Selasa, April 28, 2009

arwah akak III..

pagi rabu itu, aku bersama2 angah, along dan adik bertolak dari melaka kira2 jam 8 lebih.. mak memang dah ada kat hospital selayang..

kami sampai di hospital selayang kira2 jam 10 lebih.. mak dah sedia menanti kat koridor hospital.. akak dah ditolak masuk ke bilik bedah dari jam 8 pagi lagi.. tak sempat la kami semua nak jumpa dia sebelum di tolak masuk tu.. jam 11 lebih, akak mula di bedah.. tengaharinya, kami semua pergi ke rumah abang sepupu yang terletak berhampiran situ.. tumpang solat dan tumpang makan.. selesai semuanya, kami bergegas semula ke hospital..

gelisahnya waktu itu, hanya Tuhan aja yang tahu.. tiada doktor yang memberi khabar tentang perkembangan pembedahan tu.. sehinggalah jam 7 lebih.. seorang doktor melayu keluar dan memberitahu kami yang akak sedang mengalami pendarahan yang agak teruk.. keadaannya kritikal.. doktor kata harapan akak untuk selamat cuma 50-50.. waktu itu, masing2 cuba menahan airmata dari jatuh.. kami cuba untuk tidak menangis di depan mak.. tidak mau menambah kesedihan di hati mak.. tapi, airmata mak yang memang sentiasa di mata dari tadi, mengalir selaju2nya..

menurut doktor, ketumbuhan tu telah melitupi saluran dari hati ke hempedu.. mengikut perancangan awal mereka, saluran tu akan dipotong dan digantikan dengan saluran gantian buat sementara waktu.. malangnya, saluran gantian tu tak dapat disambungkan ke saluran asal kerana saluran asal tu dah jadi rapuh.. tak dapat dijahit.. kerana itu, akak mengalami pendarahan.. ketumbuhan tu bukan hanya dok menumpang sahaja.. ianya juga memakan organ2 sekitarnya..

suasana selepas itu hanya dilitupi dengan kesedihan.. bila kakak2 ipar ku menelefon along dan angah, aku yang kena jadi jurucakap.. along dan angah dah tak boleh nak berkata2 lagi.. aku?? mungkin sebab aku nampak lebih tenang dari yang lain.. dalam hati, Tuhan aja yang tau.. kira2 jam 11 malam, seorang doktor cina pula keluar.. dia membawa bersamanya ketumbuhan yang ada dalam perut akak tu.. beratnya kira2 3.3 kilogram.. huh, macam berat anak sulung aku masa lahir.. maknanya, pembedahan dah selesai.. setengah jam selepas itu, seorang doktor benggali pula keluar.. dia terangkan apa yang terjadi pada akak.. dan dia menyuruh kami banyakkan berdoa agar akak selamat.. dia juga tidak mau kami menaruh harapan yang tinggi.. sama seperti doktor melayu tadi, harapan untuk akak selamat cuma 50-50..

kami dapat berjumpa dengan akak kira2 jam 1 pagi.. akak dimasukkan ke wad icu.. keadaannya masa tu macam orang sedang tidur.. dengan keadaan matanya sedikit terbuka.. memang dia tidur macam tu.. waktu kami sampai, aku lihat airmatanya meleleh.. maknanya, dia dapat dengar kehadiran kami.. aku ambil tempat di sebelahnya.. mak suruh aku ajar akak mengucap.. selain itu, aku turut membacakan ayat2 kursi.. seandainya akak sedang bertarung dengan maut, janganlah ada syaitan yang berjaya menghasut akak.. selepas kira2 sejam lebih kami menemani akak, doktor menyarankan kami pulang dahulu.. keadaan akak masa tu juga agak stabil.. kami pulang menumpang tidur di rumah abang sepupu tu lagi.. kira2 jam 4 pagi, kami menerima panggilan dari pihak hospital.. keadaan akak kritikal.. kelam kabut kami semua bergegas ke hospital semula..

