Rabu, Januari 28, 2009

ada ke patut??!!

kalau ada yang bertanya tentang seronok tak bercuti, pasti aku akan gelengkan kepala.. kenapa?? huhu.. aku rasa sedih sangat.. tapi aku serba salah pulak.. nak cerita ke tak?? kalau aku tak cerita, takut makan dalam pulak.. lagipun, aku bukannya ada tempat lain nak mengadu selain pada Allah yang maha mengetahui tu.. nak cerita ke tak?? pada aku, blog ni la satu2nya tempat untuk aku meluahkan perasaan selain pada Dia.. aku tak de teman yang sesuai untuk aku luahkan masalah aku ni.. masing2 semua ada masalah sendiri.. takkan aku nak bebankan lagi dengan masalah aku.. nak cerita ke tak?? aku cerita la yer..

ahad lepas, angah datang ke rumah ngan anak bini dia la.. pastu aku hidangkan la meehoon sup hasil air tangan mak.. dalam pada aku menghidang tu, mak bukak cerita pasal suamiku pergi temuduga guard kat infineon.. dulu angah pun kerja kat infineon tu.. tapi bahagian production la.. pastu ni la dialog antara aku dan dia..

dia :: pergilah mintak kat zapcity [sekolah memandu].. diorang nak pakai driver van..

aku :: mana dia ada lesen..

dia :: eh, kata dah ada lesen??

aku :: mana ada.. nak beli susu anak pun tak lepas, mana nak ambik duit nak buat lesen..

dia :: kalau tak de lesen, apasal sibuk2 nak pakai kereta??

aku :: kalau ada kereta, alang [aku, la] la yang bawak..

dia :: ada ke duit nak isi minyak? pakai kereta, nak kena isi minyak..

aku :: tak mampu, naik la bas jer..

tiba2, tak semena2, dia boleh cakap, "nak pelempang ker??"

aku terus jadi terpinga2.. sebab aku rasa aku jawab dalam tonasi yang biasa.. bukannya nak melawan cakap dia.. bila dia cakap macam tu, terus aku terdiam.. terus aku tak layan apa yang dia cakap lagi..

patut ker, aku dalam usia hampir 36 tahun 4 bulan ni, diajukan soalan macam tu?? walaupun dia abang aku tapi aku bukannya adik dia yang baru berusia 16 tahun.. dulu boleh, la.. sekarang ni, aku dah ada anak 4 dah.. patut ker??

Sabtu, Januari 24, 2009

gong xi fa cai..

saat ini, dah ramai teman2 di alam maya ni yang dah start cuti dah.. aku je yang masih bertugas, walaupun tak banyak mana pun tugasnya kat ofis ni..

dulu, masa kerja kat pasaraya bintang, terasa jugak suasana raya cina ni sebab ramai member cina kat sana.. dapat la jugak makan limau free.. naik senak la perut makan limau ni.. tapi, bila kerja kat sini, tak terasa apa pun.. dah tentulah aku kerja dengan melayu.. dah tu, kat ofis ni cuma aku ngan anak bos jer.. so, mana nak ambik limau free, kan.. nak tak nak, kena la beli sendiri kat shopping tu..

aku start cuti esok sampai hari selasa je.. ari rabu dah naik kerja balik.. so, kita jumpa di sana yer.. buat semua yang menyambut tahun baru cina ni, aku ucapkan gong xi fa cai..

Jumaat, Januari 23, 2009

Oleh Rashidi Karimam@hmetro.com.my

KANGAR: Hanya kerana terlalu sayangkan isteri, seorang lelaki berjawatan tinggi dengan pendapatan lebih RM10,000 sebulan sering menjadi mangsa buli isterinya, termasuk dicederakan.

Paling menyedihkan, dia hanya diberikan wang saku RM20 setiap hari kerana wang gaji bulanannya dikawal isterinya.Lebih malang, wanita itu turut mengambil kesempatan bermain kayu tiga apabila menjalin hubungan sulit dengan lelaki lain.Bagaimanapun, lelaki itu yang terlalu sayangkan isterinya hanya berdiam diri walaupun dia sepatutnya menjadi ketua keluarga.

