Khamis, Februari 12, 2009

tukar ke url lama..

aku tukar url sebab masalah teman2 tak dapat tau kalau2 ada n3 terbaru.. tapi lepas tukar url pun, resultnya still sama gak.. diorang masih tak dapat detect blog aku ni.. pening2.. terasa penatnya sebab susah payah aku kowtim dengan tokey blog ni..

abih tu, camno?? rasanya aku nak tukar balik ke url aku yang lama tu.. sayang kalau terlepas ke tangan orang lain.. so, buat teman2 ku sekalian.. bertukarlah anda ke url yang biasa.. sori yer...

p/s: ada tak sesiapa yang boleh tolong?? aku dah pening ni...

Rabu, Februari 11, 2009

tukar URL..

salam semua.. aku ingat nak tukar url blog ni.. kenapa?? sebab, dah ramai komplen yang diorang tak dapat detect setiap kali aku buat n3 baru.. aku pun tak tau kenapa jadi macam tu.. terasa macam dianaktirikan pulak oleh tokey blog ni.. huhu..

mungkin ada kesilapan yang aku dah buat kat mana2 agaknya.. ada yang tau tak?? aku belum tau lagi nak letak url apa.. kena kowtim dulu dengan tokey blog ni.. kalau dah ok nanti, aku masuk la blog korang bagitau yer.. moga2 lepas ni, semuanya ok..

Selasa, Februari 10, 2009

Oleh HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 6 Julai -

Abang Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin menganggap adiknya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.

Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga. Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

''Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara. ''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. ''Parti UMNO yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya yang telah membantu kami, perjuangan parti itu membela orang Melayu telah membolehkan ramai adik beradik saya masuk ke universiti," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Program Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gerakan Belia 4B Perak di sekolah Menengah Teknik Padang Rengas di sini hari ini. Mohammad Nizar merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science and Technology di Birmingham, England. Mengulas lanjut, Fadhil yang juga pensyarah Institut Perguruan Darul Aman Jitra, Kedah berkata, orang Melayu sepatutnya sedar tentang perjuangan UMNO dan BN yang sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai daripada kalangan bangsanya menjadi orang berjaya. Justeru, jelas beliau, adalah tidak manis sekiranya seseorang yang telah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO dan BN akhirnya bertindak menentang kerajaan pula.

''Saya berasa bangga di atas usaha kerajaan BN yang memerintah negara selama 50 tahun kerana berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berjaya dalam pelbagai bidang. ''Mereka yang berjaya itu termasuklah adik saya yang kini menjadi Menteri Besar Perak. Jadi saya rasa semua yang berjaya termasuk adik saya tidak boleh menafikan perjuangan UMNO dan BN selama ini," ujar beliau. Justeru, Fadhil menyeru semua pihak terutama sekali adiknya itu supaya memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemerintahan kerajaan BN yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, perjuangan UMNO tetap berpegang pada Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu dan tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bangsa-bangsa lain.

''Saya kesal apabila pada masa ini ramai yang telah berjaya seakan-akan melupakan jasa pemimpin pelbagai bangsa terdahulu yang sanggup bersatu dan bersetuju dengan kontrak sosial untuk mencapai kemerdekaan negara. ''Mereka ini macam orang tak tahu sejarah kerana saya dapat lihat pihak pembangkang dengan lantang sengaja mengapiapikan soal ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah tercatat di dalam Perlembagaan," katanya. Kata Fadhil, beliau difahamkan bahawa kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh adiknya dari parti Pas telah menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang menteri besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Difahamkan, dalam perjanjian itu Mohammad Nizar sebagai menteri besar juga tidak boleh menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Katanya, ini akan mengubah persepsi orang Melayu terhadap kontrak sosial yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat lslam dan juga orang Melayu. Beliau tidak menafikan perjanjian tersebut jika ditunaikan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak bakal menimbulkan implikasi besar dan akan mewujudkan penentangan besar-besaran oleh orang Melayu. ''Jadi saya harap UMNO Perak bangkit bagi mengembalikan maruah bangsa dan agama lslam yang kini cuba diperalatkan di bawah 'Perjanjian Pangkor II' kerana ia jelas bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini," katanya. Difahamkan, DAP telah meminta Nizar menandatangani surat 'Perjanjian Pangkor II' sebelum bersetuju melantik wakil Pas itu menjadi Menteri Besar Perak.