aku bacakan lagi ayat2 kursi di telinga akak.. dan yang lain2 membacakan surah yaasin.. sambil itu, aku beri akak kata2 semangat agar dia berjuang untuk hidup.. jam 8 pagi, akak kembali tenang.. mungkin dia tak mau kami semua tinggalkan dia.. tapi, doktor menyuruh kami pulang dahulu.. dan kami memang kena pulang sebab semuanya tak mandi lagi.. selepas bersarapan di hospital, kami pulang ke rumah abang sepupu semula.. segan juga kerana menyusahkan mereka sekeluarga.. mujur mereka tak kisah..

kami bergerak ke hospital semula pada jam 2 petang.. sewaktu sedang menemani akak, tiba2 akak kritikal.. doktor segera memberikan bantuan dengan kejutan elektrik.. masa tu, kira2 pukul 3 lebih.. keadaan kembali tenang.. jam 4.13, akak kritikal semula.. dan mak merelakan akak pergi.. mak tak bagi doktor buat kejutan elektrik tu lagi.. mungkin mak tak sampai hati tengok akak tersiksa macam tu.. tepat jam 4.15 petang, akak menghembuskan nafasnya yang terakhir.. aku tengok mak sedaya upaya menahan airmatanya dari gugur lagi.. tapi, mata semua orang dah bengkak2 dah..

kami meminta jasa baik pihak hospital untuk memandi dan mengkafankan akak.. aku dan adik menolong memandikan akak.. dari celah2 jahitan di perut akak masih ada lagi darah yang mengalir.. perasaan aku waktu tu, bercampur baur.. antara sedih dan kasihan.. kasihan tengok akak yang dah kurus sangat.. rambutnya dah dipotong pendek.. konon2nya untuk memudahkan dia selepas pembedahan nanti.. tak perlu susah2 nak sikat dan ikat.. dan aku yang membawanya ke kedai gunting seminggu yang lalu.. siapa sangka, pelukannya minggu lepas adalah pelukan terakhir darinya.. masih terngiang2 lagi di telinga aku.. 'akak takut la, lang.. alang doakan akak selamat, yer..' tapi, sekurang2nya akak pergi tanpa membawa sekali ketumbuhannya itu.. memang itu yang dipesan dengan doktor benggali tu.. walau macam manapun, doktor mesti potong benda tu..

malam itu, jam 9 lebih, aku dan along menaiki van jenazah balik ke melaka.. mujur ada pak ngah di kampung.. dia yang menguruskan tentang penggalian kubur.. kami tiba di rumah kira2 jam 11 lebih.. suasana di rumah waktu itu seperti ada keramaian.. ramai sungguh jiran2 yang menanti kepulangan akak.. rata2 mereka semuanya tak percaya yang akak dah pergi.. jenazah akak di angkat masuk ke rumah seketika.. sekadar singgah untuk memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menatapnya buat kali terakhir.. dan akak dikebumikan malam itu juga.. segala urusan selesai kira2 jam 12 tengah malam..

Jumaat, April 24, 2009

arwah akak II..

aku nak sambung kisah akak ni.. tapi, sebelum tu, aku rasa ada yang terkeliru.. akak ni merupakan adik aku.. tapi dia bahasakan diri dia akak sejak kecil sebab dia dah terbiasa bila bercakap dengan adik.. ngeee..

selepas 2, 3 bulan menjalani pembedahan di hospital melaka, akak diarahkan untuk ke hospital selayang pulak.. masa tu, badan akak dah susut sedikit.. memang nampak ketara sebab akak ni agak chubby sikit.. antara aku, akak dan juga adik, dia yang paling rendah.. dan dah tentulah aku yang paling tinggi.. hihi.. akukan kakak..

