Khamis, April 23, 2009

arwah akak..

sebenarnya, dah lama aku nak ceritakan tentang akak.. di antara aku dan adik, ada seorang lagi insan yang bergelar adik pada aku.. jurang usia antara aku dengan dia adalah 7 tahun.. jauh, kann.. oleh kerana jarak usia antara dia dengan adik cuma 3 tahun sahaja, maka mereka berdua agak rapat jugak la.. sebab itu, seorang akak dan seorang lagi, adik..

seandainya akak masih hidup, usianya sekarang hampir mencecah 30 tahun.. sebaya dengan datuk siti.. dia pergi hampir 6 tahun yang lepas.. ketika berusia 24 tahun.. sebab2 dia meninggal?? huhu..

semuanya berpunca dari kemalangan motor bersama rakan baiknya, sabarina.. mereka berdua memang terlalu rapat.. mula berkawan sejak dari tadika sehinggalah ke akhir usia akak.. dari alam persekolahan sehinggalah alam pekerjaan, mereka tidak pernah berpisah.. waktu itu, dalam musim raya.. mereka dalam perjalanan pulang selepas beraya di rumah kawan sekerja.. tiba di satu selekoh tajam di bertam ulu, mereka berdua tergolek selepas motor mereka terbabas.. kat situ memang selalu kemalangan motor.. mungkin sebab jalan tu berpasir.. akak terjatuh dengan keadaan dadanya terhentak di atas jalan.. mujurlah tiada kecederaan serius akibat dari kemalangan kecil tu.. dan syukur juga kerana tiada kenderaan lain di belakang mereka waktu itu..

akibat dari kemalangan tu juga, akak selalu mengadu sakit dada.. memang selepas terjatuh tu, mereka pergi ke hospital tapi, tau2 je la kalau dah namanya hospital kerajaan tu.. mereka cuma periksa kecederaan luaran sahaja.. tak de pun nak x ray..

bila akak asyik sakit dada, kami suruh dia ke klinik bayar untuk buat x ray.. manalah tau, kann.. hasilnya, doktor kata hati akak bengkak.. dan akak diarahkan ke hospital melaka untuk pemeriksaan lanjut.. tapi, akak ni ikut perangai mak.. penakut.. aku rasa dari tempoh akak ke klinik sampai dia pergi ke hospital tu, ambil masa sebulan lebih jugak la.. takut punya pasal.. bila akak dah buat pemeriksaan kat hospital, doktor dapati ada ketumbuhan kat saluran dari hati ke hempedunya.. sebab tu la dia selalu sakit kat dada..

selepas tu, doktor kat hospital melaka pun buatlah satu pembedahan.. konon2 nak buang ketumbuhan tu.. hasilnya, ketumbuhan tu tak dapat di buang kerana ianya hidup.. maknanya ketumbuhan tu ada urat saraf dan saluran darah.. kalau di potong, ianya akan menyebabkan pendarahan yang teruk.. doktor kata lagi, ketumbuhan tu tak sama macam tumor2 yang lain.. kalau tumor yang biasa, ianya tak de urat saraf ataupun saluran darah.. boleh di potong macam tu jer.. jadi, sia2 je la pembedahan tu..

aku kesian kat akak sebab lepas kena bedah tu, dia terpaksa menahan sakit lain pulak.. masa kena bedah tu, doktor tu belah dada akak secara menegak, jadi kalau nak duduk, memang sakit.. dan kes akak ni dirujuk pada hospital selayang.. doktor kat hospital melaka sempat ambil sedikit ketumbuhan akak tu untuk di buat ujian.. dan sampel tu turut di hantar ke hospital selayang..

cerita selanjutnya akan aku sambung.. tunggu..

Jumaat, April 17, 2009

malam tadi, sedang asyik melayan kerenah aiman, tetiba masuk satu sms.. 'ibu, abang mlas dok dkt sni.. ibu tri n ayah mrh2 abg bila abg ade handset..' apahal pulak ni?? aku balas begini, ' mesti ada sbb naper ayah n ibu tiri mrh.. abg asyik main sms je kot??'.. aku cuba nak korek cerita sebenar.. sejurus kemudian, masuk lagi sms.. 'mne ade.. abg men msj dgn ibu je.. itu pown mrh2..' ishh.. tak boleh jadi ni.. takkan sms dengan aku pun tak boleh.. sedang aku terkial2 nak balas sms tu, telefon berbunyi.. rupanya dia yang telefon.. teresak2 suara dia menangis..

dia : ibu, abang dah tak tahan ar dok sini lagi.. abang nak datang kat ibu la..

