Jumaat, Julai 31, 2009
pejam celik, pejam celik, dah sebulan berlalu sejak aku hantar surat resign dulu.. macam tak percaya pun ada.. haihh, tak sangka hari ni last day aku kerja kat sini.. rasa sedih pun ada.. rasa lega pun ada.. macam2 rasa la ada nih..
lepas ni, dah payah la aku nak online lagi.. mesti blog aku ni ada sawang labah2.. mesti nanti aku rindu kat kawan2 blogger yang selalu lepak2 kat rumah aku nih.. mesti aku rindu nak merayau2 kat blog korang2.. tak dapat la lagi nak tersengih pagi2 bila baca n3 si LOL, arryani, nita dan juga yang lain2..
lepas ni, kalau aku tengah down ker, mesti tak de yang nak bagi aku semangat.. sedih la aku keseorangan.. huhu.. harap2 korang2 semua jangan la lupakan kat aku yer.. aku janji nanti aku akan luangkan masa lepak2 kat cc.. insya Allah, dapat update n3 seminggu sekali pun dah cukup bagus, kann.. aku takkan lupakan korang semua.. korang la dunia aku.. especially adik pearl aku tu.. : (..
dalam hidup ni, semua orang ada impian, kann.. impian untuk memiliki sesuatu yang sempurna di mata kita.. impian untuk mempunyai suami yang menepati citarasa hati.. impian untuk memiliki anak2 yang boleh dibentuk mengikut acuan yang kita suka.. impian untuk memiliki rumah sendiri yang boleh diubahsuai mengikut kehendak kita dan di isi dengan perabot2 yang menarik di mata kita.. semua impian itu ada dalam hati aku ni.. pada usia aku yang akan mencecah 37 nih, cuma satu jer impian aku yang dah tercapai.. memiliki suami yang hampir2 sempurna.. mana ada yang sempurna, kann..
sewaktu aku mendirikan rumahtangga dengan suami aku yang pertama dulu, memang aku impikan memiliki rumah sendiri dengan perabot2 yang akan aku pilih mengikut citarasa aku sendiri.. bekas suami aku dulu adalah seorang tentera.. mana la aku tau yang dia akan mengambil perabot2 dari kem tentera.. dah la dok kat rumah berek, almari ngan katil pun ada cop 'hak kerajaan malaysia'.. huhu.. dah nasib badan..
sekarang ni, aku masih lagi belum berpeluang untuk memiliki perabot2 yang aku idamkan.. sebab aku dok kat rumah mak.. memang dah complete perabot2 nyer.. semuanya mengikut citarasa emak.. agak2 la, bila agaknya aku dapat memiliki rumahku, syurgaku ni..
tentang anak2 pulak, memang aku mengharap sangat dapat mengambil mereka semula.. kalau boleh, biarlah selepas musim peperiksaan nanti.. dan aku harap masa tu nanti, kewangan aku dah kukuh sedikit.. harap2 sangat semua urusan yang tertunggak akan selesai secepat mungkin..
Rabu, Julai 29, 2009
aku baru lepas balik dari blog kak tie.. kak tie cerita pasal kemalangan2 yang pernah dia alami.. tetiba aku teringat satu kemalangan kecil yang aku alami dengan arwah ayah dulu..
kalau tak silap aku, kejadian tu berlaku masa aku dalam darjah 4 kot.. tak lama sebelum ayah meninggal.. waktu tu aku sedang dalam perjalanan balik ke rumah.. memang dulu masa ayah masih ada, ayah yang akan menghantar dan menjemput aku dari sekolah.. tak pernah pun aku kena jalan kaki.. aku ingat lagi, pernah satu hari, aku mengikut kawan baik aku balik jalan kaki.. sebab aku seronok tengok diorang jalan ramai2 balik rumah.. dulu2, kereta tak la banyak macam sekarang nih.. masa tu, kalau main lari2 3, 4 kali melintas jalan pun tak de hal punya.. jalan lengang jer.. baru separuh jalan, ayah berhenti kat tepi aku.. terpaksa la aku naik motor ayah.. sepanjang jalan tu ayah bising jer.. ayah kata, lain kali tunggu ayah datang.. lambat macam mana pun, ayah ambik jugak..
