Sabtu, Februari 28, 2009

kisah emakku VIIII

semalam petang, aku dapat panggilan dari hospital melaka.. katanya, emak kena start buat radioterapi [bukan kimoterapi, aku tak tau apa bezanya] pada 18/03 ni.. lagi dua minggu la lebih kurang.. radioterapi tu nanti akan dilakukan di hospital pantai, ayer keroh.. makanya, emak terpaksa masuk ke wad di hospital melaka dan akan di bawa dengan ambulan ke sana.. rawatan adalah dari hari isnin sehingga hari jumaat.. sabtu dan ahad, mak boleh balik.. dah macam dok kat hotel, kann..

kalau ada transport, mungkin mak boleh ulang alik dari rumah jer.. masalahnya, siapa yang nak hantar mak setiap hari ke sana.. sebab tu, mak kena dok kat wad.. tapi, kesian kat mak.. aku takut mak tak boleh tidur malam jer.. tu je masalahnya kalau mak dok kat wad ni.. mak aku ni kan penakut sikit..

malam tadi, bila aku sampaikan pesanan dari jururawat tu pada mak, mak cakap ngan aku.. kalau mak tak payah buat, boleh tak?? aku cuma diam jer.. aku pandang muka mak.. kelu lidah nak berkata2.. aku kesian kat mak..

Jumaat, Februari 27, 2009

dapat award lagi..

hehe.. sebenarnya award ni LOL bagi setelah aku mintak.. ngeee.. tak malu, kan.. apapun, terima kasih pada LOL sebab sudi bagi aku award ni.. dah 3, 4 hari aku dapat award ni sebenarnya.. baru hari ni aku nak tepekkan.. sebab minggu ni aku rasa macam tak de mood jer nak berkongsi cerita kat sini.. tak tau kenapa..

Khamis, Februari 26, 2009

kisah aiman..

dah lama tak bercerita tentang aiman.. sekarang ni, dia dah hampir 3 tahun dah.. mulut tengah becok tu.. kekadang jadi macam burung kakak tua.. apa yang dicakapkan oleh aku atau neneknya, akan diulang oleh dia..

aiman juga suka menyanyi.. aku memang suka layan dia menyanyi.. kalau aku nyanyi lagu 'anak tupai', pasti dia akan sambung, anak katak, anak kucing, anak cicak, anak ayah, anak ibu, anak nenek.. masa mula2 dengar dia sambung macam tu, tergolek2 aku ketawa.. memang masa tu, tengah bergolek atas tilam pun.. aku betul2 tak sangka dia boleh sambung macam tu punya banyak.. kira daya imaginasi dia dah berkembang la tu..

tadi pagi, aku terpaksa kejutkan dia bangun awal sikit.. sebab, mak nak gi cabut gigi kat klinik desa cheng ni.. kebetulan, ofis aku pun tak jauh sangat dari klinik tu.. sambil2 aku siapkan dia berpakaian, aku nyanyi la lagu

nona2 zaman sekarang,
tak boleh di tegur,
tak boleh di larang..
aiman ikut aku nyanyi sekali, tapi dia boleh tukar lirik tu, jadi macam ni..
nona2 zaman sekarang,
ayah tak boleh di tegur,
tak boleh di larang..
ada ke patut, sempat dia selitkan ayah dia dalam lagu tu..

Rabu, Februari 25, 2009

aku minat sangat nak menceburi bidang perniagaan.. aku nak jadi bos pada diri aku sendiri.. so, kalau nak kena bawak aiman gi hospital ke, gi ijn ke, tak yah la susah2 mintak cuti.. tapi, modal pulak tak de..

aku dah mendaftar dengan PNS secara online.. PNS ada satu program yang dikhaskan untuk wanita.. namanya program francais wanita.. mereka akan tolong wanita2 yang berminat untuk membuka perniagaan francais tapi, dengan syarat, kita ada 10% dari modal yang diperlukan.. katakanlah, macam aku nak bukak stokis LENO, modalnya mesti ada RM30,000.. jadi, aku mesti ada RM3,000 kalau PNS nak tolong.. masalahnya pulak, nama tak boleh blacklist.. huhu..

TEKUN pulak, tak kisah kalau nama kena blacklist.. tapi, bisnes mesti dah jalan 30%.. barulah diorang akan back up modal.. maknanya, kita kena daftar syarikat, tapak perniagaan dah ada, bisnes pun dah jalan sikit la.. kalau setakat daftar syarikat tu, tak de masalah rasanya buat aku.. yang jadi masalah ni, nak cari rumah kedai, pastu nak renovate, pastu nak masukkan barang2.. mana aku nak ambik modal nak buat tu semua?? masalah jugak..

aku dengar pasal KOBERA ni masa nonton buletin utama 3, 4 hari lepas.. mereka pun nak tolong rakyat bukak perniagaan.. mereka akan buka cawangan di setiap DUN.. jadi, aku rasa, aku nak cuba nasib dengan KOBERA ni.. harap2 impian akan jadi kenyataan..

pagi ni aku bukak email.. terkejut beruk aku bila baca email ni.. sepanjang umur aku, tak pernah ku kenal waima seorang pun bangsa negro.. tup tup, dapat email sebegini..