Isnin, Februari 09, 2009

RATAP SISI MAYAT

oleh AHMAD SAUFI MANSORopie@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Seorang lelaki hanya mampu meratap di sisi mayat anak saudara perempuannya di tengah jalan apabila mangsa maut selepas dilanggar beberapa kenderaan dalam kejadian langgar lari di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Rembia, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, Nur Mardiana Hidayu Abd Malek, 18, yang menunggang motosikal Honda Wave, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah seluruh badan, manakala sepupunya, Nur Fazana Umar, 18, patah kaki kanan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kedua-dua remaja perempuan itu yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysa (SPM) baru keluar dari rumah datuk mereka di Batu 10 Jalan Lama Rembia, di sini, untuk pulang ke rumah di Rumah Awam Rembia, tidak jauh dari situ. Bapa Nur Fazana, Umar Bujal, 52, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika berkemas di gerai menjual minuman diusahakannya di pasar malam Pekan Rembia. Menurutnya, setiba di tempat kejadian dia mendapati Nur Fazana terbaring di atas jalan manakala motosikal dinaikinya terperosok di bawah pembahagi jalan di tepi kiri laluan berkenaan.“Sebaik sampai di tempat kejadian, saya melihat keadaan Nur Fazana tetapi dia pula bertanya, mana Along (Mardiana)? Saya terus pergi mendapatkan anak saudara yang terbaring di tengah jalan lalu memegang nadinya, tetapi dia sudah tiada. “Keadaan mayatnya menyayatkan hati apabila kaki kirinya cedera teruk dan patah, menyebabkan saya sebak kerana tidak menyangka kejadian sebegini boleh menimpa mereka,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, awal pagi semalam. Umar berkata, sebelum kejadian, Mardiana bersama anaknya memberitahunya mahu pergi ke rumah datuk mereka bagi menghantar bungkusan buah epal dan peria katak yang dibeli di pasar malam seperti dipesan ibu saudara, Suraya Abd Kasim, 50. Menurutnya, Mardiana yang menetap di Mersing, Johor bersama keluarga datang ke rumahnya hampir sebulan lalu untuk membantunya berniaga bagi mengisi masa lapang ketika menunggu keputusan SPM.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abdul Ghani, berkata kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai dilanggar beberapa kenderaan sebaik mereka keluar dari simpang rumah datuknya untuk pulang ke rumah. Menurutnya, akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan dengan penunggang motosikal mati serta merta di tempat kejadian, manakala pembonceng yang cedera parah pada kaki kanan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan. “Ketika membelok ke kiri untuk keluar simpang dari rumah datuk mereka, motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh empat kereta dari arah Alor Gajah menuju ke Bandar Melaka, tetapi tiga kereta terbabit melarikan diri. “Justeru, polis mengklasifikasikan kes sebagai langgar lari dan berusaha mengesan semua kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya. Orang ramai yang melihat atau ada maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan.

