Jumaat, Julai 31, 2009

impian hati seorang aku..

dalam hidup ni, semua orang ada impian, kann.. impian untuk memiliki sesuatu yang sempurna di mata kita.. impian untuk mempunyai suami yang menepati citarasa hati.. impian untuk memiliki anak2 yang boleh dibentuk mengikut acuan yang kita suka.. impian untuk memiliki rumah sendiri yang boleh diubahsuai mengikut kehendak kita dan di isi dengan perabot2 yang menarik di mata kita.. semua impian itu ada dalam hati aku ni.. pada usia aku yang akan mencecah 37 nih, cuma satu jer impian aku yang dah tercapai.. memiliki suami yang hampir2 sempurna.. mana ada yang sempurna, kann..

sewaktu aku mendirikan rumahtangga dengan suami aku yang pertama dulu, memang aku impikan memiliki rumah sendiri dengan perabot2 yang akan aku pilih mengikut citarasa aku sendiri.. bekas suami aku dulu adalah seorang tentera.. mana la aku tau yang dia akan mengambil perabot2 dari kem tentera.. dah la dok kat rumah berek, almari ngan katil pun ada cop 'hak kerajaan malaysia'.. huhu.. dah nasib badan..

sekarang ni, aku masih lagi belum berpeluang untuk memiliki perabot2 yang aku idamkan.. sebab aku dok kat rumah mak.. memang dah complete perabot2 nyer.. semuanya mengikut citarasa emak.. agak2 la, bila agaknya aku dapat memiliki rumahku, syurgaku ni..

tentang anak2 pulak, memang aku mengharap sangat dapat mengambil mereka semula.. kalau boleh, biarlah selepas musim peperiksaan nanti.. dan aku harap masa tu nanti, kewangan aku dah kukuh sedikit.. harap2 sangat semua urusan yang tertunggak akan selesai secepat mungkin..

6 jejak bertapak:

Hamba Allah berkata...

Salam...semoga segala impian akan jadi kenyataan satu hari nanti. Saya pun banyak impian tak tercapai..huhuhu..

ibundo berkata...

kakpah doakan semuga impian nur tercapai. kakpah pun masih ada impian yang belum tercapai walaupun umur dah di hujung tanduk.Haih......

nurdaniella berkata...

mawar merah, harap2 pun macam tu la..

kak pah, terima kasih kak..

Dearie Pearls berkata...

Moga impian menjadi nyata...
Nantikan saat itu tiba ok..
Kami doakan yg terbaik utk kak..

Senantiasa bersyukur dengan apa yg kita ada sekarang kerana manis akan menyusul kemudian..

Kak, adik pasti merindui kak..

Nak nangis.. :(

nurdaniella berkata...

LOL, terima kasih yer dik sebab sudi jadi 'adik' akak.. sudi dengar semua masalah akak.. huhu.. luv u always..

hazeleyed lady berkata...

Salam
Jalan jalan lalu jumpa blog ni..
Semuga semua impian segera dimakbulkan.