akak jadi susut sebab ketumbuhan tu semakin membengkak.. dan selalunya makanan yang diambil oleh akak akan keluar semula dalam masa tak sampai setengah jam.. kesian kan.. belum sempat makanan tu hadam, dah keluar semula.. bukan akak sengaja tapi, ketumbuhan yang semakin membengkak tu menyebabkan usus akak tersepit.. tu punca kepada semuanya..

bila akak kena duduk kat hospital selayang, emak pun terpaksa la menemankan akak.. mak tak sampai hati nak biarkan akak sorang2 sebab akak makin lemah masa tu.. muka dah semakin cengkung.. mata pun dah agak kekuning2an.. sebab hati dia pun terjejas oleh ketumbuhan tu.. masa kat wad tu, akak diberikan susu yang dimasukkan melalui salur tiub tu.. jadi, akak agak bertenaga sikit.. menurut kata doktor kat hospital selayang, kes akak ni merupakan kes kedua yang mereka terima.. tapi, pesakit pertama, ketumbuhannya maintain jer.. tak membesar dan juga tak mengecut.. rupa2nya, ketumbuhan dalam badan akak tu memang dah ada sejak dia lahir lagi.. menurut doktor tu lagi, ketumbuhan akak tu bersangkut paut dengan urat saraf.. sebab tu, kat badan akak ada banyak tanda.. macam tanda lahir tu tapi tak nampak ketara sangat.. memang ada banyak sampaikan akak tak pernah keluar dengan baju lengan pendek..

kemalangan motor tu yang menyebabkan ketumbuhan tu bertindak balas.. sebab tu dia membengkak.. dan akak pula semakin kurus sebab dia dah tak boleh makan langsung dah.. lepas 2 minggu akak kena tahan kat wad hospital selayang tu, doktor bagi dia cuti seminggu.. mungkin sebab kesiankan akak yang selalu merengek mintak balik.. siapa tak bosan dok kat hospital.. masa akak balik tu, dia dibekalkan susu 2 tin dan diminta untuk menaikkan berat badannya sebanyak 5 kilogram.. sebab doktor rancang nak buat pembedahan dalam masa terdekat..

tapi, macam mana akak nak naikkan berat badan.. ada satu pagi tu, airmata aku berlinangan kat meja makan.. apa taknya, air milo yang akak telan, keluar semula tak sampai 5 saat.. masa tu, aku pandang mak dan mak pandang aku.. kami bertiga menangis dalam senyap.. masa tu, dah nampak perut akak jadi buncit.. macam orang mengandung 3 bulan..

lepas akak cuti seminggu, aku hantar dia balik ke hospital.. dan siapa sangka itulah kali terakhir kami berjumpa.. masa aku nak balik tu, aku sempat berpesan dengan dia agar jangan takut.. insya Allah dia akan selamat.. mulanya, akak enggan untuk buat pembedahan tu.. memang dia takut dia akan pergi.. tapi, aku dengan mak berkeras agar dia mencuba dengan harapan dia akan sembuh.. sekurang2 nya, kita berusaha.. itulah alasan yang aku dengan mak bagi.. dengan doktor juga akak berpesan agar terus buang ketumbuhan tu.. jangan jadi macam dulu.. bedah tapi tak boleh buang..

kalau ikutkan perancangan awal, akak dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada 07/10/2003.. sehari selepas birthday aku.. tapi, salah seorang doktor pakar kat situ, mengarahkan untuk mempercepatkan tarikh sebab keadaan akak dah semakin teruk.. makanya, pada 01/10/2003, bersamaan dengan hari rabu, jam 8 pagi, akak di tolak masuk ke bilik pembedahan..

bersambung lagi.. tudung aku dah basah ni..