Kisah pasangan suami isteri itu terbongkar apabila si suami cuba mencari jalan penyelesaian dengan melaporkan perbuatan isterinya kepada Jabatan Pembangunan Wanita Perlis, baru-baru ini.Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita negeri, Affendi Rajini Khan, berkata pihaknya terkejut apabila menerima laporan daripada seorang lelaki berjawatan tinggi berusia lewat 30-an itu yang tidak tahan diperlakukan seperti hamba.Beliau berkata, lelaki berkenaan menemuinya untuk mendapat khidmat nasihat akibat perbuatan isterinya.

“Mangsa mengadu wanita itu berang baru-baru ini apabila ditegur ketika berselisih faham dengannya.“Wanita itu bertindak kejam dengan membaling tudung periuk tepat mengenai dahinya hingga luka serta meninggalkan parut,” katanya ketika ditemui, semalam.Menurutnya, lelaki itu turut mendakwa isterinya mempunyai teman lelaki yang pernah datang ke rumah. Affendi berkata, suami wanita itu enggan bertindak balas terhadap isterinya kerana dia seorang yang penyayang.

“Dia memberi alasan terlalu sayang dengan tiga anak mereka hingga menyebabkannya mengikut segala arahan isteri,” katanya.Selepas mendapat bimbingan dan kaunseling daripada jabatan, kata Affendi, lelaki itu memperoleh keyakinan diri dan mampu membina semula keluarganya seperti dituntut Islam dan lazimnya dalam sesebuah keluarga.

Ditanya kaedah digunakan bagi memulihkan keyakinan suami, beliau berkata, antara lain, lelaki terbabit diarah menunjukkan sikap sebagai seorang suami yang bertanggungjawab bagi mengelak dikategorikan sebagai dayus.Beliau berkata, pihaknya terkejut apabila lelaki itu menyatakan isterinya menyalahkan dia kerana gagal bertindak tegas ke atas perlakuan buruk isteri selama ini.“Kami mendapati sikap terlampau sayang dan takut menegur menyebabkan si isteri naik tocang lalu bertindak di luar batasan untuk menguji kesetiaan suami,” katanya.

Affendi berkata, jabatannya banyak menerima aduan berkaitan poligami, perceraian serta cabul dan rogol selain permohonan bantuan kewangan.“Kami terima banyak aduan setiap bulan. Namun, kami cuma mampu memberi kaunseling dan bimbingan kepada mereka,” katanya.Sepanjang tahun lalu, jabatannya dapat menarik lebih 5,000 penduduk untuk menyertai pelbagai program anjurannya termasuk kempen memerangi HIV/Aids, wanita dan kesihatan, dialog dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komunikasi rumah tangga.

p/s: kalaulah aku dapat suami macam ni.. takkan ku persiakan.. gaji sebulan RM10,000.. kayo mak cik..

Rabu, Januari 21, 2009

sandiwara dunia..

sebelum ni, aku hanya jadi pemerhati sahaja.. tak komen apa2.. tapi malam tadi masa tengok buletin utama, aku jadi menyampah yang teramat pada dua manusia hipokrit ni.. betul2 menyampah.. sebelum ni, mereka menafikan sekeras2 nya segala dakwaan yang mereka sedang bercinta.. konon2 hanya kawan baik tapi tak menolak sekiranya ada jodoh antara mereka selepas ni.. apalah salahnya jika mereka berterus terang jer yang mereka memang ada affair?? peminat bukannya bodoh.. tak tau nak menilai.. biarpun hanya dari pakaian yang mereka pakai.. takkanlah tak de apa2 kalau pergi mahkamah pun pakai baju sedondon.. bukan nak menunjuk2 ke tu.. eeeiiii.. nasib baik la aku ni bukan abby abadi..