FORMER PRESIDENT OF NIGERIA
CHIEF. OLUSEGUN OBASANJO
Chairman payment verification Panel

THE REASON WHY YOU HAVE NOT SUCCEEDED IN RECEIVING YOUR FUND

Dear: Friend,


After waiting to hear from you or your Nigerian partner for a long time now, I decided to make this direct approach to you as my new resolution in other not to let it be if I have anything in mind against you. I do not know if you have asked yourself why each time the release of this fund is approved, all of a sudden, the payment will be stopped or one problem or the other will come up if you have not asked this question or you do not know, this is an opportunity for me to tell you.

Some time ago, your Nigerian friends, I mean the people that introduced you to the project approached me through my dear wife who work with the Federal Ministry of Finance and requested me to assist them conclude a money transfer deal they had with you. They requested me to assist them by removing the original contractors name, companys name and bank particulars from the UNION BANK PLC (UNP) vetting computer and replacing them with your name and bank details in order to make you appear as the rightful beneficiary of this fund.
I agreed on condition that they will pay me US$80,000.00 as soon as your name appears as the beneficiary. I did as agreed and demanded to be paid, but your friends started telling me stories, they even told me you promised to send money to me.

Do you know that up till now, I have not received a single cent from them and have not set my eyes on any of them? Based on their attitude, I decided to stop the fund release movement because I cannot be denied of my right in my own office considering the risk as it might affect my job.. Secondly, I know the source of the funds that you did not execute any contract in Nigeria , although I am the only person privileged to know this information and it is a fact. Why I am making this clear to you is that I can see that you are still making efforts in order to conclude this project. Now I am ready to forget the past.

I do not need the US $80.000.00 any longer from you but a good compensation from your mind. I need your assurance that those colleagues will be totally kept out of this transaction. I know that none of them is aware of my new approach to you. Stop spending your money unnecessarily to UNION BANK PLC Officers both here and overseas because you will not receive this money without my hand in it. I personally did the work at the beginning and only I can perform it. Finally,

I need your promise that no official of the UNION BANK PLC will be aware of my involvement in this regard because of my position. Now re-assure me that you will be willing to compensate me and that you will assist my wife to establish a foreign account in your country where my compensation will be lodged. Also a TT FUND RELEASE APPROVAL DOCUMENTS will be sent to you for endorsement after which I will remit the money within 48 hours.

I am a man of my word. If you are ready to conclude this business with me, kindly contact me on my so that we can have a chat over this issue once and for all. But if the reverse is the case, do not bother yourself to reach me and forget about this money.


Reply to my private email: olusegun11004@aol.com




BEST REGARDS


FORMER PRESIDENT OF NIGERIA
CHIEF OLUSEGUN OBASANJO
Chairman payment verification Panel
Email: olusegun11004@aol.com
PHONE:23480-36205969

diri aku sendiri pun cukup2 makan jer, nak gi derma kat diorang pulak.. tak dapek acik nak nolong..

Selasa, Februari 24, 2009

hujan yang turun..

hujan
kau turun jua
membasahi bumi
yang semakin kering..
turunmu
mengusir segala
rasa panas
dan tidak selesa
moga selepas ini
rumput yang kering
dan mati
akan hijau kembali
dan semoga
kita yang ada
di muka bumi ini
akan sentiasa mensyukuri..

Jumaat, Februari 20, 2009

aku kena tag lagi.. biasa la.. aku tag orang, orang tag aku.. huhu.. kali ni dari erisya pulak.. tapi, biasanya dia jarang2 nak tag orang lain.. agaknya nak balas dendam kot.. hehe.. jangan marah ar.. gurau jer.. oleh kerana tag dia tak bertajuk, maka aku masuk la blog orang yang mengetag dia tu dan copy paste tajuknya.. maka, inilah tajuk asalnya.. LOL tiru akak yer..

Sila berikan kegunaan lain yang digunakan oleh anda kepada barang-barang yang dinyatakan di bawah (maksudnya bukan kegunaan sebenar barang tu tapi kegunaan tambahan yang anda buat la dengan barang tu, kira diaplikasikan oleh anda... konon kreatif la tu!)