Sabtu, Februari 07, 2009

petang semalam, gadis ini datang ke rumah menghantar air cendol dan air tauhu yang dipesan oleh mak.. malamnya, kira2 jam 11, aku dapat berita dia dah meninggal.. terlibat dalam kemalangan langgar lari.. terkedu aku bila mendengar berita ni.. tak siapa yang dapat menduga..

gadis ini sebenarnya adalah anak saudara jiran sebelah rumahku.. jiranku ini berniaga air tebu, cendol dan air tauhu di pasar malam setiap jumaat di kampungku.. hari2 biasa pak cik ni berniaga pada sebelah petangnya di tepi jalan.. anak saudaranya ini sebaya dengan anak dara mereka.. baru lepas SPM.. masih muda remaja lagi.. malam tadi, selepas mereka berdua membantu ayah mereka berniaga di pasar malam, mereka ke rumah nenek mereka.. dalam perjalanan pulang selepas menghantar buah2an di rumah nenek, mereka di langgar oleh sebuah kereta yang sedang asyik berlumba.. sudahlah begitu, mereka dibiarkan begitu sahaja..

mujurlah ada yang ternampak kemalangan tu.. kebetulan tempat berlakunya kemalangan ni agak gelap.. tak boleh aku bayangkan kalau tiada yang melihat insiden ni.. entah apalah yang akan berlaku agaknya.. anak dara jiranku ini sekarang terlantar di hospital.. menurut kata jiranku, anaknya itu kemungkinan besar patah kakinya..

Jumaat, Februari 06, 2009

rosak mood hari ni..

pagi ni bila masuk dalam bilik, terasa dingin sekali.. dah macam nak nyanyi lagu ziana zain dah ni.. seingat aku, masa nak balik petang semalam, aku dah 'off'kan dah aircond ni.. siap tutup suis lagi.. tapi kenapa pagi ni aircond dah terpasang.. confirm ni ada orang lain dah ceroboh masuk ofis aku ni..

geram sungguh aku.. bukannya sekali ni dia curi masuk bilik aku ni.. dah banyak kali dah.. berbuih dah mulut aku ngadu kat bos besar tapi, dia tetap gak masuk bilik aku ni.. bukannya aku tak tau apa motif dia masuk bilik aku ni.. semuanya gara2 nak masuk laman web 18sx kat pc aku ni.. bilik dia pun ada pc tapi tak de internet.. isshhh.. ni semua yang buatkan aku rasa tak berkat kerja kat sini ni.. dia tak fikir ke aku boleh check laman web apa yang dia tengok?? kan ada dalam senarai history tu.. ingat aku ni bodoh sangat??

oleh kerana dia dah terlupa nak 'off'kan aircond aku, jadi aku ada sebab nak report kat bos besar.. ada alasan sikit.. bos besar aku ni kalau bab pembaziran ni, dia memang ambik pot sikit.. dia yang aku maksudkan ni, bukannya ada kaitan dengan aku pun.. dia ni cuma pandai ambil kesempatan atas bos besar aku.. dengan tidak mengeluarkan modal duit sesen pun, dia boleh jadi CEO kat company aku ni.. padahal dia bukannya pernah menolong mendapatkan apa2 projek untuk bos besar aku ni.. menghabiskan duit selalu la.. sebab tu dia amat2 tidak digemari oleh anak2 bos dan juga bini bos besar aku tu..

Khamis, Februari 05, 2009

dah lama aku tak jumpa dengan anak2 pertamaku.. seingat aku, kali terakhir bertemu mereka ialah pada hari raya puasa yang lepas.. ehh, dah hampir 4 bulan berlalu..

semasa keputusan UPSR yang lalu keluar, aku ada jugak menghubungi bekas suamiku untuk bertanyakan tentang anak daraku tu.. sengaja nak bercakap dengan anak2 ku, tapi waktu itu mereka tiada di rumah.. ada jamuan di rumah jiran.. sebenarnya sebelum tu, aku ada menghubungi sekolah anakku itu.. dan aku dah tahu keputusannya sebelum di beritahu oleh bekas suami..

aku dengar anak daraku sekarang bersekolah di salah sebuah sekolah di sungai buloh.. tak tau sekolah apa.. belum ada kesempatan untuk mencarinya di internet.. biasanya anak sulungku akan menelefonku dari asramanya tapi, sejak sekolah di buka sampailah sekarang ni, tak de pun panggilan dari dia.. dah membuak2 rasanya rindu ni.. terkadang sampai termimpi2.. bilalah dapat bertemu lagi..