Selasa, Januari 20, 2009

AKPK

korang mesti biasa tengok iklan pasal akpk ni, kan.. dulu, aku tak ambik pot sangat pasal iklan ni.. tapi, bila angah bawak aku gi kat akpk ni masa bulan 6 tahun lepas, barulah aku faham fungsinya..

akpk ni macam orang tengah la yang akan berbincang dengan pihak bank bagi melunaskan hutang2 kita yang tertunggak pada pihak bank.. sebenarnya aku kena black-list dengan EON bank.. pasal kereta proton iswara yang aku beli atas nama aku.. dan angah pulak jadi guarantor.. so, angah pun 'terblack-list' sekali la.. tu yang dia berusaha bawak aku gi kat akpk tu.. huhu.. anyway, terima kasih la pada angah.. kalau tak, entah sampai bila aku kena black-list ni..

bukannya aku tak nak bayar duit kereta tu.. masa kereta tu kena tarik, biasa kan diorang bagi tempoh 3 minggu untuk tuntut balik.. time tu, memang tak de duit nak gi tebus balik.. terpaksalah aku naik mahkamah lepas kereta tu kena lelong.. aku ingat lagi, hakim tu cakap, "ok, awak pergi ke EON bank dan bincang dengan mereka cara untuk bayar duit kereta tu".. aku pun terus je la pergi kat EON bank..

bila pegawai tu tanya aku nak bayar berapa tiap2 bulan, aku jawab la, "saya boleh bayar RM200".. tup tup pegawai tu boleh cakap,"awak kena bayar duit muka dulu.. macam nak ambil kereta".. aik, naper pulak boleh jadi macam ni?? "awak kena bayar RM3,000 dan bulan2 kena bayar RM300.. kalau boleh, kita nak selesaikan dalam masa 2 tahun".. pegawai tu cakap la..

"eh, tadi hakim tu cakap boleh bincang dengan bank".. masa ni aku dah bengang sikit.. sikit jer.. "ye la, tapi kita bukan badan kebajikan".. dia boleh jawab macam tu.. masa ni aku dah bengang banyak sikit.. "kalau macam ni, baik tak payah naik mahkamah.. you hantar jer surat cakap itu macam".. lepas jer aku cakap macam tu, aku terus keluar.. sakit betul hati aku.. rasanya kalau aku bincang lagi, mau lagi kesat kata2 yang terkeluar nanti.. insiden ni berlaku 4 tahun yang lepas.. padan muka pegawai bank tu.. konon2 nak settlekan dalam masa 2 tahun.. huhu..

sebelum aku pergi akpk tu, aku ke EON bank dulu.. nak dapatkan penyata terkini tentang hutang aku kat diorang.. masa kereta tu baru kena tarik, hutang aku baru RM12 ribu lebih.. sekarang ni dah jadi RM16 ribu lebih.. RM4 ribu tu dia punya bunga.. dan aku kena bayar duit muka sebanyak RM4 ribu..

akpk janji akan tolong aku untuk bayar RM200 sebulan.. tanpa perlu bayar duit muka.. dan pegawai akpk tu juga janji nak tolong hapuskan bunga tu.. maknanya aku kena bayar duit pokok sahaja..

aku hantar borang akpk tu pada 17/09/2008.. dan pada 07/01/2009, aku dapat surat dari akpk yang mengatakan permohonan aku telah di persetujui.. yess!!

dan, pada 17/01/2009, aku dah mula buat pembayaran pada EON bank sebanyak RM200 sebulan.. kalaulah pihak EON bank hapuskan duit muka tu dan setuju aku bayar RM200 pada tahun 2005 tu, mungkin sekarang ni aku dah boleh beli kereta baru dah.. tak de la aku bersusah payah naik bas.. kulit aku pun dah semakin gelap ni.. huhu..

Isnin, Januari 19, 2009

aku kena tag lagi.. kali ni dari acu.. mujurlah tak kena letak gambar macam yang LOL bagi tu.. oleh kerana itu, utang pada LOL tetap jadi utang.. sabar yer.. ni soalan2 nyer..

