Ahad, November 20, 2011

salam semua.. pejam celik pejam celik dah 5 bulan aku tinggalkan blog aku nih.. tak pernah terfikir pun nak tinggal kan terus dunia blog nih cuma masa agak sempit skang nih..


ammar dah 10 bulan dah.. baru jer pulih dari demam campak.. sebenarnya ni kali ke dua dia kena campak.. mungkin kali pertama ari tu campak tu tak abih keluar, jadi kena la lagi sekali.. syukur la kali ni campak tu keluar abis satu badan.. biasanya, bebudak kalau nak kena demam campak ni, dia akan demam dulu selama 3, 4 ari tapi ammar ni demam satu malam jer.. syukur lagi sekali..

baik dari demam campak ni, dia dah belajar duduk sendiri.. ni dah tegap dah duduk nyer.. dan dia juga dah rajin nak merangkak.. rasa nyer agak lambat jugak la kalau dah 10 bulan pun belum pandai merangkak lagi.. tapi tak pe, slow and steady.. dia jugak tengah rancak nak panjat2 kerusi..

skang ni gigi ammar dah ada 4 batang dah.. 2 atas 2 bawah.. satu habit ammar ni, pantang tengok orang baring, confirm dia datang panjat n gigit rambut.. he3.. mak aku cukup boring kalau kena kacau ngan ammar.. tak dapat lagi dah nak tido petang2..

aiman pulak dah rasa dia dah besar sangat dah.. petang2 kalau keluar bermain, cari geng2 yang dah sekolah.. dah tak nak main ngan budak2 sebaya ngan dia.. konon2 la.. taun depan aiman dah masuk tadika.. tapi belum gi daftar lagi.. aku pulak ingat nak cari kerja balik tapi kena ajar ammar minum susu lembu dulu.. aku ingat nak tunggu sampai dia dah pandai jalan, tengok la dulu macam mana.. semuanya masih dalam perancangan..

ok la, aku cau cin cau dulu.. nanti kalau dapat curi masa dan curi pakai laptop adik aku ni, aku update lagi n3 terbaru.. salam sayang semua..

Isnin, Mei 30, 2011

upin punya pasal..

salam semua... nak tau kenapa aiman dah ada toncit macam tu??? ni sumer gara2 si upin la.. asyik tengok upin dan ipin jer, sampai rambut pun nak tiru macam upin.. nasib baik la time ni rambut dah panjang sikit..

ni dengan adik tersayang.. jangan la ada orang cakap nak ambik adik nyer.. mesti dia jawab, ehhh, mana boleh.. ni adik abang..

sampai senget2 nak menampung adik nye.. almaklum la, ammar ni semangat sikit.. abang pulak comel jer..

ok la, lain kali sambung lagi..

Sabtu, Mei 07, 2011

selamat hari ibu..

salam semua.. esok hari ibu.. kalau ikut perancangan, aku akan ambik anak2 pertama aku.. ini permintaan anak dara aku tu.. dia kata dia dah malas nak sambut dengan ibu tirinya tu..


tapi, aku tak tau nak bawak diorang sumer gi mana.. sejak bersalinkan ammar, aku dah tak kerja lagi.. so, soal budget memang ciput la.. anak dara aku ajak aku gi mahkota parade.. kalau gi sana, takkan nak pandang jer, kann.. kalau aku sorang2, boleh la window shopping jer.. ni dah ramai2 ni, tak muat lak window nyer..

jadi, tempat paling sesuai aku fikirkan ialah pantai.. kalau gi sana, boleh bawak bekal makanan.. so, jimat la sikit, kann..

kesian pulak kat anak2 aku tu.. tapi ni semua perancangan jer.. kalau cuaca panas terik, rasa nyer kena cari port lain kot..

bercakap pasal cuaca ni kan, sekarang ni panas betul la.. sian kat anak2 aku yang kecik2 ni.. tido malam gelisah jer.. kipas siling tu aku rasa macam kipas helikopter dah laju nyer.. tapi, baju aiman tetap basah dengan peluh.. haiiiiii..

ok la, buat semua ibu2 dalam blog ni, aku ucapkan SELAMAT HARI IBU.. semoga kita juga tak melupakan ibu yang melahirkan kita..

Rabu, April 27, 2011

gambar2 ammar..

salam semua.. demi memenuhi permintaan adik pearl, aku nak kongsi kan beberapa keping gambar ammar hakimi..

ni gambar yang paling awal aku dapat ambik.. 1o jam selepas dilahirkan..

baru sebulan dah pandai senyum..

masa ni dah 2 bulan..



ammar genap 3 bulan..

dengan aiman danial..

belum pandai duduk lagi.. cuma untuk posing jer..

ni gambar 4 hari yang lepas..

ok la yer buat masa ni.. ammar dah meragam tu.. semalam kena cucuk untuk 3 bulan.. mungkin badan dia rasa tak berapa selesa.. nanti aku update kan lagi yer gambar2 dia..

Ahad, Januari 30, 2011

aku dah dapat baby..

salam sayang semua.. aku dah selamat dah melahirkan baby boy pada 19hb yang lalu.. aku bersalin pada jam 5.05 pagi.. aku tak tau la kenapa tapi anak2 aku semuanya suka keluar waktu pagi2 macam ni.. tapi yang ni paling awal la.. yang lepas2 antara jam 6 hingga 8 pagi.. rasa tenang sekejap tau bila dengar azan subuh dari masjid al-azim kat sebelah hospital ni.. hilang sakit sekejap..

nak tau tak, baby aku yang ni keluar sendiri jer.. tak ada nurse atau doktor yang menyambut.. nilah salah satu kelemahan hospital kerajaan.. bukan nak mengata tapi memang dah kena batang hidung sendiri.. mujurlah tak berlaku sesuatu yang buruk pada baby aku.. aku pun bersalin dalam kedudukan mengiring jer.. syukur lah baby aku kali ni comel jer.. berat dia cuma 2.9kg jer, tak sampai pun 3kg.. memegang rekod baby yang paling comel pernah aku lahirkan.. agaknya kalau la baby aku ni besar, mungkin tak boleh kot keluar dalam cara mengiring tu.. syukurlah semuanya selamat..

sekarang ni, aku berpantang dalam jagaan mak.. baby aku pun sihat alhamdulillah.. cuma hari ke 5 lepas, dia kena kuning sikit.. tapi kena jugak la pergi cek darah kat hospital alor gajah.. bergenang jugak la airmata bila dengar kerasnya tangisan baby aku.. he3, lupa pulak nak bagitau nama baby aku ni.. nama dia ammar hakimi.. ammar maksudnya yang beriman, hakimi pulak kebijaksanaanku.. mudah2an nanti dia membesar menjadi seperti namanya..

ok la, nanti aku bercerita lagi yer.. doa2kan tiada masalah yang timbul sehingga berakhirnya tempoh berpantang ni.. moga kita dapat bertemu lagi yer..