1) Anak Kunci
Kegunaan asal - untuk dipadankan dengan ibunya.. tak kira la ibu dia kat pintu ke, almari ke atau dalam kereta ke..
Kegunaan sampingan - selalunya untuk menggaru tapi sejak dua menjak ni, aku guna untuk tekan keypad handphone sebab anak aku dah kopek satu nombor kat keypad tu.. bila nak sms, terpaksa la guna anak kunci tu.. huhu..

2) Penutup Pen
Kegunaan asal - untuk menutup pen bila dah tak digunakan.
Kegunaan sampingan - untuk dikonyel2 masa tengah tunggu idea.. tapi, dah lama tak buat.. masa sekolah dulu selalu la, especially masa tengah periksa..

3) Botol Mineral
Kegunaan asal - untuk menyimpan air.
Kegunaan sampingan - potong dua dan bagi mak tanam sayur kangkung..

4) Paper lama
Kegunaan asal - untuk di baca..
Kegunaan sampingan - jual kat lori yang jerit, 'suratkhabar lama!'

5) Seluar 'D' lama
Kegunaan asal -semestinya untuk di pakai.
Kegunaan sampingan - tak pernah pulak recycle seluar 'D' ni.. sesuatu yang memalukan untuk di kitar semula..

6) Lesung batu
Kegunaan asal - untuk menumbuk bawang merah, bawang putih dsb..
Kegunaan sampingan - sama macam erisya.. untuk memecahkan air batu..

7) Langsir
Kegunaan asal - untuk menghias rumah..
Kegunaan sampingan - untuk mengelap tangan ataupun untuk menyorok dari anak..

8) Komputer pejabat
Kegunaan asal - untuk buat kerja rasmi.
Kegunaan sampingan - untuk berblogging dan main game.. dah lama tak berYM..

9) Duit syiling
Kegunaan asal - untuk bayar tambang bas..
Kegunaan sampingan - untuk layan anak bermain.. huhu.. kena pusingkan macam gasing..

10) Laman Blog
Kegunaan asal - untuk meluahkan apa yang terpendam dan buat macam diari..
Kegunaan sampingan - tak sangka dapat ayah, adik dan teman2 yang boleh berkongsi suka dan duka kat sini..

Next person:
1. en_me

hehe.. aku nak tag en_me seorang je.. naper?? sebab baru aku tau rupanya en_me ni suka kena tag.. ngee.. jawab ye en_me iteww..

Rabu, Februari 18, 2009

kisah emakku VIII

besok emak kena pergi ke hospital lagi.. kali ni untuk berjumpa dengan doktor pakar dari kuala lumpur.. ketumbuhan yang dibuang dari leher mak dulu, dah disahkan kanser oleh doktor.. jadi esok doktor nak cuba pujuk mak untuk buat kimoterapi..

hari tu, mak ada gak tanya ngan aku, kalau dia tak nak, boleh tak?? aku cuma kata, terpulang pada mak.. aku malas nak suruh mak buat tu semua.. sebabnya?? bukan aku tak sayang kat mak tapi aku tau mak tak pernah nak dengar cakap aku.. cakaplah apa sahaja, pasti ada bangkangannya.. tapi kalau kata2 yang sama lahir dari mulut aku tapi diucapkan oleh orang lain, pasti emak akan menurut.. selalu aku kecik hati dengan mak pasal tu.. tapi, aku sedar.. mak tak pernah nak menghargai apa yang telah aku buat untuk dia..

cuma, aku harapkan mak akan setuju untuk buat kimoterapi tu.. ni semua untuk kebaikan dia.. daripada membiarkan sel2 kanser tu terus merebak dalam badan dia, adalah lebih baik jika dia berusaha untuk mematikannya.. mula2 tu memang pasti ada kesan sampingannya pada mak.. tapi, lama2 ok la, kann??

Isnin, Februari 16, 2009

aku kena tag lagi.. kali ni dari putubambu pulak.. huhu.. tak pe.. aku cuba jawab sebaik mungkin.. hehe..

TANDA2

1. TANDA2 KAMU BAD MOOD.
~ muka masam mencuka..

2. TANDA2 KAMU MARAH.
~ muncung panjang sedepa..

3. TANDA2 KAMU SINTING.
~ ?? aku tak faham apa sinting tu??

4. TANDA2 KAMU MALU.
~ muka kemerah2an dan agak tersipu2.. ngee..

5. TANDA2 KAMU SEDANG CEMBURU.
~ percaya tak?? aku tak pernah cemburu..

6. TANDA2 KAMU SEDANG SEDIH.
~ dah tentulah menangis..

7. TANDA2 KAMU TENGAH GUMBIRA.
~ ngee.. ketawalah, apa lagi..

APA?

1. APA WARNA BAJU YANG KAMU PAKAI SEKARANG?
~ warna putih.. suci bersih..

2. APAKAH KAMU TERMASUK ORANG YANG SUKA SHOPPING?
~ yess.. rasanya semua wanita dalam dunia ni suka shopping.. tapi, kena tinjau2 gak poket..

