Sabtu, Januari 10, 2009

hampir tiga minggu selepas gugurnya seekor hamster, kini tiba pula giliran arnab.. sepasang arnab adik telah dijumpai mati di dalam rumah kecil mereka.. aku jadi pelik la pulak.. makanan mereka masih ada setengah mangkuk lagi.. air pun masih ada.. apa sebenarnya punca kematian mereka??
entah apa la nanti kata adik.. jangan pulak dia kata aku nak balas dendam pada dia.. aku masih ada perikemanusiaan.. takkan aku nak balas dendam pada arnab2 dia pulak.. lagipun, aku takkan balas apa yang telah dia lakukan pada aku.. biarlah Allah sahaja yang membalasnya..

Jumaat, Januari 09, 2009

tunggu dan lihat..

aku tertarik dengan dua tajuk berita dalam akhbar harian metro hari ni..

sedia undur ~ siti rela henti menyanyi demi suami.. aku dulu memang minat gila dengan siti.. tapi sejak kahwin dengan datuk seri k ni, minat tu menurun sikit.. taklah jatuh merudum.. cuma makin lama jadi makin tawar hati la pulak.. sebab musababnya biarlah aku jer yang tau.. bak kata siti, biarlah rahsia.. pasal siti nak berhenti menyanyi ni, aku rasa ralat jugak la.. dia ada bakat dan sayang jika bakatnya tu dibiarkan terpendam.. apapun, keputusan terletak di tangan siti.. tapi, korang rasa, lepas siti berhenti nyanyi nanti, peminat akan lupakan dia ker?? aku tak rasa macam tu.. peminat tetap akan ambil tahu jugak apa perkembangan diri siti.. dah nama pun 'peminat', kan..

lagi satu tajuk, genap setahun sharlinie hilang.. agak2 apalah yang sebenarnya terjadi pada sharlinie.. hidup lagi ke atau dah jauh perjalanannya?? mungkin dia menjadi mangsa sindiket culik kanak2 dan jual ke luar negara?? itu semua cuma satu andaian.. hanya Allah yang maha mengetahui.. kita cuma mampu berdoa agar sharlinie dipulangkan semula ke pangkuan keluarganya..

di saat ini, bumi palestin sedang rancak menerima bedilan peluru dan bom dari israel.. mereka mula di serang pada 27 disember, 2008.. setakat ini, menurut laporan akhbar, sudah 683 rakyat palestin yang terkorban dalam masa 11 hari..
yang menyedihkan, kebanyakan yang menjadi mangsa kekejaman zionis itu adalah kanak2 yang masih kecil, yang masih belum mengerti apa2 pun.. mereka juga masih belum mampu untuk melawan demi mempertahankan diri mereka.. apa salah mereka.. zionis memang kejam..

yang peliknya, di saat semua negara islam menentang tindakan zionis ini, mesir yang juga jiran palestin, mengambil tindakan menghalang mereka yang ingin menghulurkan bantuan di bumi berdarah gaza.. mesir menghalang mereka yang kebanyakannya adalah pakar perubatan yang ingin membantu merawat mangsa2 kekejaman zionis ini.. aku tau tindakan mesir ini ada kaitan dengan hubungan baiknya dengan amerika.. pasti mesir takut jika amerika mengambil tindakan atas mereka.. dunia politik ni memang kotor..

aku rasa, kalau hamas, fatah, hizbullah, al-qaeda dan taliban berganding bahu menyerang israel ni, pasti palestin dapat diselamatkan.. kalaulah saddam hussein dan yasser arafat masih ada, mungkin zionis tak seberani begini..

dan semalam, dalam buletin utama ada dilaporkan tentang bencana alam di washington.. agak2 ada kaitan tak dengan apa yang terjadi di palestin??

Khamis, Januari 08, 2009

aku rindu..

baru 5 hari aku tak jumpa emak.. hati dah terasa rindu pada mak.. bukannya aku tak nak jumpa tapi... kata si kaya, emak tak nak jumpa lagi dengan suamiku.. marah betul mak pada dia.. so, kalau mak dah tak nak jumpa dengan suamiku, pasti aku pun terkena tempiasnya.. tak banyak, sikit pasti ada kesannya..

tak pelah.. kalau dah tak suka, takkan aku nak paksa mak.. benda ni betul2 buat aku dalam dilema.. tapi, mak pernah cakap, isteri mesti ada di sisi suami.. tak kira senang ataupun susah.. takkan waktu senang jer nak bersama.. time susah pun kena gak dok kat sebelah suami.. jadi, aku ikut la nasihat mak.. lagipun, memang tempat isteri di sisi suami..

aku percaya, lambat laun, perasaan marah mak akan hilang.. buat masa ni, biarlah mak redakan dulu amarahnya.. biarpun hati semakin merindu..

