Selasa, Ogos 04, 2009

oooo, patut la akak berhenti kerja, yer.. dapat jadi cikgu rupanya..

hehe, mesti ada yang cakap macam tu kann, bila tengok tajuk n3 aku ni.. bukanlah cikgu di mana2 sekolah tapi jadi cikgu kat rumah jer.. cikgu kepada aiman danial.. anak lelaki aku yang dah berusia 3 tahun satu bulan dan 14 hari ni.. hari ahad yang lepas, aku terpaksa la pergi shopping, semata2 nak beli seluar dalam untuk aiman nih.. sebabnya, ada sekali tu, aku cuba2 la tak pakaikan dia pampers tapi dia asyik merungut jer.. katanya, seluar yang dia pakai tu senget.. hehe.. mungkin sebab 'bird' dia tu berlaga2 dengan jahitan kat seluar tu.. geli hati aku..

semalam, aku ajar dia buang air kat tandas.. di hari pertama ni, 3 kali la aku kena jadi cleaner.. kena mop lantai.. kira ok la tu, kann.. cuma 3 kali jer.. pastu dia pun dah pandai pakai seluar dalam tu sendiri.. satu perkembangan yang bagus.. harap2 masa raya nanti, dah tak payah la aku kena bawak bekal pampers bila jalan2 ke rumah saudara mara.. harap2 la misi aku akan tercapai..

aku ngan suami aku pun tengah usaha jugak ni nak cari rumah sewa.. harap2 semuanya akan selesai sebelum raya.. boleh la aku sambut raya tahun ni dengan hati yang tenang dan gembira.. semoga impian akan jadi kenyataan, kann.. dan pada sis nita, semoga cepat sembuh.. banyakkan rehat dan kurangkan aktiviti di luar rumah..