Rabu, Julai 15, 2009

kena rawatan susulan..

petang tadi, kira2 jam 2.30, aku melangkahkan kaki menuju ke klinik yang letaknya berdekatan ngan ofis aku ni.. walaupun matahari tak seterik biasa, tapi mata aku terasa betul2 pedih.. berair2 jadinya..

setengah jam kemudian baru dapat berjumpa dengan doktor.. biasa arr kalau dah namanya klinik kerajaan.. doktor kata mata aku tak luka, jadi dia cuma bagi aku ubat titik dan juga ubat alergi.. lepas tu dia pesan, kalau esok pagi tak baik jugak, awak datang sini balik.. masuk kerja pukul berapa?? pukul 9, jawabku.. haaa, klinik ni pukul 8 pun dah bukak dah.. sebelum pergi kerja tu, datang la sini dulu.. aku angguk2 jer..

baik pulak doktor ni.. dulu masa aku sakit dada tu, muka dia nampak garang semacam jer.. sebelum masuk bilik doktor tadi tu, aku berdoa jugak agar dapat doktor yang lain.. huhu.. makanya, esok pagi haruslah aku keluar rumah lebih awal dari biasa.. sebelum subuh la aku kena bangun.. huhu.. harap2 baik la cepat mata aku nih..

satu insiden yang menyakitkan..

malam tadi, sewaktu sedang leka melayan aiman bermain dengan kereta remote controlnyer, tiba2 berlaku satu insiden yang menyakitkan.. bukan sakit hati.. tapi menyakitkan mata..

masa tu aiman leka bermain jentera bombanya selepas dia menyerahkan remote control kereta nyer pada aku.. dan waktu itu, aku cuba untuk tunduk manakala aiman pula sedang cuba bangun sambil mengangkat jentera bombanya.. saat itu la insiden ni berlaku.. tangga jentera bombanya telah mencucuk mata kiri aku.. huhu..

memang kuat terasa hentakan tu kat mata aku.. sampaikan lidah aku kelu tak terkata apa2.. aku cuma mampu tunduk sambil menekap mata kiri aku tu.. dan aiman pula, bila dia tengok aku dah macam tu, dia tepuk2 tangan aku sambil cakap, ibu, sori 'eh, tak sengaja..

takkan aku nak marah dia, kann.. memang dia tak sengaja.. dan pagi tadi, pedih mata tu tak hilang lagi.. buat pertama kalinya, aku bersiap2 dalam bilik yang gelap.. tak boleh nak bukak lampu.. nanti berair2 bijik mata aku nih.. dan syukur jugak sebab pagi ni, mentari seolah2 menyorokkan dirinya.. jadi, tidaklah mata aku pedih sangat.. pedih sikit2 jer.. sempat la aku singgah kat klinik desa tu, mintakkan ubat titik mata..

sampai saat ni, mata aku masih pedih lagi.. mungkin petang ni aku nak pergi klinik kejap.. jadi pada teman2, mintak maaf yer sebab tak dapat nak rayau2 kat blog korang.. aku cuma pergi ke blog arryani jer.. sebab rumah dia gelap.. macam rumah aku jugak.. hehe..

Selasa, Julai 14, 2009

kisah aiman lagi..

aiman dah pun berusia 3 tahun dan 26 hari.. hehe.. sepatutnya pada usia dia sebegini, dia dah bercerai dengan pampers nyer.. maknanya, dia dah pandai buang air kecil dan besar kat toilet.. sepatutnya la.. tapi aiman masih belum pandai lagi..

aku ada jugak cakap ngan mak pasal nih.. tapi mungkin mak tak dapat nak bagi tumpuan sepenuhnya pada aiman.. sebab tu la, aku terpaksa ambil satu tindakan drastik.. huhu.. sebenarnya, aku dah hantar surat resign pada 1hb Julai yang lepas.. aku bagi notis sebulan.. maknanya, hari terakhir aku bekerja adalah pada 31hb Julai ni.. ngam2 jer jatuh hari jumaat..

