak de orang lain yang masih berjaga waktu tu.. dan aku pun tak la dalam keadaan yang ketakutan ataupun memikirkan tentang hantu2 nih.. aku ni kiranya tergolong dalam mereka yang berhati waja jugak la.. setakat gi bilik air sorang2 tu, tak jadi hal.. asrama aku bukan seperti asrama2 lain yang dipisahkan dengan dorm2.. asrama kami cuma asrama kayu dan lapang dari hujung sini sampai hujung sana.. maknanya, katil2 antara kami tidak la dipisahkan oleh sebarang dinding pun.. kalau aku berdiri di hujung sana dan menjerit pada orang di hujung sini, pasti mereka dapat mendengar lontaran suara aku tanpa sebarang masalah.. hehe.. pitching pun tak lari ke laut yer..

berbalik pada cerita asal aku.. lupa pulak, asrama aku tu dua tingkat dan ada tangga di tengah2 asrama tu yang menghubungkan orang bawahan ngan orang atasan.. hehe.. dan aku tergolong dalam orang atasan la.. hehe lagi.. tiba2 dalam pada aku sedang mencuba untuk melelapkan semula mata aku yang terkebil2 ni, aku terdengar dua suara seperti sedang bertengkar.. kenapa dua suara?? sebab suara satu tu, lembut dan nada percakapannya pun rendah jer.. manakala suara yang ke dua tu pula, besar dan percakapannya juga kasar.. aku memang tak faham langsung butir bicara mereka sebab diorang tak gunakan bahasa yang aku faham.. bukan bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.. bahasa arab?? rasanya tak sama macam yang aku belajar kat sekolah..

mulanya suara2 tu aku dengar sayup2 jer.. pastu dengar derapan tapak kaki sedang menaiki tangga.. aku pejamkan mataku rapat2.. kebetulan malam tu, aku tidur dengan kakiku arah ke dinding.. maknanya kalau aku bukak mata, aku terpaksa mendongak untuk melihat siapa yang lalu.. dan walaupun aku berhati waja, aku tak nak ambil risiko tu.. aku pejamkan mata dan pasangkan telinga.. mereka terus bertengkar dari mula naik tangga sampai la mereka seolah2 berhenti di kepala aku.. mungkin mereka dapat rasa yang aku memang tengah berjaga.. lepas tu, mereka sambung bertengkar lagi hingga mereka turun pula di tangga yang terletak di bahagian luar asrama.. dan aku?? entah bila aku terlelap, aku pun tak sedar..

esok paginya, masa sedang bersiap2 untuk ke sekolah, bila aku ajukan tentang kisah ni pada akak2 senior, respon yang aku terima memang best.. maksud aku, akak2 tu percaya cakap2 aku.. tak de seorang pun yang mempertikaikan kemungkinan aku mereka2 cerita.. mungkin sebab rekod aku bersih.. memang aku bukan seorang yang suka menipu.. hehe.. kata mereka, mungkin kedua2 tu adalah penjaga asrama tu.. dan kata mereka lagi, yang lembut tu mungkin adalah jin Islam dan yang kasar tu, jin kafir.. dan aku rasa mungkin ada kebenarannya di situ.. sebab dulu, memang ada jin Islam yang menjadi penjaga asrama ni.. untuk makluman korang, asrama ni dah lama wujudnya.. percaya tak kalau aku kata, mak ngan mak sedara aku dulu pun dok asrama ni.. cuma dulu tak de la secantik time aku.. dan sekarang ni, lagi cantik berbanding time aku dulu.. huhu.. tapi kan, semakin cantik asrama tu, semakin kurang orang datang beri sumbangan.. ngeeeeeeeeeee..

10 jejak bertapak:

Tanpa Nama berkata...

Uuwaaaa.....

Kak tie dulu ada gak dengar orang berbisik2, masa tinggal di quarters dengan mak dan ayah. Setiap malam. tapi tak tahu butir bahasa mereka. Agaknya Jin jugak kot, hehe...

nita berkata...

salam nur,
ko tau tak..
lepas aku baca citerr ko nehh..
segala bulu2 sumerr meremang..
hwaaaa..
aku nehh penakot skett..

chekdenoor berkata...

ukhus.....janganlah ada mimpi seram menjelma dalam tidur chekdee....takoutttttttt

nurdaniella berkata...

kak tie, agaknya la kot.. nasib baik dia main bisik2 jer.. buatnya tetiap malam gaduh2 macam tu, lagi parah..

sis nita, huhu.. sori la yer.. tak de niat pun nak takut2 kan ngko..

kak chekdee, haha.. tak pe, cik abang ada kat sebelah, kann..

Tanpa Nama berkata...

Jangan ar citer pasal hantu2 ni wei!!

Dah la org penakot!!

nurdaniella berkata...

arryani, haha.. sori la dik.. lupa lak yang cik abang nun jauh kat jubail..

♥ Che NamNam ♥ berkata...

huhuuu haku bacer tajuk jerk citer ko nihh kak..tak bani nak bacer isinyer..kang haku tak tido malam lak...kahhhhhh penakut nak mamposss..!!

nurdaniella berkata...

salam shi3la, hahaha.. gelak besar akak.. tak berani baca, jangan baca.. nanti join pulak anak ngan laki ngko demam.. lagi la parah..

Dearie Pearls berkata...

Comment adik xder?
Mmmm..

Ader baca kisah ni tapi seingat adik ader tinggalkan comment..

Nway, tahniah coz kak memang rock..

Boleh kita pakat takutkan sesaper yg penakut kan..

Hahha..
Bz cenggini pun masih nak buat jahat.
Hehe..

nurdaniella berkata...

LOL, hmmm.. adik kan busy sangat.. tak tinggalkan komen pun tak pe.. akak faham.. jom dik, kita tunggu orang tu gi angsana.. pastu kita carik rumah dia, dik.. jommmm..