Rabu, Oktober 29, 2008

hutan lipur ulu bendul, gunung angsi..

hari isnin yang lepas adalah hari cuti umum untuk perayaan deepavali.. so, aku ambil peluang ini untuk pergi berekreasi bersama-sama dengan familiku.. sebenarnya, adikku ada membawa beberapa orang temannya ke rumah.. puaslah mereka merayau satu Melaka untuk 2 hari lepas.. jadi, hari ini mereka akan pulang semula ke Kuala Lumpur.. mulanya adik nak membawa mereka ke Pengkalan Balak untuk menikmati panorama di tepi laut tapi angah memberitahu yang dua, tiga hari lepas, metro ada melaporkan tentang ada pihak yang cuba sabotaj kesucian pantai tu dengan menaburkan daging dan tulang-belulang babi di sekitar pantai tu.. huh, langsung kami semua sepakat untuk pergi ke Hutan Lipur Ulu Bendul.. aku tak nak komen tentang siapa yang sabotaj tu, sudah terang lagi bersuluh, dah tentulah itu semua bukan kerja orang melayu..

maka, pada jam hampir 12 tengahari, kami semua bertolaklah ke Ulu Bendul.. sebenarnya, ini kali pertama aku hendak pergi ke Ulu Bendul, jadi aku tak tau berapa jauhnya tempat tu.. angah menunggu kami di Padang Sebang, rumah mak mertuanya.. masuk waktu zohor, kami singgah di masjid Kg Sri Repah.. kami tiba di Hutan Lipur Ulu Bendul kira2 pukul 3.30.. fullamak, punyalah jauh tu.. mungkin kalau tak berhenti tadi, kira2 3 jam perjalanan.. jalannya pula seperti ular di palu.. kalau mat-mat motor jumpa jalan ni, memang seronoklah...

tiba sahaja kami di Hutan Lipur tu, terus cari 'port' untuk isi perut dulu.. lapar tu.. makan ramai-ramai ni memang menyelerakan.. dapat pulak makan tepi sungai.. fuhh.. best, memang best.. lepas makan, cari pulak 'port' nak mandi.. mulanya aku risau jugak, kalau-kalau aiman takut nak masuk dalam sungai tu nanti, tapi lepas siap salin baju untuk mandi, dia punya seronok.. aku pun tumpang seronok tengok aiman mandi dalam sungai tu..

sungai ni memang cantik tapi airnya tidaklah berapa dalam.. mungkin kerana itu, yang mandi pun ramai budak-budak jer.. so, aku pun seganlah nak berendam lama2.. bila aiman dah menggigil kesejukan, terus jer aku keluar.. hehe.. ada la alasan untuk berhenti mandi..

kami bertolak balik dari Hutan Lipur Ulu Bendul ni, kira2 jam 5 lebih kurang la.. Hutan Lipur ni tak jauh dari Bukit Putus.. jalan kat sini memang mencabar.. terkenal kerana banyak berlaku kemalangan kat sini.. nama pun 'bukit', jadi kalau terbabas, masuk gaunglah jawabnya... angah mengajak kami pergi 'meninjau' jalan Bukit Putus ni.. sebagai kenangan sebelum jalan tu di tutup, katanya.. kami pun ikut la sebab sebelum ni pun cuma dengar orang bercerita jer.. kali ni, kami nak merasa sendiri pengalaman jalan di Bukit Putus.. masa nak menuruni bukit ni, memang mencabar sebab kereta2 semuanya perlahan, lebih2 lagi semasa di selekoh.. kami u-turn bila dah tiba di kaki bukit.. nak mendaki pulak ni.. malang bagi kami bila terpaksa mengikut belakang bas.. tak boleh la nak tekan minyak.. apapun, pengalaman ni memang menyeronokkan.. sayanglah tak ada kamera.. kalau tak, pasti aku dapat merakamkan keindahan panorama di Bukit Putus dan juga di Hutan Lipur Ulu Bendul ni.. kampung-kampung di sekitar Gunung Angsi ini juga menarik.. menyejukkan mata memandang.. kalau waktu pagi, pasti dingin sehingga ke tulang.. bayangkan, dalam perjalanan pulang tu, jam pukul 6.45 petang, kabus dah mula keluar dari celah-celah pokok di bukit2 tu.. bestnya...

6 jejak bertapak:

azlin hashim berkata...

kak, Ulu Bendul mmg best, maklumlah kat N9 kan.. hehhe..
jln kat situ ( bukit putus) mmg lah teruk sket.langsung tak bleh nak motong... kena lak bwk slow jek, nak wat cam ner, bukannya ada jln len lg..tp nak buat jln baru dah tu..

akak tak panjat ke gunung angsi tu, kan ada tmn ular sawa, kira Anakonda terbesar di dunia lah, ari tuh Lin pnjt, huh mengah, tp ularnya byk dah lari.. penat jek naik..

nurdaniella berkata...

nak panjat gunung angsi?? tak larat dah.. sbb tu akak tak singgah taman ular sawa tu, dah banyak yang mati.. mungkin cuaca sini tak serasi kot untuk anaconda tu..

unrestmind berkata...

salam cik kak...insya allah nti klu sy kwin sy jmput k...tq sbb merayap ke blog sy...

nurdaniella berkata...

buat unrestmind, tima kasih kerana membalas kunjungan..

AL-BIMA SAKTI berkata...

salam,

salah singgah...

salam kenal....

nurdaniella berkata...

hua hua... salah singgah?? tak pe la.. janji singgah.. thanks... salam kenal juga..