Rabu, Januari 07, 2009

sekarang ni, aku pergi kerja naik bas.. mujurlah suamiku masuk kerja pukul 3 lebih.. jadi, dalam pukul 2 lebih, dia akan datang ke ofisku dengan aiman.. naik bas jugak.. kemudian, balik kerja nanti, aku balik dengan aiman.. naik bas jugak la.. mujurlah aiman tak kisah.. dan aku juga tak kisah sebab aku tau, lama kelamaan ini akan menjadi kebiasaan pada aku dan juga aiman..

pagi tadi, masa dalam perjalanan ke ofis, aku lalu depan salah sebuah bank yang ada kat sini.. aku terserempak dengan sebuah kereta yang kosong tapi enjinnya dibiarkan hidup.. pemiliknya sedang mengeluarkan duit di atm.. ishh.. dahlah sekarang ni, orang suka mengambil kesempatan untuk mendapatkan duit cara mudah.. berani betul tuan punya kereta ni membiarkan keretanya macam tu je.. jangan dah terhantuk nanti, baru nak terngadah.. macam aku ni.. dah terkena baru nak beringat..

apapun, aku akan cipta kebahagiaan dalam dunia aku sendiri.. aku juga berhak untuk merasa bahagia biarpun hidup aku papa..

alhamdulillah, sekarang ni aku rasa tenang sikit.. bukan sebab masalah aku dah selesai tapi sebab aku tau, aku masih punya ramai teman.. teman yang akan terus memberi sokongan walaupun di saat aku disisihkan oleh famili aku sendiri..

aku berhak untuk bahagia.. ya, kata2 dari arryani [yang dipinjamnya dari cikgu jinggo] banyak memberi semangat pada aku.. aku harus tabah dan kuat demi anak2 ku.. aku tidak seharusnya terus bersedih dan berduka..

semua orang ada masalah masing2.. aku masih berpegang pada prinsipku.. Allah tidak akan menduga hambaNya dengan ujian yang tidak boleh ditanggung oleh hambaNya itu.. Allah tahu yang aku dan suamiku mampu untuk menangani masalah ini.. sebab itu kami diuji..

moga selepas ini, hidupku lebih berwarna warni dan lebih manis..

aku nak ucapkan terima kasih pada erisya nor, arryani, cikgu jinggo, azlin hashim, azza_irah, kak tie, lotsoflove, achik, acu sayang, naz ilynn dan semua yang memberiku semangat untuk terus hidup..

Isnin, Januari 05, 2009

hanya di sini..


ku cari damai di hati..
dan ku yakin ianya ada hanya di sini..
entah bila dapat menjejakkan kaki..


aku cuma aku..

hidupnya seorang aku
umpama seekor ayam
kais pagi makan pagi
kais petang makan petang

semakin sempit seorang aku
dulu kaisnya berdua
kini tinggal aku seorang

gara-gara seorang kaya
aku yang susah
menjadi semakin susah

gara-gara seorang kaya
aku dan suamiku
menjadi yatim piatu

gara-gara seorang kaya
anakku turut menjadi mangsa
bekalan susunya cukup untuk sehari cuma

pilunya hati seorang aku

Sabtu, Januari 03, 2009

sejak aku kerja kat sini, inilah kali pertama aku bekerja pada hari sabtu.. dan hari ni, aku bawa bersama aiman ke ofisku kerana suamiku juga terpaksa masuk kerja awal.. bosnya mendapat tempahan katering pada pukul 1 nanti, jadi dia kenalah tolong memasak..

mujurlah aiman tidak mengganggu tugasku di ofis ni.. walaupun dia aktif seperti kanak2 lain, tapi tidaklah terlalu nakal.. lebih2 lagi sekarang ni, dia dah faham apa yang aku katakan..

kerja aku kat ofis ni taklah susah sangat.. selain jadi kerani, aku juga kena buat housekeeping sikit2.. setiap pagi, aku yang kena buka pintu ofis sebab kuncinya ada pada aku.. anak bos datang pukul 10 lebih dan biasanya pukul 2 lebih, dia dah hilang entah ke mana.. itulah sebabnya aku punya masa untuk berblogging..

hari sabtu ni, aku kerja sorang2 jer.. nanti pukul 1, dah nak balik dah.. mujurlah aiman tak kisah..

Jumaat, Januari 02, 2009

hari ni baru masuk hari ke 2 di tahun 2009.. tahun baru ni ku sambut dengan kesedihan.. sedih kerana di himpit masalah yang datang bertimpa2.. bukan setakat sudah jatuh di timpa tangga, malah rasanya seperti kena gelek dengan steamroll lagi..
rasanya tiada sesiapa pun dalam dunia ni akan tahan jika setiap hari di beri tekanan.. mujurlah daya tahan badanku agak kuat.. kalau tak, mungkin dah jauh aku larikan diri.. tapi, sampai bila nak lari daripada masalah?? itu bukan jalan penyelesaian bagi masalah aku ni..

aku perlukan sokongan dan dokongan agar aku terus kuat untuk mengharungi tahun 2009 ni.. semoga tahun ini, ada sinar bahagia menanti aku.. dan ku harap kesedihan ini tidak berpanjangan sehingga ke ujung tahun..