Isnin, September 27, 2010

aku ni memang selalu terlewat, kan.. salam aidilftri buat semua teman2 dan famili di blog ni.. aku mintak ampun dan maaf andainya ada kata2 aku dalam setiap n3 yang aku update telah menyinggung hati dan perasaan kalian semua.. sesungguhnya memang tidak aku sengaja kann..

di hari baik bulan baik ni, teringin aku memberi satu khabar yang gembira [ buat aku la.. ].. aku sekarang ni tengah pregnant.. rasa2 nya aku 'terjangkit' daripada si shi3la tu kot.. dah masuk 5 bulan dah.. tarikh due aku pada 24hb Januari, 2011 nanti.. kalau ikut dari sejarah silam, biasanya aku bersalin cepat 2 minggu dari tarikh yang di jangka.. mintak2 dapat la sama tarikh ngan cik siti.. ooppss, DATUK siti.. he3..

mulanya aku takut jugak nak pregnant lagi.. ingatkan biar la si aiman tu jadi yang bongsu.. tapi dah rezeki dari Allah, kann.. takkan nak tolak.. aku pun memang tak de guna perancang keluarga sejak aiman lahir..

aku berharap sangat baby aku ni akan sihat walafiat tanpa ada sebarang risiko.. terkadang terbit juga rasa risau.. kita manusia hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan.. Aaaamiiiiiiiiiiiiin..

buat kalian, doakan yang terbaik untuk aku yer..