Khamis, April 23, 2009

arwah akak..

sebenarnya, dah lama aku nak ceritakan tentang akak.. di antara aku dan adik, ada seorang lagi insan yang bergelar adik pada aku.. jurang usia antara aku dengan dia adalah 7 tahun.. jauh, kann.. oleh kerana jarak usia antara dia dengan adik cuma 3 tahun sahaja, maka mereka berdua agak rapat jugak la.. sebab itu, seorang akak dan seorang lagi, adik..

seandainya akak masih hidup, usianya sekarang hampir mencecah 30 tahun.. sebaya dengan datuk siti.. dia pergi hampir 6 tahun yang lepas.. ketika berusia 24 tahun.. sebab2 dia meninggal?? huhu..

semuanya berpunca dari kemalangan motor bersama rakan baiknya, sabarina.. mereka berdua memang terlalu rapat.. mula berkawan sejak dari tadika sehinggalah ke akhir usia akak.. dari alam persekolahan sehinggalah alam pekerjaan, mereka tidak pernah berpisah.. waktu itu, dalam musim raya.. mereka dalam perjalanan pulang selepas beraya di rumah kawan sekerja.. tiba di satu selekoh tajam di bertam ulu, mereka berdua tergolek selepas motor mereka terbabas.. kat situ memang selalu kemalangan motor.. mungkin sebab jalan tu berpasir.. akak terjatuh dengan keadaan dadanya terhentak di atas jalan.. mujurlah tiada kecederaan serius akibat dari kemalangan kecil tu.. dan syukur juga kerana tiada kenderaan lain di belakang mereka waktu itu..

akibat dari kemalangan tu juga, akak selalu mengadu sakit dada.. memang selepas terjatuh tu, mereka pergi ke hospital tapi, tau2 je la kalau dah namanya hospital kerajaan tu.. mereka cuma periksa kecederaan luaran sahaja.. tak de pun nak x ray..

bila akak asyik sakit dada, kami suruh dia ke klinik bayar untuk buat x ray.. manalah tau, kann.. hasilnya, doktor kata hati akak bengkak.. dan akak diarahkan ke hospital melaka untuk pemeriksaan lanjut.. tapi, akak ni ikut perangai mak.. penakut.. aku rasa dari tempoh akak ke klinik sampai dia pergi ke hospital tu, ambil masa sebulan lebih jugak la.. takut punya pasal.. bila akak dah buat pemeriksaan kat hospital, doktor dapati ada ketumbuhan kat saluran dari hati ke hempedunya.. sebab tu la dia selalu sakit kat dada..

selepas tu, doktor kat hospital melaka pun buatlah satu pembedahan.. konon2 nak buang ketumbuhan tu.. hasilnya, ketumbuhan tu tak dapat di buang kerana ianya hidup.. maknanya ketumbuhan tu ada urat saraf dan saluran darah.. kalau di potong, ianya akan menyebabkan pendarahan yang teruk.. doktor kata lagi, ketumbuhan tu tak sama macam tumor2 yang lain.. kalau tumor yang biasa, ianya tak de urat saraf ataupun saluran darah.. boleh di potong macam tu jer.. jadi, sia2 je la pembedahan tu..

aku kesian kat akak sebab lepas kena bedah tu, dia terpaksa menahan sakit lain pulak.. masa kena bedah tu, doktor tu belah dada akak secara menegak, jadi kalau nak duduk, memang sakit.. dan kes akak ni dirujuk pada hospital selayang.. doktor kat hospital melaka sempat ambil sedikit ketumbuhan akak tu untuk di buat ujian.. dan sampel tu turut di hantar ke hospital selayang..

cerita selanjutnya akan aku sambung.. tunggu..

Jumaat, April 17, 2009

malam tadi, sedang asyik melayan kerenah aiman, tetiba masuk satu sms.. 'ibu, abang mlas dok dkt sni.. ibu tri n ayah mrh2 abg bila abg ade handset..' apahal pulak ni?? aku balas begini, ' mesti ada sbb naper ayah n ibu tiri mrh.. abg asyik main sms je kot??'.. aku cuba nak korek cerita sebenar.. sejurus kemudian, masuk lagi sms.. 'mne ade.. abg men msj dgn ibu je.. itu pown mrh2..' ishh.. tak boleh jadi ni.. takkan sms dengan aku pun tak boleh.. sedang aku terkial2 nak balas sms tu, telefon berbunyi.. rupanya dia yang telefon.. teresak2 suara dia menangis..