pada satu hari, betul2 kat depan pasar sentul tu, ayah nak masuk simpang ke kanan.. memang dari jauh ayah dah bagi signal dah.. masa tu kebetulan ayah baru jer beli motor baru.. signal motor tu siap ada lagu lagi.. aku dengar lagu tu.. dalam sekelip mata, aku rasa macam terhentak dan sedar2 aku dah tergolek kat tengah jalan.. aku nampak ayah menggelupur berlari dapatkan aku.. masa tu, belum rasa sakit lagi.. lebih rasa terkejut.. rupanya ada motor dari belakang yang dah hentak motor kami.. sebab tu la, aku terpelanting kat tengah jalan.. mungkin ayah terseret dengan motor tu sekali..
tapi, memang nasib aku baik masa tu.. mujur tak de kereta yang menyambut masa aku tergolek tu.. tapi aku nampak bas seri jaya pada jarak 100 meter depan aku.. kalau la bas tu laju, mungkin aku dah bersemadi bersebelahan dengan ayah.. aku pun tak la cedera parah.. cuma kulit kat lengan aku ni tersiat sikit.. masa aku baru lepas tergolek tu, aku nampak lengan aku tu memutih jer.. sebab kulit tu baru tersiat dan darah pun masih belum keluar lagi.. syukur jugak sebab tak de yang patah..
seingat aku, sepanjang pengalaman aku jadi pembonceng ayah, cuma dua kali jer aku terlibat dalam kemalangan.. ini kali yang ke dua.. kali pertama dulu, aku baru darjah satu.. itu pun jatuh sendiri jer.. mungkin sebab ada pasir kat selekoh tu.. dan aku luka2 sedikit jer..
Selasa, Julai 28, 2009
aku kena tag dengan mya..
1. Anda jatuh cinta pada si dia kerana?
~ percaya tak kalau aku kata, aku terpikat pada perut dia.. hehe.. entah kenapa masa tu aku tengok dia comel sangat2.. macam winnie the pooh pun ada.. ngeeeeeeee..
2. Bila si dia menghantar mesej kepada anda, ayat pertama yg si dia ucapkan?
~ tak ingat la.. tapi yang aku ingat masa dia ajak aku keluar makan sama2 masa time rehat..
3. Di hari jadi anda, anda sangat suke bile si dia?
~ cukup sekadar ucapan tanda yang dia ingat birthday aku..
4. Apakah sikapnye yang anda gemari?
~ cool.. biasanya kalau aku rasa tertekan, dia yang akan tenangkan aku..
5. Biler anda merajuk, respon si dia?
~ biasanya tak dapat respon apa2 pun.. dia buat buduh jer.. so, kalau merajuk, pujuk la diri sendiri..
6. First dating anda, kat mane korang jumpe?
~ hehe.. kat kedai makan jer.. masa tu time rehat.. jadi, tak de la cakap banyak2 pun.. nak kejar masa, kann..
7. Hadiah yang pernah si dia berikan kepada anda?
~ gelang magnet..
8. Adakah hubungan si dia dengan parents anda baik? Jika tidak, kenapa?
~ mak aku sayang jugak la kat dia nih.. ringan tulang.. selalu kait buah kelapa untuk mak aku..
9. Adakah anda ada skandal lain di belakang si dia? Si dia tau?
~ skandal?? giler apa aku nih?? bukankah menjadi satu kesalahan isteri curang pada suaminya.. berdosa besar tau.. cuma dia la laluan aku untuk ke syurga.. huhu..
10. Jika si dia keluar dating dengan orang lain, terkantoi dengan anda. Apakah tindakan anda?
~ aku rasa, mau kat situ jugak aku kerat 'anu' dia tu.. hehe.. biar padan ngan muka dia.. gatal sangat.. tapi, setakat ni belum pernah la dia buat cam gini..
selain dari tag di atas, aku juga dapat beberapa award dari teman dan adik2 aku kat sini..
aku dapat award ni dari mawar merah.. terima kasih daun keladi..
ini pulak dari miss izah.. terima kasih jugak yer dik.. walaupun baru jer kenal tapi dia dah sudi bagi aku award nih..
ni pulak dari mya.. terima kasih banyak2..
jadi pada teman2 yang lainnya, kalau ada yang berkenan, sila la ambik yer.. dan kalau ada yang rajin nak jawab tag tu, jangan segan jangan malu untuk jawab.. ala, ni untuk suka2 jer, kann..
Isnin, Julai 27, 2009
bumi melaka mendung
semendung hatiku
bezanya
mendung di bumi melaka
menurunkan seribu rahmat
tapi
mendung di hatiku
jika ku luahkan
pasti
mendatangkan seribu bala..
makanya
lebih baik ku pendamkan saja..