aku : eh, abang.. jangan la macam ni.. abang kena la sabar sikit.. memang ibu nak ambik abang tapi bukan macam ni..

dia : abang dah tak tahan la, ibu.. abang tau la ibu tiri benci kat abang.. benci jer dah la.. jangan la asyik nak marah2..

aku : abang kena sabar.. jangan la nangis2 macam ni.. bila ibu tiri tu marah2, abang jangan layan.. buat tak tau jer.. kalau abang lawan, lagi la dia naik giler..

dia : memang ibu tiri tu dah giler.. asyik nak marah2 abang jer..

aku : abang bagitau la kat ayah.. cakap la ibu tiri asyik marah..

dia : ayah pun sama.. dengar jer cakap ibu tiri tu.. tak percaya cakap abang..

aku : heee.. apa la ayah abang ni.. ok la, abang.. nanti habis kredit abang.. dah la, jangan nangis2 lagi.. bila ibu tiri tu marah2, abang buat tak tau jer.. dok jer dalam bilik..

dia : ok la.. abang nak kumpul duit.. nanti abang nak datang kat ibu..

aku : abang sabar la yer.. nanti ibu bincang dengan lawyer tu dulu.. ok ea bang.. babai..

dia : ok.. bye ibu..

lama aku termenung lepas tu.. kalaulah aku ada sayap, memang masa tu jugak aku terbang ke bentong.. dan kalau dah sampai sana nanti, memang aku kibas2 kan sayap aku kat muka ibu tiri dia tu.. biar bercalar-balar.. seperti calar-balarnya hati aku tatkala mendengar rintihan anak aku ni.. apalah salahnya kalau dia beri layanan baik terhadap anak2 aku?? aku yakin, kalau dia sayang kat anak2 aku macam anak2 dia sendiri, pasti anak2 aku akan ingat pada dia bila mereka semua dah bekerja nanti.. dia jugak akan senang nanti, kann..

dan, malam tadi tidur aku tak selena malam2 semalam.. lebih2 lagi selepas aiman mengigau menyanyikan lagu wonderpets.. terkejut aku.. tetiba jer dia nyanyi, 'apa yang penting?? kerjasama.. wonderpet, wonderpet, kami datang'.. nak gelak pun ada jugak.. aiman, aiman.. aku lihat jam baru pukul 1.48 pagi.. huhu.. terkebil2 mata aku..

p/s: 'dia' adalah anak sulungku.. faiz..

Khamis, April 16, 2009

award dari LOL..

sekarang ni, aku tak de mood la nak buat cerita ceriti.. otak macam dah blank.. huhu.. tak tau la kenapa.. mujurlah adik aku ni bagi award.. ada juga la ceritanya.. terima kasih ye, dik.. kita ni kan kena saling bantu membantu.. walau rupamu tidak ku kenal.. hehe..

Isnin, April 13, 2009

tutup kes..

mulai dari saat dan ketika ini, aku tidak akan lagi bercerita tentang manusia yang ku panggil adik.. kerana apa?? kerana bercerita tentang dia, seolah2 aku menepuk air di dalam dulang.. percikannya terkena muka aku sendiri.. malunya akan aku rasai.. bercerita tentang dia, seolah2 membuka pekung di dada aku sendiri.. biarpun antara aku dan dia, seperti langit dan bumi..

jadi, mulai hari ini, tiada apa lagi yang perlu aku ceritakan tentang dia.. dan aku tidak perlu memeningkan kepala memikirkan pasal dia.. pilihan di tangan dia.. siapalah aku untuk menentukannya..

Sabtu, April 11, 2009

selisih pendapat??

pernah tak berada dalam situasi sebegini ~ berselisih pendapat dengan orang2 di sekeliling kita?? memang menyakitkan hati, kann..

andainya kita berselisih pendapat dengan orang2 yang lebih muda dari kita ataupun yang hampir2 sebaya dengan kita, mungkin situasinya agak mudah.. kerana, kita boleh berdebat meluahkan pendapat masing2 tanpa ada niat untuk bersikap kurang ajar.. sekadar melepaskan segala yang terbuku di hati..

tapi, situasinya agak berlainan jika kita berselisih pendapat dengan orang2 yang lebih tua dari kita, kann.. bila kita berdiam diri dengan niat tidak mahu melawan, dikatakan tiada berperasaan.. ataupun lebih memedihkan hati, dikatakan pekak.. tapi, bila kita meluahkan pendapat, dicap kurang ajar pula.. serba salah kann.. jadi, apakah langkah yang sebaik2 nya?