dia : ibu, abang dah tak tahan ar dok sini lagi.. abang nak datang kat ibu la..

aku : eh, abang.. jangan la macam ni.. abang kena la sabar sikit.. memang ibu nak ambik abang tapi bukan macam ni..

dia : abang dah tak tahan la, ibu.. abang tau la ibu tiri benci kat abang.. benci jer dah la.. jangan la asyik nak marah2..

aku : abang kena sabar.. jangan la nangis2 macam ni.. bila ibu tiri tu marah2, abang jangan layan.. buat tak tau jer.. kalau abang lawan, lagi la dia naik giler..

dia : memang ibu tiri tu dah giler.. asyik nak marah2 abang jer..

aku : abang bagitau la kat ayah.. cakap la ibu tiri asyik marah..

dia : ayah pun sama.. dengar jer cakap ibu tiri tu.. tak percaya cakap abang..

aku : heee.. apa la ayah abang ni.. ok la, abang.. nanti habis kredit abang.. dah la, jangan nangis2 lagi.. bila ibu tiri tu marah2, abang buat tak tau jer.. dok jer dalam bilik..

dia : ok la.. abang nak kumpul duit.. nanti abang nak datang kat ibu..

aku : abang sabar la yer.. nanti ibu bincang dengan lawyer tu dulu.. ok ea bang.. babai..

dia : ok.. bye ibu..

lama aku termenung lepas tu.. kalaulah aku ada sayap, memang masa tu jugak aku terbang ke bentong.. dan kalau dah sampai sana nanti, memang aku kibas2 kan sayap aku kat muka ibu tiri dia tu.. biar bercalar-balar.. seperti calar-balarnya hati aku tatkala mendengar rintihan anak aku ni.. apalah salahnya kalau dia beri layanan baik terhadap anak2 aku?? aku yakin, kalau dia sayang kat anak2 aku macam anak2 dia sendiri, pasti anak2 aku akan ingat pada dia bila mereka semua dah bekerja nanti.. dia jugak akan senang nanti, kann..

dan, malam tadi tidur aku tak selena malam2 semalam.. lebih2 lagi selepas aiman mengigau menyanyikan lagu wonderpets.. terkejut aku.. tetiba jer dia nyanyi, 'apa yang penting?? kerjasama.. wonderpet, wonderpet, kami datang'.. nak gelak pun ada jugak.. aiman, aiman.. aku lihat jam baru pukul 1.48 pagi.. huhu.. terkebil2 mata aku..

p/s: 'dia' adalah anak sulungku.. faiz..

Khamis, April 16, 2009

award dari LOL..

sekarang ni, aku tak de mood la nak buat cerita ceriti.. otak macam dah blank.. huhu.. tak tau la kenapa.. mujurlah adik aku ni bagi award.. ada juga la ceritanya.. terima kasih ye, dik.. kita ni kan kena saling bantu membantu.. walau rupamu tidak ku kenal.. hehe..

Isnin, April 13, 2009

tutup kes..

mulai dari saat dan ketika ini, aku tidak akan lagi bercerita tentang manusia yang ku panggil adik.. kerana apa?? kerana bercerita tentang dia, seolah2 aku menepuk air di dalam dulang.. percikannya terkena muka aku sendiri.. malunya akan aku rasai.. bercerita tentang dia, seolah2 membuka pekung di dada aku sendiri.. biarpun antara aku dan dia, seperti langit dan bumi..

jadi, mulai hari ini, tiada apa lagi yang perlu aku ceritakan tentang dia.. dan aku tidak perlu memeningkan kepala memikirkan pasal dia.. pilihan di tangan dia.. siapalah aku untuk menentukannya..