WHAT IF YOUR EX-GIRLFRIEND/EX-BOYFRIEND SAID THESE TO YOU...

hi, how r ya?
~ alhamdulillah, sihat dan bahagia..

hey! you wanna go to mall?
~ tak pe la.. tengah tunggu suami ni..

i love you..
~ dah terlambat la..

do you want some cookies?
~ tak nak la.. saya nak gi makan ngan suami ni..

can u take me a picture?
~ ada kamera ker??

help me in my homework?
~ apasal lak mintak tolong ngan aku ni??

here's my gift to you..
~ err... ikhlas tak ni??

let's just be textmates
~ textmates?? nanti kena selalu sms la ni?? tak pe arr..

do you want me to buy you an ipod?
~ ipod?? tak minat la benda2 cam gitu..

let's sit together in the bus..
~ kan dah cakap tadi, aku tengah tunggu suami aku.. pasal ni la kita clash.. tak reti bahasa..

hi baby
~ dah, tak yah nak pujuk2 pulak..

you still cute..
~ ishh.. jiwang karat la pulak..

i still love tou..
~ dah terlambat sangat2 la awak ni..

can i visit your house?
~ arr.. tak payah la.. nanti tak pasal2 rumahtangga aku bergolak macam kat palestin pulak..

do you love me?
~ not anymore..

pastu, kena tag lagi 5 orang yang lain pulak..

Named 5 candidates on ur list, ask them to complete this tag repost on their blogwrite title 'what if ur ex said this to u?'

nak pilih sapa la pulak ni.. hehe.. jangan marah yer.. saja suka2..

1. LotsOfLove- pearls

2. fazemy

3. erisya nor

4. arryani

5. azlin hashim

hehe.. diulang sekali lagi, jangan marah yerr..

kisah semalam..

semalam dalam berita minggu, baca tentang palestin lagi.. aku terlupa pulak tajuknya.. dituliskan, dalam tempoh 22 hari palestin di serang, mangsa yang terkorban adalah seramai 1,199 orang.. kanak2 yang turut menjadi mangsa adalah seramai 410 orang.. yang tercedera adalah seramai 5,300 orang..

zionis setuju untuk menurut arahan gencatan senjata yang dikeluarkan oleh PBB.. tapi, masih ada serangan yang dilancarkan walaupun selepas gencatan senjata.. boleh percaya ke diorang ni??

malam tadi dalam buletin utama, ada disiarkan tentang permohonan maaf dari seorang pemimpin israel [aku tak nak ingat nama dia].. minta maaf sebab dah serang palestin.. minta maaf sebab dah bunuh ramai penduduk gaza.. minta maaf sebab dah bunuh kanak2 yang tak berdosa.. senang2 jer ucapkan kata maaf.. dia ingat dengan minta maaf macam tu, dia takkan dikenakan tindakan apa2 ker?? ishh.. murah betul nilai maaf tu kat mata dia..

malam tadi jugak berlangsungnya anugerah juara lagu kat tv3.. tapi, entah kenapa, mata aku mengantuk betul malam tadi.. seingat aku, yang terakhir aku tengok ialah masa zahid ngan heliza menyanyi.. lepas tu, sedar2 aiman menangis mintak susu pukul 3 pagi tadi..

Khamis, Januari 15, 2009

dalam harian metro hari ni, osama bin laden [ketua al-qaeda] menggesa umat Islam melancarkan perang jihad ke atas israel.. katanya, negara Islam dunia berkemampuan menewaskan rejim zionis dengan kelebihan dan juga kekuatan mereka yang tersembunyi tanpa bantuan pemimpin arab.. hakikatnya, kebanyakan pemimpin arab bersekutu dengan penjajah dan zionis, katanya lagi..

akhirnya, ada juga pemimpin Islam yang berani bersuara mengutuk zionis dan sekutunya.. aku rasa seperti ada sinar baru yang akan memberi harapan pada penduduk palestin.. mungkin sudah ada anggota al-qaeda yang bergerak menuju palestin.. bersama-sama berganding bahu, memerangi kekejaman zionis.. dan yang lebih membuatkan aku bersemangat bila ada serangan yang dilancarkan dari lubnan terhadap israel.. biarpun hanya serangan kecil2an, tapi itu sudah cukup untuk memberi amaran pada israel.. masih ada yang berani menentang biarpun amerika memberi sokongan..