Rabu, Februari 04, 2009

pelangi hidup..

aku
teringin untuk hidup
seindah pelangi
tapi sayang
mendung hitam
enggan berarak pergi

Selasa, Februari 03, 2009

huhu.. kena tag lagi.. tapi, tak pe.. selagi ianya tak melibatkan aktiviti bergambar ni, aku akan jawab.. hehe.. tag ni kiranya macam sesi suaikenal la.. nak tanya direct, malu.. so, main tag2 je la, kan LOL..

5 FAKTA TENTANG DIRI;

~ garang bila dengan anak2.. 'eh, bukan garang, tegas..

~ suka ketawa.. sebab tu awet muda.. pernah di sangka lepas SPM masa berumur 28 tahun..

~ suka baca novel.. tapi, sekarang ni dah susah nak cari masa senggang..

~ lebih suka dengar radio dari tonton tv..

~ mudah mengalirkan airmata.. kira cembeng la ni..

5 PERKARA PALING MENAKUTKAN DALAM DUNIA;

~ takut kalau tak dapat jumpa lagi anak2 pertama..

~ takut bila bayangkan akan kehilangan emak..

~ takut kalau aiman tak sembuh dari penyakitnya..

~ takut kehilangan kerja.. bukannya apa, sekarang ni pun suami tanam anggur jer.. takkan nak join dia..

~ takut kalau hidup susah sampai ke tua.. huhu..

5 LAGU BUAT MASA SEKARANG;

~ matahari - agnes monica

~ kain cinta putih - putra

~ mahakarya cinta - faizal tahir

~ ku di halaman rindu - lefthanded

~ kasihnya laila - jinbara

5 PERKARA YANG SELALU DI SEBUT;

~ ya Allah..

~ umang aii..

~ oo.. macam gitu 'ea??

~ ye ker??

~ oooo...

5 PERKARA YANG AMAT BERNILAI;

~ anak2 la..

~ blog.. hehe..

~ famili.. walaupun sekarang ni, aku macam tak bernilai di mata mereka..

~ handphone.. walaupun dah buruk..

~ teman2 sama ada di alam nyata mahupun di alam maya..

5 PERTAMA KALI DALAM HIDUPKU;

~ pernikahan yang pertama..

~ bersalin anak yang pertama..

~ kereta sendiri yang dah kena tarik.. huhu..

~ perceraian yang pertama.. harap tiada lagi lepas ni..

~ jatuh cinta kali pertama.. huhu.. dengan siapa?? rahsia..

BLOG YANG HENDAK DI TAG;

~ azlin hashim

~ achik

~ fazemy

~ arryani

~ cikgu jinggo [boleh ker??]

dah la tu, yer.. kang kalau tag ramai2, ada yang kena boikot pulak.. hehe.. apapun, ni semua untuk suka2.. hidup cuma sekali, so, kita enjoy!!!..

p/s: LOL, yang lama tu, tetap utang yer.. hehe.. suatu hari nanti, pasti akak akan bayar jugak utang tu.. biar lambat asal selamat..

Isnin, Februari 02, 2009

award dari kak tie..

aku dapat award ni dari kak tie.. hehe.. terima kasih ye kak.. moga kita akan terus bersahabat biarpun cuma di alam maya je.. siapa sangka, alam maya ni menemukan aku dengan ramai teman.. tak mengira usia, tak mengira jantina dan tak mengira agama.. aku pun nak bagi la award ni pada mereka yang banyak memberikan aku sokongan moral di saat2 aku amat2 memerlukan.. aku nak bagi kat;

~ erisya nor

~ LotsOfLove

~ arryani

~ azlin hashim

~ fazemy

~ naz ilynn

~ acu sayang

~ achik

hehe.. ambik yer, jangan tak ambik.. sebagai tanda kita adalah sahabat..