Sabtu, April 11, 2009

selisih pendapat??

pernah tak berada dalam situasi sebegini ~ berselisih pendapat dengan orang2 di sekeliling kita?? memang menyakitkan hati, kann..

andainya kita berselisih pendapat dengan orang2 yang lebih muda dari kita ataupun yang hampir2 sebaya dengan kita, mungkin situasinya agak mudah.. kerana, kita boleh berdebat meluahkan pendapat masing2 tanpa ada niat untuk bersikap kurang ajar.. sekadar melepaskan segala yang terbuku di hati..

tapi, situasinya agak berlainan jika kita berselisih pendapat dengan orang2 yang lebih tua dari kita, kann.. bila kita berdiam diri dengan niat tidak mahu melawan, dikatakan tiada berperasaan.. ataupun lebih memedihkan hati, dikatakan pekak.. tapi, bila kita meluahkan pendapat, dicap kurang ajar pula.. serba salah kann.. jadi, apakah langkah yang sebaik2 nya?

Khamis, April 09, 2009

esok CUTI!!!!!

yess!! esok aku cuti.. bukan saja2 tapi terpaksa.. aku kena pergi pejabat tanah sepang esok.. dan bukan aku sorang jer.. aku pergi dengan along dan juga emak.. mak pun kena ambik cuti dari radioterapinya.. angah tak dapat ikut sebab tengah berkursus.. hehe.. kursus nak jadi 'cikgu'.. huhu..

kami kena uruskan pasal tanah arwah datuk belah ayah.. rupa2nya, datuk aku ni ada banyak tanah kat area dengkil tu.. dekat jenderam hilir.. datuk aku ni orang minangkabau.. minang ori dari sumatera.. tapi, ada tanah yang bapak sedara aku dah jual.. hasilnya, dia makan sorang2 la.. tapi, itu dia punya pasal.. kitorang tak kisah..

aku harap2 sangat kes ni selesai cepat.. dah dekat setahun dah, tertangguh kat pejabat tanah tu.. nanti, bila dapat duit, boleh la aku bukak leno.. hehe.. dan kami adik beradik dah sepakat dah.. bahagian adik akan kami gunakan untuk bayar duit kawan2 yang dah kena tipu tu.. untuk kes2 terbaru kat sungai petani tu, biar dia selesaikan sendiri.. jangan harap si dk tu nak tumpang senang dengan duit adik tu..

kenangan lama..

aku baru lepas merayau kat 'azura mengamuk'.. ruangan untuk kaki2 motor semalaysia.. huhu.. memang aku minat motor dari dulu lagi tapi tak de la keinginan untuk memiliki motor sendiri.. lesen motor pun tak de.. setakat minat2 gitu jer.. aku kan ada 2 orang abang.. dulu, masa diorang bujang2, along pakai RXS.. angah pulak pakai Honda Raider.. dan aku pulak sekadar pembonceng.. ngeeee..


sebenarnya, bukan niat aku nak citer pasal motor.. tapi, aku masuk kat azura mengamuk tu sebab angah ada paste kan gambar famili aku masa dolu2.. time tu, aku kecik lagi.. dan kami baru tiga beradik jer.. seronok sebab dah dapat dah gambar tu.. itu pun terpaksa register jadi member.. semata2 nak carik semua posting yang angah dah buat.. huhu..

tapi, aku rasa puas.. berbaloi aku jadi ahli.. hehe..

Isnin, April 06, 2009

malu pulak rasanya bila dapat award dari kak yong lagi.. tapi, award ni tak de tag.. mungkin ada tapi kak yong tak pulak sertakan sekali.. mungkin tag tu kak yong masukkan dalam senarai 'hutang' kot.. nantilah, kalau kak yong ada jawab tag tu, aku ambillah tag nya.. rajin tu.. huhu.. apapun, terima kasih yer kak yong.. terima kasih daun keladi..