tapi, aku cukup2 tertarik dengan kata2 osama yang ni.. 'jika pemimpin arab tidak mahu berperang, bukalah jalan kepada mereka yang berani melakukannya'..

aku nak hadiahkan gambar ni buat teman2 yang mengambil berat tentang aku sepanjang aku dalam kegelisahan.. aku nak ucapkan bebanyak terima kasih kerana sudi memberi kata2 semangat buat aku.. rasanya jika bukan kerana kata2 dorongan dan sokongan dari kalian, mungkin di saat ini aku masih lagi lemah dan bersedih.. aku dedikasikan gambar ni buat arryani, erisya nor, LotsOfLove, kak tie, naz ilynn, fazemy, acu sayang, achik, azza_irah, en_me, azlin hashim dan juga buat semua yang menyumbangkan kata2 nasihat.. maaf andainya ada nama2 yang tertinggal.. haa, juga buat uncle mountdweller.. harap2 semuanya sudi ambil dan letak kat blog masing2.. ingat cherry, ingat saya..

Rabu, Januari 14, 2009

tag dari erisya..

aku kena tag.. dari erisya.. hutang aku pada LotsOfLove pun belum bayar lagi.. tak pe la yer.. tag dari erisya ni simple jer.. tak payah nak letak apa2 gambar.. hutang tetap jadi hutang dulu la yer..

1. Copy badge “2008 Cute’s 3logger Award” di bawah untuk diletakkan di blog anda.

2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

ni kisah tentang erisya.. si pengetag..

a. Kerja gomen. Membantu penguatkuasaan akta2 di Mesia ni .

b. part -time buat MSc dalam bidang genetik. Ntah bila nak abis urgghhhh semangatpun dah makin cair ni.....

c. suka jalan2 tak kiralah ke mana ; ikut kemampuan ler hehehehe. Paling enjoy masa ke Jepun..maklum, sumer ditanggung!

d. Errr ...Negeri asal? Erisya orang Perak tapi dah lama menetap di Pulau Pinang sejak rumaja lagi hehehe tapi....masih pandai cakap perak, tau....

e. Lagu kegemaran ialah nada sousou (rimi natsukawa), shimanchu nu takara (kumpulan begin), เราต่างก็รู้ดี เธอเองก็มีใคร (aof pongsak) , semua lagu nyanyian Rossa, ....eh...banyak lak lagu kegemaran tak tertulis di sini! Tapi lagu siam tuh mengingatkan erisya pada seseorang yang amat istimewa di hati ini.

f. Hmmm..nak citer apa lagi ya...tak reti nak citer apa sebab tak de soklan . Itu jelah kot...

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

a. ibu kepada 4 orang cahayamata.

b. telah berumahtangga sebanyak 2 kali.

c. bekerja sebagai kerani cabuk sahaja.

d. bercita2 untuk membuka sebuah perniagaan [kalau ada modal]

e. dilahirkan di hospital besar, kuala lumpur tapi balik menetap di melaka pada usia 11 tahun [selepas ayah meninggal dunia]

f. mula berblogging pada 14/02/08.

g. teman pertama di blog ialah azlin hashim.. kenal di blog mazidulakmal.. melalui azlin, kenal pula arryani, erisya nor, cikgu jinggo, cikgu azza dan ramai lagi..

h. minat main bowling.

i. pernah bekerja sebagai cashier kat pasaraya ocean dan bintang. [seronok bila customer ramai]

j. jatuh cinta dengan suami sebab perut dia. [dari jauh nampak macam winnie the pooh]

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog anda.

siapa 'ek??

1. azlin hashim

2. kak tie

3. cikgu azza

4. arryani

5.
acu sayang

6. naz ilynn

7. fazemy

8. achik

dah la kot.. aku bukannya kenal ramai sangat pun..

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan“anda telah di tag - sila layari blog ______ untuk mendapatkan award anda”.

dah selesai dah.. lepas ni, kalau boleh jangan la dapat tag lagi.. tapi, kira ok la ni, kan.. boleh merapatkan hubungan sesama kita.. hehe.. pada yang kena tag tu, jangan marah arr..