kalau ikutkan ralat, memang la ralat hati aku nih.. dekat hampir 2 tahun jugak la aku kerja kat sini.. kalau ikutkan rekod2 aku bekerja sebelum nih, memang purata aku bekerja di satu2 tempat adalah selama 2 tahun.. macam satu kebetulan jer.. atau satu sumpahan?? ngeeeee..

selain dari faktor si aiman tadi, ada juga la beberapa sebab musabab yang mendorong aku meletak jawatan nih.. mungkin sudah tiba masanya aku berundur dari syarikat ni.. nanti bila aiman dah pandai menguruskan diri dia, boleh la aku cari kerja lain pulak.. selagi larat, aku akan berusaha untuk sama2 mencari rezeki.. tak kisah la kerja apa.. asalkan halal.. di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. usaha eskalator kejayaan.. chaiyuk..

Sabtu, Julai 11, 2009

episod cerita seram..

memang adat kan, kalau dok kat asrama mesti ada cerita2 seram nih.. ini adalah pengalaman yang aku sendiri tempuhi sewaktu aku dok kat asrama anak yatim kat sungai udang dulu..

waktu tu, aku dalam tingkatan dua.. kalau aku tak silap la.. entah kenapa malam tu tetiba jer aku tersedar.. tak pasti jam berapa tapi yang pastinya dah tak de orang lain yang masih berjaga waktu tu.. dan aku pun tak la dalam keadaan yang ketakutan ataupun memikirkan tentang hantu2 nih.. aku ni kiranya tergolong dalam mereka yang berhati waja jugak la.. setakat gi bilik air sorang2 tu, tak jadi hal.. asrama aku bukan seperti asrama2 lain yang dipisahkan dengan dorm2.. asrama kami cuma asrama kayu dan lapang dari hujung sini sampai hujung sana.. maknanya, katil2 antara kami tidak la dipisahkan oleh sebarang dinding pun.. kalau aku berdiri di hujung sana dan menjerit pada orang di hujung sini, pasti mereka dapat mendengar lontaran suara aku tanpa sebarang masalah.. hehe.. pitching pun tak lari ke laut yer..

berbalik pada cerita asal aku.. lupa pulak, asrama aku tu dua tingkat dan ada tangga di tengah2 asrama tu yang menghubungkan orang bawahan ngan orang atasan.. hehe.. dan aku tergolong dalam orang atasan la.. hehe lagi.. tiba2 dalam pada aku sedang mencuba untuk melelapkan semula mata aku yang terkebil2 ni, aku terdengar dua suara seperti sedang bertengkar.. kenapa dua suara?? sebab suara satu tu, lembut dan nada percakapannya pun rendah jer.. manakala suara yang ke dua tu pula, besar dan percakapannya juga kasar.. aku memang tak faham langsung butir bicara mereka sebab diorang tak gunakan bahasa yang aku faham.. bukan bahasa melayu mahupun bahasa inggeris.. bahasa arab?? rasanya tak sama macam yang aku belajar kat sekolah..

mulanya suara2 tu aku dengar sayup2 jer.. pastu dengar derapan tapak kaki sedang menaiki tangga.. aku pejamkan mataku rapat2.. kebetulan malam tu, aku tidur dengan kakiku arah ke dinding.. maknanya kalau aku bukak mata, aku terpaksa mendongak untuk melihat siapa yang lalu.. dan walaupun aku berhati waja, aku tak nak ambil risiko tu.. aku pejamkan mata dan pasangkan telinga.. mereka terus bertengkar dari mula naik tangga sampai la mereka seolah2 berhenti di kepala aku.. mungkin mereka dapat rasa yang aku memang tengah berjaga.. lepas tu, mereka sambung bertengkar lagi hingga mereka turun pula di tangga yang terletak di bahagian luar asrama.. dan aku?? entah bila aku terlelap, aku pun tak sedar..

