Jumaat, Oktober 16, 2009

tergolek dog..

malam selasa yang lepas, aku dengan suamiku, membawa emak dan abah angkat kami pergi ke gambang, kuantan, pahang.. entah kenapa rajin sangat suami aku tu menurut permintaan mereka.. saja jer jalan2.. sementara bulan raya ni masih ada..

jadi, kira2 jam 11 lebih, kami pun bergerak menuju ke destinasi.. kenapa bertolak malam2 macam tu?? sebab, kami bertolak selepas suami aku dan abah angkat kami tu habis bekerja.. mesti penat giler, kann.. tapi suami aku tak kisah.. aku lagi la tak kisah.. lagipun, minyak kereta di sponsor sepenuhnya oleh mak dan abah angkat kami tu..

alhamdulillah perjalanan kami lancar sehinggalah apabila hampir tiba di pekan segamat.. masa tu, kereta aku baru jer di potong oleh sebuah bas ekspress yang memang laju giler.. tiba2.. melintas la seekor anjing hitam yang muncul entah dari mana.. dah la keadaan jalan yang memang gelap gelita.. tiba2 jer anjing tu muncul.. syukur la masa tu tak de kenderaan lain kat belakang kereta aku masa tu.. dan mujur jugak suami aku bijak mengawal kereta.. kalau tak, entah apa la yang akan terjadi pada kami semua..

oleh kerana masa tu keadaan teramat la gelap dan ditambah dengan kelajuan kereta, suami aku tak berhenti untuk melihat keadaan anjing tu.. tapi kalau di agak dari cara dia di gelek tu, memang tak de harapan hidup..

esok petangnya, dalam perjalanan pulang, kami semua tertunggu2 gak la untuk tiba di tempat kejadian tu.. nak melihat keadaan anjing tu.. betul tekaan kami semua.. anjing tu dah tergolek dog kat tepi jalan.. tak dapat nak selamatkan lagi dah.. tapi aku lega jugak sebab kami betul2 terlanggar anjing.. buatnya kami terlanggar jelmaan anjing, mesti payah kann..

11 jejak bertapak:

naz ilyn berkata...

salam... seram juga ek kalau terlangar binatang kat tengah jalan takut kalau ada apa-apa maklumlah tengah malam mujur takde apa-apa... kkdg sebab nak elakkan dia kita pulak yang terbabas tapi kalau langar anjing tak ler terasa sangat cuba kalau terlangar kucing terkilan rasanya.

Guru berkata...

assalammualaikum

saspen gak ya... malam, gelap, anjing hitam lak tu

Kak Long Mawar Merah berkata...

Salam...
Syukurlah tak ada apa-apa kejadian buruk berlaku. Orang kata, anjing lagi keras dan boleh kemek kereta dibuatnya...
Ingatkan pemandu bas dah insaf, rupa2nya nak bawa laju juga ke.

Dearie Pearls berkata...

Salam Kak,
Lama tak update blog eh..
hehe...

dah ajal anjing tue..
nasib hanya terlangar anjing..

Darling Pya berkata...

salam kak daniel
rindu akak...

bayang kan le kalau terlanggar jelmaan nye kan...iskh..iskh..minta simpang le...

en_me berkata...

syukur selamat semuanya.. anjing je yg tak selamat.. ehehe

nurdaniella berkata...

salam naz, rindu kat naz.. tu la pasal.. takut jugak dek langgar kan dia, kita pulak yang masuk spital.. orang kata, kalau kucing ni lagi kuat badi dia..

kak a kl citizen.. hehe.. memang terasa jugak seram nya.. syukur la ianya betul2 anjing..

kak long, memang kemek kete tu tapi nombor plat je la.. bumper tu nasib dapat diselamatkan..

LOL, hehe.. mesti rindu kat akak, kann.. gara2 terlanggar anjing, ditimpa pulak bencana yang lain.. huhu..

acu sayang, akak pun risau jugak.. tak lena tidur malam tu.. kalau la itu cuma bayangan jer, entah apa la yang jadi agaknya..

pak karamu, salam ziarah kembali..

en me, syukur la.. hehe..

naz ilyn berkata...

salam.... hellooo helloooo ada orang kat rumah tak... mane ni tuan tanah ni lama tak bersiaran...

sakurasa 2 berkata...

salam dari sakura di brunei darul salam

nurdaniella berkata...

naz ilyn, salam kembali.. he3.. patut la bagai di seru2 untuk balik kat sini.. rupanya ada tetamu.. sori la, tak dapat nak luangkan masa..

sakura, jauhnya berjalan.. nak ikut..

secangkir madu merah berkata...

salam...dah agak lama tak kemari..alhamdulillah..semoga kehidupan lebih bahagia disisi aiman & hubby mu..