Jumaat, Oktober 16, 2009
malam selasa yang lepas, aku dengan suamiku, membawa emak dan abah angkat kami pergi ke gambang, kuantan, pahang.. entah kenapa rajin sangat suami aku tu menurut permintaan mereka.. saja jer jalan2.. sementara bulan raya ni masih ada..
jadi, kira2 jam 11 lebih, kami pun bergerak menuju ke destinasi.. kenapa bertolak malam2 macam tu?? sebab, kami bertolak selepas suami aku dan abah angkat kami tu habis bekerja.. mesti penat giler, kann.. tapi suami aku tak kisah.. aku lagi la tak kisah.. lagipun, minyak kereta di sponsor sepenuhnya oleh mak dan abah angkat kami tu..
alhamdulillah perjalanan kami lancar sehinggalah apabila hampir tiba di pekan segamat.. masa tu, kereta aku baru jer di potong oleh sebuah bas ekspress yang memang laju giler.. tiba2.. melintas la seekor anjing hitam yang muncul entah dari mana.. dah la keadaan jalan yang memang gelap gelita.. tiba2 jer anjing tu muncul.. syukur la masa tu tak de kenderaan lain kat belakang kereta aku masa tu.. dan mujur jugak suami aku bijak mengawal kereta.. kalau tak, entah apa la yang akan terjadi pada kami semua..
oleh kerana masa tu keadaan teramat la gelap dan ditambah dengan kelajuan kereta, suami aku tak berhenti untuk melihat keadaan anjing tu.. tapi kalau di agak dari cara dia di gelek tu, memang tak de harapan hidup..
esok petangnya, dalam perjalanan pulang, kami semua tertunggu2 gak la untuk tiba di tempat kejadian tu.. nak melihat keadaan anjing tu.. betul tekaan kami semua.. anjing tu dah tergolek dog kat tepi jalan.. tak dapat nak selamatkan lagi dah.. tapi aku lega jugak sebab kami betul2 terlanggar anjing.. buatnya kami terlanggar jelmaan anjing, mesti payah kann..