esok paginya, masa sedang bersiap2 untuk ke sekolah, bila aku ajukan tentang kisah ni pada akak2 senior, respon yang aku terima memang best.. maksud aku, akak2 tu percaya cakap2 aku.. tak de seorang pun yang mempertikaikan kemungkinan aku mereka2 cerita.. mungkin sebab rekod aku bersih.. memang aku bukan seorang yang suka menipu.. hehe.. kata mereka, mungkin kedua2 tu adalah penjaga asrama tu.. dan kata mereka lagi, yang lembut tu mungkin adalah jin Islam dan yang kasar tu, jin kafir.. dan aku rasa mungkin ada kebenarannya di situ.. sebab dulu, memang ada jin Islam yang menjadi penjaga asrama ni.. untuk makluman korang, asrama ni dah lama wujudnya.. percaya tak kalau aku kata, mak ngan mak sedara aku dulu pun dok asrama ni.. cuma dulu tak de la secantik time aku.. dan sekarang ni, lagi cantik berbanding time aku dulu.. huhu.. tapi kan, semakin cantik asrama tu, semakin kurang orang datang beri sumbangan.. ngeeeeeeeeeee..

Jumaat, Julai 10, 2009

ghost adventures..

malam tadi, aku tengok cerita ghost adventures ni.. di tayangkan di ntv7 jam 8.30 malam.. ianya berkisar tentang sekumpulan lelaki yang cuba memburu hantu2 yang mendiami sesuatu tempat.. ala, kalau kat malaysia ni, macam rancangan seekers tu..

bezanya, seekers akan meletakkan sukarelawan2 untuk duduk dalam rumah yang dikatakan berhantu tu.. dan selalunya, hasil yang diperolehi tidaklah memberangsangkan.. tapi, rancangan ghost adventures ni, memang real la.. berdiri bulu roma.. nasib baik ada peneman.. kalau aku sorang2, confirm aku tukar channel..

dalam episod malam tadi, diorang nih pergi kat gudang terbiar.. gudang ni ada ruang bawah tanah.. dulunya, ada kumpulan yang sesat ni dah buatkan ruang bawah tanah tu sebagai tempat pemujaan syaitan.. biasa ar diorang yang sesat ni, pasti akan melakukan upacara korban, kann.. ramai jugak la jadi mangsa potong kepala diorang nih.. pastu ada pulak yang jadikan tempat tu sebagai tempat untuk bunuh diri.. lagi la 'power' dia nyer hantu, kann..


krew ghost adventures ni datang kat situ sebab ada pihak jadikan gudang tu kelab malam.. tapi, makin lama, makin ramai pengunjung kelab malam tu yang kena ganggu ngan hantu2 tu.. tu yang diorang berminat nak merasa sendiri gangguan2 tu..

masa aku tengok cerita ni, aiman mulanya leka main kereta remote control dia.. tetiba aku tengok dia dah menyorok kat belakang aku.. cheh, tak leh harap hero kecik aku nih..

yang buatkan aku suspen tu bukan sebab diorang dapat rakam gambar hantu tapi sebab pengacara dia tu, memang dia saja provoke hantu2 tu.. dia cabar la 'diorang' tu keluar kacau dia.. tetiba jer dia rasa belakang badan dia macam rasa perit tau.. bila member dia tengok, korang nak tau apa yang ada kat belakang dia?? huhu, suspen jer, kann.. ngeeee.. rupa2nya kan, belakang badan dia dah kena cakar.. time tu aku rasa semua bulu roma aku dah tegak dah.. memang real la dia nyer seram tu.. panjang jugak la kesan cakar tu.. pelik kann.. baju dia tak terjejas apa2 pun.. memang hantu2 kat situ ganas2 arr.. confirm minggu depan aku tunggu lagi rancangan nih..