3. APAKAH KAMU PERCAYA LOVE AT FIRST SIGHT?
~ mestilah.. sampai sekarang masih teringat.. walaupun tak kesampaian.. huhu..

4. APAKAH YANG INGIN KAMU LAKUKAN SEKARANG?
~ nak habiskan tag ni secepat yang mungkin.. sebelum bos sampai..

5. APAKAH RASA DI HATI KAMU SAAT INI?
~ entahlah.. tak de rasa yang special..

BILA

1. BILA PERTAMA KALI KAMU DILAHIRKAN KE DUNIA
~ ada kali ke dua ke?? aku dilahirkan pada 06 Oktober, 1972..

2. BILA SAAT TERINDAH DALAM HIDUPMU?
~ tak tau la bila.. rasa macam belum ada jer..

3. BILA KALI TERAKHIR DIMARAHI IBUBAPA?
~ kalau dengan ayah, dah 26 tahun tak kena marah.. tapi, dengan mak, baru semalam kena marah.. sebabnya, aku pukul anak aku.. sikit jer tu.. biasalah, nenek sayang cucu kan buruk..

4. BILA KALI TERAKHIR EHEM EHEM EHEM?
~ ehemm.. bila 'ek?? nak bagitau jugak ker??

5. BILA KAMU AKAN MARRIED?
~ nak suruh married lagi?? cukup la dua kali jer..

BAGAIMANA

1. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG BUAT KAMU SAKIT HATI?
~ bergantung pada siapa orang tu.. agak2 kalau boleh kena marah, aku marah je la..

2. BAGAIMANA KALAU ADA ORANG CAKAP KAMU LAWA/HENSEM?
~ senyum je la..

3. BAGAIMANA JIKA ADA TEMAN KAMU MENINGGALKAN KAMU?
~ teman biasa ker atau teman tapi mesra?? kalau dia nak pergi, pergi je la.. takkan nak tahan pulak..

4. BAGAIMANA JIKA ADA ORANG YANG TIDAK SUKA SAMA KAMU?
~ mana ada manusia yang sempurna.. kita tak boleh nak puaskan hati semua orang.. kalau dah tak suka, dah.. aku peduli apa..

5. BAGAIMANA KALAU KETIKA KAMU BANGUN, KAMU DIKELILINGI API?
~ apa tunggu lagi, larilah..

6. BAGAIMANA JIKA KAMU KESEORANGAN.
~ kalau aku keseorangan.. masuk blog la..

ok, dah selesai sesi soal jawab.. dan macam biasa dalam tag mengetag ni, pasti aku kena tag orang lain pulak.. bukannya apa, untuk memastikan kesinambungan tag ni.. kalau tak, mati katak je la tag ni.. kann.. so, macam biasa.. mangsa2 nya adalah;

1. Lots Of Love [tak tau kenapa, tapi akak suka tag LOL]

2. erisya nor

3. naz ilyn

4. fazemy

5. acu sayang

cukuplah 5 orang je, kann.. buat yang kena tag ni, jangan la marah yer.. kalau sibuk, tak pe.. boleh hutang dulu.. macam akak jugak.. huhu..

Sabtu, Februari 14, 2009

aku dapat hadiah lagi.. kali ni dari seorang adik di alam maya ni.. terima kasih ye LOL.. ku sambut kasih darimu..

valentine's day..

hari ni hari valentine.. aku tak sambut ni semua tapi ada sesuatu yang istimewa pada hari ini.. jeng jeng jeng.. hari ini genap setahun aku berblogging.. hehe.. pejam celik pejam celik, dah setahun rupanya aku berkongsi suka duka hidup aku kat sini.. dan yang paling tak sangka, aku dapat ramai teman, adik, kakak, dan juga ayah di sini.. huhu.. dan sesungguhnya aku bahagia di sini.. biarpun kami hanya mempunyai ikatan di alam maya sahaja tapi, besar harapanku agar aku dapat bertemu semuanya di alam nyata..


dan sempena hari valentine ni, aku dapat banyak hadiah dari uncle lee.. thanks uncle.. walaupun hanya di alam maya tapi, dapat jugak la hadiah, kann.. aku nak kongsi hadiah2 tu dengan semua..

hehe.. banyakkan hadiah yang aku dapat.. seronok woo..