Khamis, April 09, 2009

esok CUTI!!!!!

yess!! esok aku cuti.. bukan saja2 tapi terpaksa.. aku kena pergi pejabat tanah sepang esok.. dan bukan aku sorang jer.. aku pergi dengan along dan juga emak.. mak pun kena ambik cuti dari radioterapinya.. angah tak dapat ikut sebab tengah berkursus.. hehe.. kursus nak jadi 'cikgu'.. huhu..

kami kena uruskan pasal tanah arwah datuk belah ayah.. rupa2nya, datuk aku ni ada banyak tanah kat area dengkil tu.. dekat jenderam hilir.. datuk aku ni orang minangkabau.. minang ori dari sumatera.. tapi, ada tanah yang bapak sedara aku dah jual.. hasilnya, dia makan sorang2 la.. tapi, itu dia punya pasal.. kitorang tak kisah..

aku harap2 sangat kes ni selesai cepat.. dah dekat setahun dah, tertangguh kat pejabat tanah tu.. nanti, bila dapat duit, boleh la aku bukak leno.. hehe.. dan kami adik beradik dah sepakat dah.. bahagian adik akan kami gunakan untuk bayar duit kawan2 yang dah kena tipu tu.. untuk kes2 terbaru kat sungai petani tu, biar dia selesaikan sendiri.. jangan harap si dk tu nak tumpang senang dengan duit adik tu..

kenangan lama..

aku baru lepas merayau kat 'azura mengamuk'.. ruangan untuk kaki2 motor semalaysia.. huhu.. memang aku minat motor dari dulu lagi tapi tak de la keinginan untuk memiliki motor sendiri.. lesen motor pun tak de.. setakat minat2 gitu jer.. aku kan ada 2 orang abang.. dulu, masa diorang bujang2, along pakai RXS.. angah pulak pakai Honda Raider.. dan aku pulak sekadar pembonceng.. ngeeee..


sebenarnya, bukan niat aku nak citer pasal motor.. tapi, aku masuk kat azura mengamuk tu sebab angah ada paste kan gambar famili aku masa dolu2.. time tu, aku kecik lagi.. dan kami baru tiga beradik jer.. seronok sebab dah dapat dah gambar tu.. itu pun terpaksa register jadi member.. semata2 nak carik semua posting yang angah dah buat.. huhu..

tapi, aku rasa puas.. berbaloi aku jadi ahli.. hehe..

Isnin, April 06, 2009

malu pulak rasanya bila dapat award dari kak yong lagi.. tapi, award ni tak de tag.. mungkin ada tapi kak yong tak pulak sertakan sekali.. mungkin tag tu kak yong masukkan dalam senarai 'hutang' kot.. nantilah, kalau kak yong ada jawab tag tu, aku ambillah tag nya.. rajin tu.. huhu.. apapun, terima kasih yer kak yong.. terima kasih daun keladi..

Khamis, April 02, 2009

3 in 1..

akhirnya, terlerai juga kerinduan aku pada rumah ke dua aku ni.. dah seminggu lebih tu tak dapat update blog.. rindu serindu-rindunya.. jadi, sementara aiman tak ada hari ni, aku ambil kesempatan ni untuk bercerita.. banyak yang aku nak cerita..

kisah 1..

aku nak cerita pasal anak sulung aku, faiz.. hari jumaat lepas, dia ada telefon aku.. dah lama betul dia tak telefon aku.. hampir2 3 bulan dah.. bila aku tanya kenapa, dia cakap dia kumpul duit.. dan hasilnya, dia dah berjaya beli handset nokia 1200.. kira ok la tu.. biarpun screen nya tak berwarna, janji kami dapat saling berhubung..

sejak itu, dia selalu sms ataupun call aku.. pagi semalam, 5 minit sebelum pukul 6, dia dah sms.. dia tengah bersarapan.. awal betul dia kena keluar ke sekolah.. pagi tadi pula, jam 5.20 pagi dia sms.. saja nak bagitau dia dah bangun.. kesian dia kan.. cuba nak bermanja dari kejauhan.. masa mula2 dia pakai handset tu, ibu tirinya bising juga.. bukannya bising marahkan dia tapi bising suruh bekas suamiku belikan handset untuk anaknya pulak.. eeiiii, suruh la anak perempuannya kumpul duit sendiri.. mengada2 la pulak..

kisah 2..

aku nak cerita pasal earth hour pada 28 mac ari tu.. kebetulan malam tu, surau kat taman perumahan aku buat sambutan maulidur rasul.. jadi, tak dapat la aku nak dok bergelap, kann.. tapi, sekurang2nya, aku dapat jugak la menjimatkan elektrik.. ye la, kat rumah aku cuma nyalakan satu lampu jer.. tak bukak tv pun.. jimat jugak, kann??