Khamis, Julai 09, 2009

uniform puteri Islam..

ni perbualan telefon antara aku ngan anak dara aku, farah.. waktu, pagi tadi kira2 jam 11 lebih..

farah ~ ibu, boleh tak ibu belikan baju kot puteri Islam untuk angah??

aku ~ kat mana nak beli?? [sebab masa tu aku fikir, kena gi sekolah dia]

farah ~ ala, kat kedai baju sekolah ada.. kat the store, tesco pun ada..

aku ~ ok.. tapi saiz berapa??

farah ~ baju ibu beli saiz L.. seluar ikut saiz ibu la.. [macam la dia sama tinggi ngan aku]

aku ~ ok, nanti minggu depan angah kol ibu balik 'ea..

farah ~ ibu, angah nak pakai sabtu ni jugak.. ibu pos la..

aku ~ uit, mana sempat.. ari ni dah khamis dah.. kalau pos pun, bukannya leh sampai ari sabtu ni.. cakap la ngan ayah..

farah ~ angah dah cakap ngan ayah dah.. ibu ida [panggilannya untuk sang ibu tiri] tak bagi ayah beli.. susah la, bu..

aku ~ kalau macam tu, susah la.. tak de pun, macam ni.. angah mintak tolong ngan busu.. [untuk pengetahuan semua, anak dara aku ni dok ngan mak sedara nyer tu].. angah suh busu belikan dulu.. nanti ibu bayar la..

farah ~ angah takut la bu.. nanti busu cakap ngan ayah.. mesti ayah marah angah nanti..

aku ~ alahai, takkan la busu pun tak leh tolong.. benci sangat ker busu ngan ibu??

farah ~ hehehe.. nanti la angah cuba..

aku ~ angah cakap la bebaik ngan busu.. cakap la angah dah mintak ngan ayah tapi ayah marah..

farah ~ ok la, ibu.. nanti angah cuba..

kalaulah aku ada sayap macam sang helang, memang aku terbang ke sungai buloh tu..

Selasa, Julai 07, 2009

tafsiran tentang diri..

aku baru balik dari blog ayahanda mountdweller.. dan aku curi benda alah kat bawah ni.. ianya pasal peribadi kita yang terbentuk mengikut bulan kelahiran.. kalau engkorang semua berminat nak tau tentang bulan kelahiran korang, sila klik kat sini.. ini tafsiran tentang peribadi aku..

Oktober

* Suka berbual.
[memang aku ni becok yang teramat..]

* Suka orang yang sayang padanya.
[semua orang ada sikap ni, kann]

* Suka ambil jln tengah.
[tak suka nak gaduh2..]

* Sangat menawan & sopan santun.
[memang aku tak nak sangkal yang nih..]

* Kecantikan luar & dalam.
[mungkin, kot..]

* Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
[letih tau nak bohong2 ni.. percayalah..]

* Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.
[betul betul betul..]

* Sentiasa berkawan.
[kawan tu penting tau..]

* Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
[ah ku cool..]

* Cepat marah.
[ye ker??? tapi cepat cool..]

* Macam pentingkan diri sendiri.
[dia kata 'macam' jer.. bukannya betul2 pun..]

* Tidak menolong orang kecuali diminta.
[haa, ni kurang tepat sikit.. kekadang aku ni busybody gak..]

* Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
[betul.. tak suka dengar cakap2 orang..]

* Tidak suka terima pandangan orang lain.
[bukan tak suka cuma kurang gemar jer..]

* Emosi yang mudah terusik.
[hmmm.. no komen..]

* Suka berangan & pandai bercakap.
[memang aku pandai bercakap.. masa umo aku 3 tahun lagi dah pandai dah.. ngeee..]

* Emosi yang kelam kabut.
[kelam kabut??? konpius jap..]

* Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
[tang ni, memang aku setuju amat..]

* Suka melancong, bidang sastera & seni.
[dulu time sekolah, rajin tau masuk pertandingan deklamasi sajak.. asyik2 aku jer yang menang..]

* Pengasih, penyayang & lemah lembut.
[aku sokong 100%..]

* Romantik dalam percintaan.
[ye ker?? masa bercinta dulu, aku bodoh2 lagi.. errr, lom berapa arif lagi..]

