Khamis, November 25, 2010
salam rindu semua.. nampaknya aku dah semakin jauh dari dunia maya ni.. harap2 tak terputus langsung la nanti.. ni aku curi2 pakai laptop adik aku.. patutnya aku keje ari ni tapi lepas pergi klinik ibu mengandung pagi tadi, terus penyakit malas tu datang.. nak2 pulak dah kena inject ubat kancing gigi.. sengal wooo lengan aku ni..
badan aku dah semakin kembang ni tapi ramai jugak customer2 kat giant yang kata perut aku ni tak berapa besar sangat.. tadi timbang dah 67 kg.. naik 7 kg dari berat masa normal..
aiman pun dah dapat terima hakikat yang dia akan menjadi seorang abang berbanding masa mula2 aku bagitau dia dulu.. kadang2 kalau dia tengok aku dah dok tersandar lepas makan, dia datang usik perut aku.. 'baby, naper ni?? jangan tendang2, sian ibu..' he3..
mula2 ngandung dulu, aku mengharap jugak nak dapat baby girl tapi lepas scan kat hospital 8hb lepas, aku redha jer.. tak kisah la boy atau girl, yang penting aku dan baby aku sihat alhamdulillah, kann..
aku masih belum beli lagi barang2 keperluan untuk baby aku ni.. baju2 aiman yang lama dulu banyak yang dah buruk2.. aku ingat gaji ujung bulan ni aku nak peruntukkan untuk barang2 baby yang penting dulu.. aku memang sengaja nak beli barang2 baby lepas scan.. nasib baik jugak tak beli awal2, kalau tak, ada baby boy aku kena pakai baju kaler pink pulak nanti..
12hb yang lalu, bekas ibu mertua aku meninggal dunia.. jadi start cuti sekolah ari tu, anak2 pertama aku sumer dok kat rumah datuk nye.. jadi, ari2 la diorang datang jenguk mak aku.. kan gumah mertua aku ni dekat jer ngan gumah mak aku.. macam tadi, sumer datang jumpa aku bila nampak kereta aku ada parking depan gumah ni.. sampai sekarang ni, anak dara aku lom balik lagi gumah datuk dia..
sekarang ni, target aku nak beli rumah dulu.. bila dah ada rumah nanti, baru la aku nak bawak diorang gi biro bantuan guaman.. aku nak ambik diorang sumer.. harap2 tahun depan aku boleh settle kan semuanya...