Jumaat, Februari 13, 2009

aku rasa seronok sangat sebab dapat bunga dari ayahanda.. sekurang2nya, ni menunjukkan yang ayahanda juga mengingati aku.. ada sesuatu pada diri ayahanda mountdweller yang mengingatkan aku pada arwah ayah.. tapi, aku pun tak tau apa..

dah 26 tahun ayah pergi meninggalkan aku.. dalam tempoh itu, aku amat merindui kasih seorang ayah.. bila pertama kali aku masuk blog ayahanda, hati tetiba berdetik bila melihat gambar ayahanda bersama keluarga.. hati sayu tiba2.. rasa rindu pada ayah tiba2 membuak dalam dada..
rasanya inilah kali pertama aku berani meluahkan perasaan ingin menumpang kasih pada seorang lelaki yang ingin ku anggap seperti ayah.. dan alhamdulillah, ayahanda sudi menerimanya.. biarpun hanya di alam maya cuma.. dan bila ayahanda bagi aku bunga, rasa riang sangat.. sebab ayah bagi aku bunga!!

Khamis, Februari 12, 2009

tukar ke url lama..

aku tukar url sebab masalah teman2 tak dapat tau kalau2 ada n3 terbaru.. tapi lepas tukar url pun, resultnya still sama gak.. diorang masih tak dapat detect blog aku ni.. pening2.. terasa penatnya sebab susah payah aku kowtim dengan tokey blog ni..

abih tu, camno?? rasanya aku nak tukar balik ke url aku yang lama tu.. sayang kalau terlepas ke tangan orang lain.. so, buat teman2 ku sekalian.. bertukarlah anda ke url yang biasa.. sori yer...

p/s: ada tak sesiapa yang boleh tolong?? aku dah pening ni...

Rabu, Februari 11, 2009

tukar URL..

salam semua.. aku ingat nak tukar url blog ni.. kenapa?? sebab, dah ramai komplen yang diorang tak dapat detect setiap kali aku buat n3 baru.. aku pun tak tau kenapa jadi macam tu.. terasa macam dianaktirikan pulak oleh tokey blog ni.. huhu..

mungkin ada kesilapan yang aku dah buat kat mana2 agaknya.. ada yang tau tak?? aku belum tau lagi nak letak url apa.. kena kowtim dulu dengan tokey blog ni.. kalau dah ok nanti, aku masuk la blog korang bagitau yer.. moga2 lepas ni, semuanya ok..

Selasa, Februari 10, 2009

Oleh HASHIM P. MAMAT

KUALA KANGSAR 6 Julai -

Abang Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin menganggap adiknya, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar tidak layak menjadi menteri besar bagi kerajaan campuran Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekarang.

Menurut beliau, sebagai seorang abang sulung, beliau amat berharap adiknya itu sedar tentang apa yang berlaku sekarang dan mengajaknya supaya merenung semula sejarah kehidupan silam mereka sekeluarga. Kata beliau, sebagai seorang Islam, adiknya itu sepatutnya mengenang budi dan jasa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah membantu menyediakan pendidikan kepada adik beradiknya hingga ke pusat pengajian tinggi di luar negara. Katanya, tanpa bantuan biasiswa kerajaan BN yang memperjuangkan dasar pelajaran bagi membantu kaum Melayu, sudah tentu adiknya itu tidak mampu menjejakkan kaki ke menara gading.

''Kami daripada sebuah keluarga miskin dan bapa kami hanyalah seorang penoreh getah, jika tidak ada biasiswa yang disediakan kerajaan BN macam mana kami 14 beradik hendak bersekolah apatah lagi hendak masuk universiti di luar negara. ''Jika hendak kira pendapatan bapa sebagai penoreh getah yang mempunyai 14 orang anak memang sukar bagi kami untuk bersekolah tetapi alhamdulillah... 11 orang daripada adik beradik kami berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti. ''Parti UMNO yang menjadi tunjang kepada BN sebenarnya yang telah membantu kami, perjuangan parti itu membela orang Melayu telah membolehkan ramai adik beradik saya masuk ke universiti," katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada Utusan Malaysia selepas menghadiri Program Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gerakan Belia 4B Perak di sekolah Menengah Teknik Padang Rengas di sini hari ini. Mohammad Nizar merupakan seorang jurutera perunding lulusan Aston University of Science and Technology di Birmingham, England. Mengulas lanjut, Fadhil yang juga pensyarah Institut Perguruan Darul Aman Jitra, Kedah berkata, orang Melayu sepatutnya sedar tentang perjuangan UMNO dan BN yang sehingga kini telah berjaya melahirkan ramai daripada kalangan bangsanya menjadi orang berjaya. Justeru, jelas beliau, adalah tidak manis sekiranya seseorang yang telah berjaya hasil daripada perjuangan UMNO dan BN akhirnya bertindak menentang kerajaan pula.