* Mudah terusik hati & cemburu.
[aku rasa aku la contoh isteri yang tak pandai nak cemburu..]

* Ambil berat tentang orang lain.
[ambil berat yer.. bukan angkat berat]

* Suka kegiatan luar.
[beriadah ker?? ye ker??]

* orang yang adil.
[memang aku adil sebab aku bintang libra..]

* Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.
[punnn betul gak.. memang ni salah satu sikap buruk aku.. kena cari auditor nih.. anybody?? LOL???]

* Mudah patah semangat.
[ni aku tak setuju... no no no..]

aku setuju ngan kebanyakan yang tertulis kat atas nih.. cuma satu jer.. yang last sekali tu, mudah patah semangat.. aku rasa aku ni seorang yang kuat semangat.. hehe.. tu apa yang aku rasa, la.. tapi, kekadang kita perlukan penilaian dari orang lain jugak, kann..

Isnin, Julai 06, 2009

kembalinya seorang adik..

syukur pada Tuhan, kann.. dia yang menghilang bersama2 dengan blognya dah muncul kembali.. huhu.. walaupun kenal di alam maya cuma tapi entah kenapa, aku rasa sayang sangat dengan dia.. dia selalu jadi tempat aku mencurahkan perasaan.. dan selalunya, bercerita dengan dia akan membuatkan hati aku terasa lega yang teramat..

walaupun usianya masih muda, tapi pengalaman ternyata mendewasakan dia.. dan, kata2 nasihatnya berkesan untuk aku yang jauh berbatu2 lebih tua dari dia.. dan sememangnya, aku terasa amat bila dia hilang hari tu.. walaupun sekejap cuma..

dan, ini adalah gambar2 terbaru dia.. kesian aku tengok dia nih.. nampak sangat tertekannya.. kalau la rumah aku dekat ngan ofis dia, confirm aku hantar bekal untuk dia tiap2 malam..untuk makluman korang, masa ni dah tengah malam tau.. dan dia masih lagi kat ofis nyer.. untung kan majikan yang ada staff yang cenggini.. huhu.. tak pe dik.. bak kata adik jugak, usaha eskalator kejayaan..

bila hati sudah tersentap..

semalam, aku dah rancang nak keluar ngan mak.. mak yang ajak sebenarnya.. nak gi kedai cermin mata berhadapan dengan melaka sentral.. cermin mata yang mak tempah dua minggu lepas dah siap..

kalau ikut perancangan, kami nak keluar rumah selepas zohor.. kira2 jam hampir pukul 12, tetiba mak yang baru balik dari rumah jiran sebelah memaklumkan yang mak akan mengikut mereka ke pantai.. nak cari ikan segar dari laut.. dan mak akan terus ke melaka untuk mengambil cermin mata..

dan aku??? terkedu dengar kata2 mak.. terasa benar kekurangan aku.. ye la, aku ni tak de kereta.. cuma mampu ajak mak naik bas jer.. dan tanpa berlengah lagi, aku terus jer siapkan aiman.. dan aku keluar ikut suamiku yang kebetulan turut ke melaka sentral, bekerja.. apakah bila dalam kesempitan ni, hati memang mudah tersentap???

Jumaat, Julai 03, 2009

award lagi..

dah lama dah aku ambil award ni dari blog fazemy.. baru ni aku nak tepekkan kat sini.. terima kasih yer, emy..

aku nak pass kan award ni pada semua yang masuk blog aku pulak.. korang ambik yer.. jangan tak ambik.. nak kena sebut nama ker?? ala, ambik jer la..
dan award ni pulak, aku dapat dari sis nita.. hehe, terima kasih jugak la yer, nita..
sebenarnya, tujuan aku buat n3 ni adalah kerana perasaan ingin tahu aku ni.. ada sesiapa yang tau ke mana perginya adik aku?? ala, si pearl-LOL tu.. dah 2 hari dah blog nyer hilang.. huhu..