Khamis, April 02, 2009

3 in 1..

akhirnya, terlerai juga kerinduan aku pada rumah ke dua aku ni.. dah seminggu lebih tu tak dapat update blog.. rindu serindu-rindunya.. jadi, sementara aiman tak ada hari ni, aku ambil kesempatan ni untuk bercerita.. banyak yang aku nak cerita..

kisah 1..

aku nak cerita pasal anak sulung aku, faiz.. hari jumaat lepas, dia ada telefon aku.. dah lama betul dia tak telefon aku.. hampir2 3 bulan dah.. bila aku tanya kenapa, dia cakap dia kumpul duit.. dan hasilnya, dia dah berjaya beli handset nokia 1200.. kira ok la tu.. biarpun screen nya tak berwarna, janji kami dapat saling berhubung..

sejak itu, dia selalu sms ataupun call aku.. pagi semalam, 5 minit sebelum pukul 6, dia dah sms.. dia tengah bersarapan.. awal betul dia kena keluar ke sekolah.. pagi tadi pula, jam 5.20 pagi dia sms.. saja nak bagitau dia dah bangun.. kesian dia kan.. cuba nak bermanja dari kejauhan.. masa mula2 dia pakai handset tu, ibu tirinya bising juga.. bukannya bising marahkan dia tapi bising suruh bekas suamiku belikan handset untuk anaknya pulak.. eeiiii, suruh la anak perempuannya kumpul duit sendiri.. mengada2 la pulak..

kisah 2..

aku nak cerita pasal earth hour pada 28 mac ari tu.. kebetulan malam tu, surau kat taman perumahan aku buat sambutan maulidur rasul.. jadi, tak dapat la aku nak dok bergelap, kann.. tapi, sekurang2nya, aku dapat jugak la menjimatkan elektrik.. ye la, kat rumah aku cuma nyalakan satu lampu jer.. tak bukak tv pun.. jimat jugak, kann??

kisah 3..

petang semalam, aku tumpang angah pergi hospital.. nak lawat mak.. kalau ikut perancangan, aku nak lawat mak ari ni sebab suami aku cuti ari ni.. tapi, bila angah cakap yang dia nak pergi lawat mak semalam, terasa macam nak ikut pulak.. syukur, mak masih boleh bertahan.. mak sihat cuma bibir mak kena pecah2.. mungkin sebab kekurangan air.. mak dah tak boleh makan yang pedas2.. tekak mak rasa sakit bila makan pedas..

balik dari hospital, angah hantar aku ke melaka sentral.. aku nak balik saing dengan suami aku.. sementara menunggu suamiku habis bekerja, aku bawak aiman bermain2 kat tempat permainan.. tempat tu kecik jer, cuma ada gelongsor sahaja.. lagipun, ianya dikelilingi oleh gerai2 menjual tudung dan baju2..

waktu itu, jam dah pukul 9.25.. gerai2 kat tempat permainan tu pun dah tutup dah.. aku bawak aiman main kat situ lagi.. entah macam mana, tetiba aiman boleh terjatuh kat tangga tu.. masa tu, dia dah sampai kat atas dah.. sempat lagi dia ketawa dengan aku.. waktu tu, aku berdiri tunggu dia kat ujung gelongsoran tu.. bila melihat dia terjatuh, menggelupur aku berkejar mendapatkan aiman.. dia jatuh terselit kat celah pemegang tangga tu.. mesti sakit pinggang dia.. mungkin masa dia jatuh tu, sebelah tangannya masih memegang besi tu.. aku rasa macam nak menangis bila aiman menangis.. kami sama2 terkejut masa tu.. rasanya kalau di toreh muka aku saat itu, pasti tiada darah yang menitik.. walau darah putih pun.. ngeeeee..

kat tangga ni la aiman tergolek.. walaupun tak tinggi tapi cukup untuk membuatkan lutut aku menggigil..
aku risau kalau2 aiman demam akibat terperanjat.. tapi, syukurlah, aiman juga sekuat aku.. mujurlah pagi ni dia dah ok.. syukur alhamdulillah..