Sabtu, Julai 25, 2009
aku buat n3 ni atas permintaan si shi3la..
shi3la berkata...
celaka punyer ibu tiri..mau haku sumpahh jadik mentadak mentadu kanggg...huhhhh
so camner skang nihh..busu dah belikn ker kak..kak Farah kat sg buloh kat ner..naper diyer dok ngan maksedara diyer...maaf kalo soklan sayer mengimbau kisah lamer..just ignore it..
hoooo kalo akak ader dtg sg bulohh roger sy tau...sayer ader adik kat hospital sg buloh..nurse..
hehe, jadinya aku nak cerita la pasal anak dara aku tu.. kenapa dia kena duduk ngan mak saudaranya tu.. mulanya memang dia dok kat bentong bersama2 ngan anak2 aku yang lain.. sama2 dengan ibu tirinya tu la.. anak2 aku ni, bila diorang balik kampung, confirm diorang akan lari kejap datang rumah mak aku.. semata2 nak jumpa ngan aku la, kann.. walaupun di tegah dan di halang oleh ayah mereka, tapi kerana kasih dan sayang diorang pada aku, tetap jugak la arahan tu diengkari..
punca kenapa farahin ni terpaksa dok ngan mak saudaranya ialah bila ibu tirinya mendakwa selalu terpandangkan mak aku bila farahin ni ada.. maknanya, setiap kali dia pandang anak dara aku tu, dia akan ternampak mak aku.. logik ker tu?? cara dia tu seolah2 macam mak aku ni ngan aku2 sekali ada guna bomoh la.. hiiiii, tak kuasa aku.. bila farahin cerita ngan nenek dia pasal hal ni, keluar la kata2 ni dari mulut mak aku tu.. 'daripada nenek buang2 duit nak upah bomoh tu, baik la nenek beli ubat untuk nenek.. ada jugak la faedahnya'.. huhu..
aku pelik dengan mentaliti ibu tiri farahin tu.. apalah singkat sangat akal fikirannya tu.. biasanya orang yang suka fikir yang bukan2 ni, kekadang dia yang pernah/selalu buat macam tu.. sebab tu dia fikir orang lain pun sama macam dia.. tolong la, belum ada sapa2 pun dalam famili aku yang sanggup nak berbomoh2 ni.. buat dosa jer.. dah la amalan kurang, nak tambah dosa lagi..
maka sebab tu la si farahin ni dihantar ke sungai buloh tu.. semata2 nak jaga perasaan sang ibu tiri.. kekadang tu aku terfikir, ada hikmahNya jugak kenapa aku bercerai dengan lelaki tu.. rupanya sebab bodohnya melantun2..
Jumaat, Julai 24, 2009
tajuk macam suspens jer kann.. bukan la maksudnya aku ni dah nak meninggalkan dunia yang fana nih.. ishhh, amalan belum cukup lagi nih.. tak nak la aku hidup terseksa dunia akhirat.. cukup la kat dunia ni jer aku kurang bahagia.. izinkan la aku bahagia di alam sana.. huhu..
sebenarnya, tinggal lagi seminggu jer untuk aku menaburkan bakti aku pada boss aku nih.. tinggal lagi seminggu jer la aku turun naik bas pagi petang.. syukur jugak sebab dah heboh dah pasal kenaikan tambang bas nih.. pagi tadi konduktor tu pun dah sound aku.. 'nanti start 1hb, tambang naik lagi 30 sen yer'.. fuhh, mendadak jer terus 30 sen.. naper la tak naik 10 sen jer dulu.. nanti tahun depan, naik la lagi 10 sen.. tak la terasa sangat bebannya.. dan aku keliru jugak nih.. atas alasan apa diorang suka2 hati nak naikkan tambang?? nak kata minyak naik, tak pulak aku dengar khabar2 angin bertiup.. hiiiiiii, kalau la aku jadi PM..
aku dengan suami aku pun tengah usaha untuk mencari rumah sewa sekarang nih.. kalau boleh, sebelum raya aku nak pindah keluar dari rumah mak.. kenapa?? biarlah rahsia.. tapi kan orang tua2 selalu cakap, biar banyak rumah, jangan banyak serumah.. lu pikir la sendiri..
aku harap2 apa yang aku rancangkan ni akan jadi kenyataan.. aku target lepas raya nanti, aiman dah pandai buang air yang kecik dan yang besar tu kat toilet.. pastu aku boleh la carik kerja balik.. aku cadang nak hantar aiman ke nursery.. biar dia pandai untuk berkawan.. kesian aku tengok dia main sorang2.. nak bagi dia adik, lom ada rezeki lagi.. agaknya dia yang bungsu, kot.. hmmmmm..