''Saya berasa bangga di atas usaha kerajaan BN yang memerintah negara selama 50 tahun kerana berjaya melahirkan anak-anak Melayu yang berjaya dalam pelbagai bidang. ''Mereka yang berjaya itu termasuklah adik saya yang kini menjadi Menteri Besar Perak. Jadi saya rasa semua yang berjaya termasuk adik saya tidak boleh menafikan perjuangan UMNO dan BN selama ini," ujar beliau. Justeru, Fadhil menyeru semua pihak terutama sekali adiknya itu supaya memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada pemerintahan kerajaan BN yang kini diterajui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Katanya, perjuangan UMNO tetap berpegang pada Islam dan memperjuangkan hak orang Melayu dan tidak pernah sama sekali mengenepikan hak bangsa-bangsa lain.

''Saya kesal apabila pada masa ini ramai yang telah berjaya seakan-akan melupakan jasa pemimpin pelbagai bangsa terdahulu yang sanggup bersatu dan bersetuju dengan kontrak sosial untuk mencapai kemerdekaan negara. ''Mereka ini macam orang tak tahu sejarah kerana saya dapat lihat pihak pembangkang dengan lantang sengaja mengapiapikan soal ketuanan Melayu dan Kedaulatan Raja-Raja Melayu yang telah tercatat di dalam Perlembagaan," katanya. Kata Fadhil, beliau difahamkan bahawa kerajaan negeri Perak yang dipimpin oleh adiknya dari parti Pas telah menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' dengan DAP yang antara isi kandungannya melarang menteri besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Difahamkan, dalam perjanjian itu Mohammad Nizar sebagai menteri besar juga tidak boleh menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.

Katanya, ini akan mengubah persepsi orang Melayu terhadap kontrak sosial yang boleh menimbulkan rasa tidak puas hati kalangan masyarakat lslam dan juga orang Melayu. Beliau tidak menafikan perjanjian tersebut jika ditunaikan oleh pemerintahan Pakatan Rakyat di Perak bakal menimbulkan implikasi besar dan akan mewujudkan penentangan besar-besaran oleh orang Melayu. ''Jadi saya harap UMNO Perak bangkit bagi mengembalikan maruah bangsa dan agama lslam yang kini cuba diperalatkan di bawah 'Perjanjian Pangkor II' kerana ia jelas bertentangan dengan konsep perkongsian kuasa yang diamalkan selama ini," katanya. Difahamkan, DAP telah meminta Nizar menandatangani surat 'Perjanjian Pangkor II' sebelum bersetuju melantik wakil Pas itu menjadi Menteri Besar Perak.

Isnin, Februari 09, 2009

RATAP SISI MAYAT

oleh AHMAD SAUFI MANSORopie@hmetro.com.my

ALOR GAJAH: Seorang lelaki hanya mampu meratap di sisi mayat anak saudara perempuannya di tengah jalan apabila mangsa maut selepas dilanggar beberapa kenderaan dalam kejadian langgar lari di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) dekat Rembia, di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam, Nur Mardiana Hidayu Abd Malek, 18, yang menunggang motosikal Honda Wave, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah seluruh badan, manakala sepupunya, Nur Fazana Umar, 18, patah kaki kanan.
Kejadian dipercayai berlaku apabila kedua-dua remaja perempuan itu yang menunggu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysa (SPM) baru keluar dari rumah datuk mereka di Batu 10 Jalan Lama Rembia, di sini, untuk pulang ke rumah di Rumah Awam Rembia, tidak jauh dari situ. Bapa Nur Fazana, Umar Bujal, 52, berkata dia dimaklumkan mengenai kejadian itu ketika berkemas di gerai menjual minuman diusahakannya di pasar malam Pekan Rembia. Menurutnya, setiba di tempat kejadian dia mendapati Nur Fazana terbaring di atas jalan manakala motosikal dinaikinya terperosok di bawah pembahagi jalan di tepi kiri laluan berkenaan.“Sebaik sampai di tempat kejadian, saya melihat keadaan Nur Fazana tetapi dia pula bertanya, mana Along (Mardiana)? Saya terus pergi mendapatkan anak saudara yang terbaring di tengah jalan lalu memegang nadinya, tetapi dia sudah tiada. “Keadaan mayatnya menyayatkan hati apabila kaki kirinya cedera teruk dan patah, menyebabkan saya sebak kerana tidak menyangka kejadian sebegini boleh menimpa mereka,” katanya ketika ditemui di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka, awal pagi semalam. Umar berkata, sebelum kejadian, Mardiana bersama anaknya memberitahunya mahu pergi ke rumah datuk mereka bagi menghantar bungkusan buah epal dan peria katak yang dibeli di pasar malam seperti dipesan ibu saudara, Suraya Abd Kasim, 50. Menurutnya, Mardiana yang menetap di Mersing, Johor bersama keluarga datang ke rumahnya hampir sebulan lalu untuk membantunya berniaga bagi mengisi masa lapang ketika menunggu keputusan SPM.

