Selasa, Jun 30, 2009
aku kena tag.. huhu.. baru teringat, dah lama aku berhutang tag dengan LOL.. dik, jangan risau yer.. suatu hari nanti, akak pasti akan jawab tag tu.. kali ni aku kena nak jawab tag dari ieyla yang berada nun jauh di sapporo, jepun.. baby dia ni dah macam anak jepun dah.. huhu.. soo chubby.. ok, ni tag nyer..
1. Nama-nama timangan anda?
~ alang - nama gelaran dalam famili dan saudara mara yang dekat2..
~ atie - nama panggilan di kalangan teman2, saudara mara yang jauh2 dan aku bahasakan diri aku ngan nama ni bila bercakap dengan teman2..
~ azli - nama ni amat2 special sebab cuma 2 orang jer yang panggil aku ngan nama nih.. nak tau sapa?? arwah nenek dan juga pak cik aku..
~ darling - aku lupa la pulak nama ni.. ye la, dah hampir 27 tahun dah tak dengar nama ni.. cuma arwah ayah jer yang panggil aku dengan nama ni.. huhu..
2. Anda seorang yang??
~ mudah mesra.. suami aku pun pelik.. setiap kali kalau bawak aiman gi spital, mesti aku dapat kawan baru.. tapi jangan salah faham, aku mudah mesra ngan mereka yang sejantina ngan aku jer ye..
~ aku juga seorang yang mudah naik angin tapi mudah juga cool balik..
~ lembut hati.. kekadang apa yang terucap di bibir, tak sampai di hati..
~ cukup mudah tersentuh andainya ia berkaitan ngan keluarga..
3. Insan yang teristimewa??
~ semestinya la suami aku.. terima kasih yer ayang sebab sentiasa di sisi menemani.. dan mampu melayan setiap kerenah atie.. thanks..
4. Lagu kesukaan anda??
~ masa sekolah dulu, aku minat dengan lagu2 rock.. membesar dengan lagu2 lefthanded, wings , may, search dan group2 yang sewaktu dengan mereka.. tapi jangan tak percaya, dulu aku sekolah agama tau.. huhu.. rockers sopan tu..
~ minat lagu2 siti.. tapi cuma lagu2 masa dia anak dara dulu.. ngeeeee..
5. Makanan kesukaan anda??
~ mee bandung.. tapi susah nak cari kuah yang tiada udang kering di dalamnya.. aku ni ada resdung..
~ daging masak asam pedas.. teringat masa dok kat asrama dulu.. walaupun kuahnya cair tapi tetap menyelerakan..
~ steak..
6. Warna kesukaan anda??
~ biru.. tak kisah la biru gelap ataupun biru lembut.. janji biru..
~ hitam.. dalam almari aku, kebanyakan t shirt ataupun blouse terdiri dari warna nih..
~ putih.. paling aku suka tudung putih..
7. Sikap yg membuatkan anda Stress??
~ suka membebel bila aku baru balik dari kerja.. memang mudah sangat la angin aku naik..
~ ungkit mengungkit..
8. 3 benda yang mesti ade dalam Beg anda??
~ handphone.. wajib ada..
~ kunci ofis..
~ cermin.. teman sejati kaum wanita..
9. Kali terakhir anda menangis dan mengapa??
~ baru pagi semalam.. sebab- aku sedih bila terpaksa menipu seseorang untuk melindungi orang lain.. dan yang buatkan aku menangis bila 'dia' menangis.. maafkan akak, dik.. sesungguhnya akak memang dalam dilema..
10. TAG 6 Rakan anda...
~haa, bab ni la yang memang aku suka sangat.. tapi, 6 orang jer la.. ok, ini la mangsa2 nyer..
1- arryani..
2. LOL-pearls..
3. acu sayang..
4. kak chekdenoor..
5. shi3la..
6. mawar merah..
buat mangsa2 aku nih, jangan marah yer.. aku cuma menurut perintah jer.. huhu..
Sabtu, Jun 27, 2009
aku saja2 jer nak cuba masuk contest yang si shi3la ni buat.. dia suh teka berapa harga kamera yang dia tunjuk tu.. kamera tu hadiah dari hubby dia.. huhu.. best tu, kann.. pada teman2 yang nak mengetahui kisah shi3la ni dengan lebih lanjut, sila klik kat sini..
Jumaat, Jun 26, 2009
hari ini, sana sini semua sedang memperkatakan tentang pemergian michael jackson.. dia meninggal dunia akibat kegagalan jantungnya untuk berfungsi.. meninggal kira2 jam 2 pagi lebih kurang.. meninggal semasa dalam perjalanan ke hospital yang cuma terletak kira2 6 minit perjalanan dari rumahnya..





Khamis, Jun 25, 2009
seingat aku, sejak hari sabtu yang lepas, setiap hari bumi melaka ni di timpa hujan.. cuma bukan setiap hari tu turun kat kampung aku la.. biasanya, awan mendung yang menutupi kampung aku, akan berarak ke tempat lain selepas di tiup angin.. huhu.. cuma pagi semalam jer dapat merasa hujan yang benar2 lebat.. dan aku terpaksa jugak keluar bila hujan dah menjadi reda sedikit.. reda sedikit tu maksudnya hujan masih lebat cuma tidak lagi disertai angin.. terpaksa la.. kalau tak, entah pukul berapa pulak sampai kat ofis nih..
Isnin, Jun 22, 2009
aku dapat award lagi.. macam bermusim pulak, kann.. kalau dah dapat satu, pasti ada yang akan memberi lagi.. aku?? macam biasa la.. rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari..