Rabu, Julai 22, 2009
hari ni cuaca mendung jer.. sampai saat ini, dah jam 4 petang ni, aku masih belum nampak lagi sinaran matahari.. rindu la pulak..
sepatutnya ada gerhana matahari kan hari ni?? khabarnya, ini gerhana yang paling lama berlaku.. 6 minit lebih.. sewaktu gerhana ni terjadi kat india semalam, seorang wanita dilaporkan telah terbunuh semasa mereka beramai2 berkumpul di tepi sungai gangga.. punca kematian tak pulak aku tau.. mungkin sebab terlalu bersesak2 agaknya..
dan gerhana kali ini cuma berlaku di negara2 asia sahaja.. makanya, ramai la pengkaji2 astrologi ni yang datang ke asia semata2 nak tengok gerhana matahari ni.. tapi, khabarnya, di negara2 yang berlaku gerhana ni, cuacanya sama macam kita sekarang ni.. mendung dengan awan tebal dan ada juga yang hujan.. matahari malu kot sebab bulan dok kat depan dia.. dia pun nak jaga air muka jugak.. hehe..
Selasa, Julai 21, 2009

aku dapat bunga.. yeh yeh.. kak chekdenoor yang bagi.. sebagai penghargaan kepada semua yang selalu berkunjung ke blog nyer.. kak chekdee ni seorang pengusaha pusat tuisyen.. berusia dalam lingkungan 40-an.. ada 3 orang anak.. semuanya anak dara.. dah besar2 panjang dah pun.. seorang menuntut di universiti di jakarta [kalau tak silap aku, la.. kalau silap, sori yer kak chekdee].. kalau korang berminat nak tau lebih lanjut, sila klik sini.. terima kasih yer kak..
dan aku pun nak gak bagi sesuatu buat semua teman2 yang sudi berkunjung ke blog aku nih.. aku pernah bagi dulu pada adik2 yang terlebih dahulu mengenali aku.. jadi, buat teman2 baru, sila ambil yer.. ambil jer.. jangan malu2.. kena sebut nama jugak ker?? ok la, beratur yer..
~ kak chekdenoor
~ kak tie [kayteeze]
~ arryani
~ sis nita
~ shi3la
~ mawar merah
~ iela
~ kak yong
~ kuIna
~ fazemy
~ acu sayang
~ dan pada yang namanya tercicir tu.. ambil jer la yer..
Isnin, Julai 20, 2009
semalam petang, angah datang ajak aku, mak dan adik gi kebun dia.. huhu.. baru ingat nak rileks2.. nak tau siapa yang paling teruja nak gi kebun tu?? si aiman la.. bukan main seronok lagi dia..
sampai jer kat kebun, aku cari la ranting2 patah yang bercabang2 untuk di buat penyapu.. nak sapu daun2 kering dan jugak buah2 rambutan yang gugur.. aiman pun sama sibuk nak menyapu jugak.. kebun angah ni tak la besar mana pun.. dah tu, jarang datang kemas.. bila musim rambutan jer baru gi jenguk.. makanya, semak samun la kebun tu.. jiran sebelah tanah tu pun bising jugak.. takut ada ular masuk rumah dia..
angah sibuk la potong dahan2 rambutan tu.. biar tahun depan pokok tu jadi rimbun.. aku pulak lepas sapu2 daun kering tu, sibuk la bakar2 pulak.. bila aiman tengok aku tegak jer berdiri, dia terjerit2 suruh aku menyapu lagi.. amboi amboi amboi, jadi mandur pulak dia.. sekarang ni memang tengah becok giler mulut dia tu.. seronok jugak aku melayan keletah dia tu..
balik dari kebun, aiman terus mintak susu.. huhu.. kesian dia.. haus agaknya.. dan, habis jer susu, dia pun lelap.. tak sempat aku nak ajak dia mandi.. nak kejutkan tak sampai hati pulak.. makanya, aku biarkan jer la dia tidur.. pukul 10 lebih, dia terjaga.. dan aku pun ajak la dia mandi.. nak tau dia cakap apa?? dia siap tanya, ibu dah mandi dah?? huhu..