Sementara itu, Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Daerah Alor Gajah, Cif Inspektor Mohd Zuki Abdul Ghani, berkata kejadian berlaku apabila mangsa dipercayai dilanggar beberapa kenderaan sebaik mereka keluar dari simpang rumah datuknya untuk pulang ke rumah. Menurutnya, akibat rempuhan itu, kedua-dua mangsa terpelanting ke atas jalan dengan penunggang motosikal mati serta merta di tempat kejadian, manakala pembonceng yang cedera parah pada kaki kanan dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan. “Ketika membelok ke kiri untuk keluar simpang dari rumah datuk mereka, motosikal yang dinaiki mereka dipercayai dirempuh empat kereta dari arah Alor Gajah menuju ke Bandar Melaka, tetapi tiga kereta terbabit melarikan diri. “Justeru, polis mengklasifikasikan kes sebagai langgar lari dan berusaha mengesan semua kenderaan yang dipercayai terbabit dalam kejadian untuk siasatan lanjut,” katanya. Orang ramai yang melihat atau ada maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Balai Polis Trafik Alor Gajah di talian 06-5563222 bagi membantu siasatan.

Sabtu, Februari 07, 2009

petang semalam, gadis ini datang ke rumah menghantar air cendol dan air tauhu yang dipesan oleh mak.. malamnya, kira2 jam 11, aku dapat berita dia dah meninggal.. terlibat dalam kemalangan langgar lari.. terkedu aku bila mendengar berita ni.. tak siapa yang dapat menduga..

gadis ini sebenarnya adalah anak saudara jiran sebelah rumahku.. jiranku ini berniaga air tebu, cendol dan air tauhu di pasar malam setiap jumaat di kampungku.. hari2 biasa pak cik ni berniaga pada sebelah petangnya di tepi jalan.. anak saudaranya ini sebaya dengan anak dara mereka.. baru lepas SPM.. masih muda remaja lagi.. malam tadi, selepas mereka berdua membantu ayah mereka berniaga di pasar malam, mereka ke rumah nenek mereka.. dalam perjalanan pulang selepas menghantar buah2an di rumah nenek, mereka di langgar oleh sebuah kereta yang sedang asyik berlumba.. sudahlah begitu, mereka dibiarkan begitu sahaja..

mujurlah ada yang ternampak kemalangan tu.. kebetulan tempat berlakunya kemalangan ni agak gelap.. tak boleh aku bayangkan kalau tiada yang melihat insiden ni.. entah apalah yang akan berlaku agaknya.. anak dara jiranku ini sekarang terlantar di hospital.. menurut kata jiranku, anaknya itu kemungkinan besar patah kakinya..

Jumaat, Februari 06, 2009

rosak mood hari ni..

pagi ni bila masuk dalam bilik, terasa dingin sekali.. dah macam nak nyanyi lagu ziana zain dah ni.. seingat aku, masa nak balik petang semalam, aku dah 'off'kan dah aircond ni.. siap tutup suis lagi.. tapi kenapa pagi ni aircond dah terpasang.. confirm ni ada orang lain dah ceroboh masuk ofis aku ni..

geram sungguh aku.. bukannya sekali ni dia curi masuk bilik aku ni.. dah banyak kali dah.. berbuih dah mulut aku ngadu kat bos besar tapi, dia tetap gak masuk bilik aku ni.. bukannya aku tak tau apa motif dia masuk bilik aku ni.. semuanya gara2 nak masuk laman web 18sx kat pc aku ni.. bilik dia pun ada pc tapi tak de internet.. isshhh.. ni semua yang buatkan aku rasa tak berkat kerja kat sini ni.. dia tak fikir ke aku boleh check laman web apa yang dia tengok?? kan ada dalam senarai history tu.. ingat aku ni bodoh sangat??

oleh kerana dia dah terlupa nak 'off'kan aircond aku, jadi aku ada sebab nak report kat bos besar.. ada alasan sikit.. bos besar aku ni kalau bab pembaziran ni, dia memang ambik pot sikit.. dia yang aku maksudkan ni, bukannya ada kaitan dengan aku pun.. dia ni cuma pandai ambil kesempatan atas bos besar aku.. dengan tidak mengeluarkan modal duit sesen pun, dia boleh jadi CEO kat company aku ni.. padahal dia bukannya pernah menolong mendapatkan apa2 projek untuk bos besar aku ni.. menghabiskan duit selalu la.. sebab tu dia amat2 tidak digemari oleh anak2 bos dan juga bini bos besar aku tu..

