Selasa, Ogos 24, 2010
salam ramadhan buat semua.. rindu sesangat dah ni.. banyak cerita yang nak dikongsikan bersama tapi masa memang cemburu buta nih..
sebenarnya dah 3 bulan lebih dah aku kerja sebagai cashier kat pasaraya dekat2 rumah sewa aku ni.. tu yang menambah kesibukan aku tu.. mulanya aku hantar aiman kat nurseri kat area sini jugak.. tapi, hari tu dia demam melarat2 sampai 2 minggu.. bila dia start demam, aku hantar dia balik kat rumah mak.. risau pulak aku kalau satu nurseri tu berjangkit demam si aiman.. bila dia dah dok kat rumah nenek dia, seronok la.. langsung dah tak nak gi kat nurseri tu lagi dah.. jadi aku terpaksa la ulang alik tiap2 pagi dan petang untuk hantar dan ambil dia.. memang busy la jadual hidup aku skang nih..
aku kerja kat pasaraya tu, jadi part timer jer.. tapi bukan sebab aku ada keje lain.. cuma aku nakkan waktu kerja macam office hour, masuk jam 9 balik jam 6.. he3.. cuma sabtu ngan ahad jer aku kena overtime sampai malam.. setakat ni aku rasa masih boleh bertahan lagi.. seronok tau keje kat shopping nih.. boleh jumpa kawan2 sekolah, kawan2 kerja lama..
ok la, aku nak balik rumah mak ni.. takut tak sempat pulak sampai waktu berbuka nanti.. lain kali kita jumpa lagi yer.. salam sayang dan rindu buat korang sumer.. mmmmuuuuaaahhhh..