Jumaat, Jun 19, 2009
aku dapat award lagi.. kali ni giliran sis_nita pulak yang bagi kat aku.. terima kasih banyak2 yer sebab sudi berkongsi kasih.. hehe..
p/s: tadi masa aku merayau2 kat blog kuIna, terjumpa satu link yang menarik perhatian aku.. tajuk blog dia hampir2 sama dengan tajuk blog aku.. tapi, dia dah lama blogging.. sejak 2004 lagi.. maknanya, blog dia dah wujud sebelum blog aku dilahirkan lagi.. tapi, itu tak bermakna yang aku ciplak tajuk dari blog dia, yer.. baru sekejap ni aku tau.. ni dia link ke blog titian perjalanan hidup seorang aku..
Khamis, Jun 18, 2009
hari ini bersamaan dengan 18hb Jun, 2009, genap la usia aiman 3 tahun.. huhu.. pejam celik pejam celik, dah 3 tahun dah.. rasa macam semalam jer aku keluar dari bilik bersalin tu..
teringat lagi masa hari terakhir aku bekerja, sebelum cuti bersalin la.. petang tu, tetiba rasa macam mencucuk2 je kat ari2 tu.. tak pernah aku rasa macam tu, walaupun itu kali ke 4 aku mengandung.. masa tu aku kerja jadi customer service kat sebuah pasaraya yang tak berapa terkenal..memandangkan kerja aku tu memang memerlukan aku berdiri hampir setiap masa, aku mintak balik morning.. morning pun baliknya pukul 7 malam jugak..
semakin hampir ke pukul 7, semakin kuat rasa tu mencucuk2.. dan setiap kali terasa cucukan tu, setiap kali itu jugak terasa macam ada 'sesuatu'.. bila aku check kat toilet, confirm ada lendir macam darah yang keluar.. mulanya rasa panik jugak.. tak pernah ada pengalaman macam tu.. baru kini ku tahu, itu namanya kembar darah..
masa tu, walaupun aku balik morning, tapi bukannya aku terus balik ke rumah.. kebetulan malam tu, ada teman yang buat birthday dinner dan aku pun dapat jemputan gak.. so, aku ngan suami aku pergi la makan2.. sambil makan tu, sambil menahan sakit yang datang sekali sekala.. ada jugak teman2 yang perasan muka aku berkerut2 menahan sakit.. masing2 memang takut kalau2 aku 'terberanak' kat situ jugak.. hehe..
sampai rumah malam tu, dah pukul 11 lebih.. aku memang tak dapat lelapkan mata langsung.. antara kerisauan dan juga menahan sakit.. kira2 jam 1 lebih, bila dah yakin terasa ada 'gesa' yang biasanya memang tanda2 nak bersalin, baru la aku kejutkan suami aku.. dan syukur, kira2 jam 6 pagi, aiman pun selamat aku lahirkan.. jarak antara aiman dengan abangnya ialah 9 tahun.. huhu..
p/s: nanti aku letakkan gambar celebration yer.. tunggu..
Rabu, Jun 17, 2009
pagi ni aku masuk blog dengan debaran di hati.. dah ok ke belum?? yuhuuuu.. rumah aku dah cantik balik.. terima kasih banyak2 pada si lena toew tu.. mujurlah tuan punya kedai photobucket tu dah terima kad kredit baru dia.. settle problem.. hehe..
p/s: aku rasa ni la n3 aku yang paling terpendek pernah aku buat..
Selasa, Jun 16, 2009
huhu.. pagi tadi masa masuk blog nih, terperanjat bila aku tengok rumah aku nih dah bertukar wajah.. sedih pun ada gak.. baru la nak melaram dengan rumah baru, dah jadi cenggini..
aku pun gi la tanya kat tuan tanah blog aku nih.. rupanya dia ada masalah teknikal dengan tuan punya kedai photobucket nih.. masalah kad kredit dia dah expired.. huhu.. jadi katanya lagi, masalah ni mungkin akan selesai dalam masa sehari dua nih.. maknanya, lagi dua hari la rumah aku nih jadi cantik balik.. ngeee.. lamanya tuh..
pada teman2, kalau nampak photobucket nyer cat tu, jangan betulkan komputer anda yer.. kalau lagi dua hari pun tak ok jugak, maknanya aku kena la cari tuan tanah yang baru.. fuhhh, penat dulu tak hilang lagi, dah kena cari yang baru pulak.. sabar je la..
hari sabtu yang lalu, selepas habis kerja, aku bawak aiman ke melaka sentral.. kebetulan hari tu, suami aku pun kerja shift pagi.. so, pukul 2 dia pun dah habis kerja gak la.. jadi, aku ambil peluang tu untuk bawak aiman jalan2.. kesian kat dia, kann.. asyik ikut aku pergi ofis jer.. sekali-sekala bawak la dia jalan2..
kat tengah2 kolam tu ada macam2 ukiran.. ni salah satu darinya..kali ni, kami bawak dia round2 dekat dataran pahlawan.. ala, setakat jalan2 jer.. bukannya shopping sakan pun.. kebetulan kat tengah2 tempat shopping tu ada sebuah kolam.. memang melekakan kalau lepak kat kolam tu sebab banyak ikan kat situ..
aiman leka tengok ikan2 kat dalam kolam tu..sebenarnya, aku pun saja jer nak tenangkan fikiran.. berkecamuk benar fikiran aku sejak akhir2 ni.. bila dapat jalan2 macam ni dan melihat gelagat orang ramai, rasa tenteram sikit.. huhu..
selamat hari bapa..