Khamis, Februari 05, 2009

dah lama aku tak jumpa dengan anak2 pertamaku.. seingat aku, kali terakhir bertemu mereka ialah pada hari raya puasa yang lepas.. ehh, dah hampir 4 bulan berlalu..

semasa keputusan UPSR yang lalu keluar, aku ada jugak menghubungi bekas suamiku untuk bertanyakan tentang anak daraku tu.. sengaja nak bercakap dengan anak2 ku, tapi waktu itu mereka tiada di rumah.. ada jamuan di rumah jiran.. sebenarnya sebelum tu, aku ada menghubungi sekolah anakku itu.. dan aku dah tahu keputusannya sebelum di beritahu oleh bekas suami..

aku dengar anak daraku sekarang bersekolah di salah sebuah sekolah di sungai buloh.. tak tau sekolah apa.. belum ada kesempatan untuk mencarinya di internet.. biasanya anak sulungku akan menelefonku dari asramanya tapi, sejak sekolah di buka sampailah sekarang ni, tak de pun panggilan dari dia.. dah membuak2 rasanya rindu ni.. terkadang sampai termimpi2.. bilalah dapat bertemu lagi..

Rabu, Februari 04, 2009

pelangi hidup..

aku
teringin untuk hidup
seindah pelangi
tapi sayang
mendung hitam
enggan berarak pergi

Selasa, Februari 03, 2009

huhu.. kena tag lagi.. tapi, tak pe.. selagi ianya tak melibatkan aktiviti bergambar ni, aku akan jawab.. hehe.. tag ni kiranya macam sesi suaikenal la.. nak tanya direct, malu.. so, main tag2 je la, kan LOL..

5 FAKTA TENTANG DIRI;

~ garang bila dengan anak2.. 'eh, bukan garang, tegas..

~ suka ketawa.. sebab tu awet muda.. pernah di sangka lepas SPM masa berumur 28 tahun..

~ suka baca novel.. tapi, sekarang ni dah susah nak cari masa senggang..

~ lebih suka dengar radio dari tonton tv..

~ mudah mengalirkan airmata.. kira cembeng la ni..

5 PERKARA PALING MENAKUTKAN DALAM DUNIA;

~ takut kalau tak dapat jumpa lagi anak2 pertama..

~ takut bila bayangkan akan kehilangan emak..

~ takut kalau aiman tak sembuh dari penyakitnya..

~ takut kehilangan kerja.. bukannya apa, sekarang ni pun suami tanam anggur jer.. takkan nak join dia..

~ takut kalau hidup susah sampai ke tua.. huhu..

5 LAGU BUAT MASA SEKARANG;

~ matahari - agnes monica

~ kain cinta putih - putra

~ mahakarya cinta - faizal tahir

~ ku di halaman rindu - lefthanded

~ kasihnya laila - jinbara

5 PERKARA YANG SELALU DI SEBUT;

~ ya Allah..

~ umang aii..

~ oo.. macam gitu 'ea??

~ ye ker??

~ oooo...

5 PERKARA YANG AMAT BERNILAI;

~ anak2 la..

~ blog.. hehe..

~ famili.. walaupun sekarang ni, aku macam tak bernilai di mata mereka..

~ handphone.. walaupun dah buruk..

~ teman2 sama ada di alam nyata mahupun di alam maya..

5 PERTAMA KALI DALAM HIDUPKU;

~ pernikahan yang pertama..

~ bersalin anak yang pertama..

~ kereta sendiri yang dah kena tarik.. huhu..

~ perceraian yang pertama.. harap tiada lagi lepas ni..

~ jatuh cinta kali pertama.. huhu.. dengan siapa?? rahsia..

BLOG YANG HENDAK DI TAG;

~ azlin hashim

~ achik

~ fazemy

~ arryani

~ cikgu jinggo [boleh ker??]

dah la tu, yer.. kang kalau tag ramai2, ada yang kena boikot pulak.. hehe.. apapun, ni semua untuk suka2.. hidup cuma sekali, so, kita enjoy!!!..

p/s: LOL, yang lama tu, tetap utang yer.. hehe.. suatu hari nanti, pasti akak akan bayar jugak utang tu.. biar lambat asal selamat..

Isnin, Februari 02, 2009

award dari kak tie..

aku dapat award ni dari kak tie.. hehe.. terima kasih ye kak.. moga kita akan terus bersahabat biarpun cuma di alam maya je.. siapa sangka, alam maya ni menemukan aku dengan ramai teman.. tak mengira usia, tak mengira jantina dan tak mengira agama.. aku pun nak bagi la award ni pada mereka yang banyak memberikan aku sokongan moral di saat2 aku amat2 memerlukan.. aku nak bagi kat;

~ erisya nor

~ LotsOfLove

~ arryani

~ azlin hashim

~ fazemy

~ naz ilynn

~ acu sayang

~ achik

hehe.. ambik yer, jangan tak ambik.. sebagai tanda kita adalah sahabat..