kisah 3..

petang semalam, aku tumpang angah pergi hospital.. nak lawat mak.. kalau ikut perancangan, aku nak lawat mak ari ni sebab suami aku cuti ari ni.. tapi, bila angah cakap yang dia nak pergi lawat mak semalam, terasa macam nak ikut pulak.. syukur, mak masih boleh bertahan.. mak sihat cuma bibir mak kena pecah2.. mungkin sebab kekurangan air.. mak dah tak boleh makan yang pedas2.. tekak mak rasa sakit bila makan pedas..

balik dari hospital, angah hantar aku ke melaka sentral.. aku nak balik saing dengan suami aku.. sementara menunggu suamiku habis bekerja, aku bawak aiman bermain2 kat tempat permainan.. tempat tu kecik jer, cuma ada gelongsor sahaja.. lagipun, ianya dikelilingi oleh gerai2 menjual tudung dan baju2..

waktu itu, jam dah pukul 9.25.. gerai2 kat tempat permainan tu pun dah tutup dah.. aku bawak aiman main kat situ lagi.. entah macam mana, tetiba aiman boleh terjatuh kat tangga tu.. masa tu, dia dah sampai kat atas dah.. sempat lagi dia ketawa dengan aku.. waktu tu, aku berdiri tunggu dia kat ujung gelongsoran tu.. bila melihat dia terjatuh, menggelupur aku berkejar mendapatkan aiman.. dia jatuh terselit kat celah pemegang tangga tu.. mesti sakit pinggang dia.. mungkin masa dia jatuh tu, sebelah tangannya masih memegang besi tu.. aku rasa macam nak menangis bila aiman menangis.. kami sama2 terkejut masa tu.. rasanya kalau di toreh muka aku saat itu, pasti tiada darah yang menitik.. walau darah putih pun.. ngeeeee..

kat tangga ni la aiman tergolek.. walaupun tak tinggi tapi cukup untuk membuatkan lutut aku menggigil..
aku risau kalau2 aiman demam akibat terperanjat.. tapi, syukurlah, aiman juga sekuat aku.. mujurlah pagi ni dia dah ok.. syukur alhamdulillah..

Khamis, Mac 26, 2009

pagi ahad lalu, bangun jer dari tidur, terasa dadaku agak sakit.. terasa seperti mencengkam2 dari dalam.. tapi, aku masih boleh bertahan kerana rasa sakit itu datang sekali sekala.. tapi, bila bangun pada pagi isnin, rasa sakit itu semakin teruk.. setiap pergerakan yang aku lakukan, pasti akan menimbulkan rasa sakit di dada.. sampaikan nak gosok gigi pun terasa mencengkam dada..

pergerakan menjadi sedikit perlahan kerana nak mengawal rasa sakit.. berjalan pun dah terasa macam wanita melayu terakhir.. penuh kesopanan.. ye la, bila terhentak sikit pun dah menangkap sakit di dada.. huhu.. seksanya rasa..

lepas waktu makan, aku nekad pergi ke klinik kerajaan yang berhampiran kat ofis aku ni.. pucat sekejap muka aku, bila doktor mengarahkan aku buat pemeriksaan ECG.. doktor pulak menunjukkan reaksi yang agak mencemaskan bila aku kata dada aku sakit.. aku pernah tengok aiman kena buat ECG ni.. sekarang giliran aku pulak.. tapi, syukurlah hasil pemeriksaan ECG tu, dada aku ok jer.. doktor bagi aku ubat buang angin.. dan syukur sekali lagi, aku dah sihat.. mungkin jugaklah dada aku tu masuk angin..

malamnya, badan aiman pulak agak panas.. menyusu pun sikit jer.. bila aku suruh dia habiskan susunya, dia jawab, demam.. hehe.. dah pandai dah anak aku ni.. dia kena selsema dan juga batuk.. mujur esoknya, aiman kena buat check-up kat klinik desa.. jadi, dapatlah mintak ubat untuk batuk dan selsema.. tapi, aiman ni susah benar nak bagi makan ubat.. kalau paksa dia minum, pasti dia akan keluarkan semula ubat tu.. every single drop.. cewah, speaking pulak.. cuma sekali jer ubat tu berjaya sampai ke perutnya.. itupun sebab aku bagi masa dia tengah tidur.. hehe.. hidung dia kan tersumbat.. jadi, dia tidur dengan mulut yang terbuka.. aku tuanglah ubat tu sikit2.. berjaya jugak la aku..