Selasa, Ogos 04, 2009

hari pertama menjadi cikgu..

oooo, patut la akak berhenti kerja, yer.. dapat jadi cikgu rupanya..

hehe, mesti ada yang cakap macam tu kann, bila tengok tajuk n3 aku ni.. bukanlah cikgu di mana2 sekolah tapi jadi cikgu kat rumah jer.. cikgu kepada aiman danial.. anak lelaki aku yang dah berusia 3 tahun satu bulan dan 14 hari ni.. hari ahad yang lepas, aku terpaksa la pergi shopping, semata2 nak beli seluar dalam untuk aiman nih.. sebabnya, ada sekali tu, aku cuba2 la tak pakaikan dia pampers tapi dia asyik merungut jer.. katanya, seluar yang dia pakai tu senget.. hehe.. mungkin sebab 'bird' dia tu berlaga2 dengan jahitan kat seluar tu.. geli hati aku..

semalam, aku ajar dia buang air kat tandas.. di hari pertama ni, 3 kali la aku kena jadi cleaner.. kena mop lantai.. kira ok la tu, kann.. cuma 3 kali jer.. pastu dia pun dah pandai pakai seluar dalam tu sendiri.. satu perkembangan yang bagus.. harap2 masa raya nanti, dah tak payah la aku kena bawak bekal pampers bila jalan2 ke rumah saudara mara.. harap2 la misi aku akan tercapai..

aku ngan suami aku pun tengah usaha jugak ni nak cari rumah sewa.. harap2 semuanya akan selesai sebelum raya.. boleh la aku sambut raya tahun ni dengan hati yang tenang dan gembira.. semoga impian akan jadi kenyataan, kann.. dan pada sis nita, semoga cepat sembuh.. banyakkan rehat dan kurangkan aktiviti di luar rumah..

24 jejak bertapak:

Tie berkata...

Ooo....bila dapat spender comel mesti dia berkobar2 nak pakai...bagus tu..

Harap2 dapatlah rumah sewa tu, memang seronok tinggal di rumah sendiri..

chekdenoor berkata...

Wah....bila dah terlepas dari pemperss.....sure boleh jimat burget bulanan tu......

Bagus juga bila dah ada masa jaga anak sendiri...... sure ada rahmatnya tu....aiman pun sure happy

Dearie Pearls berkata...

Hye Kak...
Mcm terkena renjatan adik baca komen akak..
Terkejut coz akak 'tetiba' ada..
Hehe..
Terkejut yg membawa maksud gembira.

Hehe...

Rindunya kat akak...

Jadi cikgu aiman?

Ok ar tue kak. Kejap jer pandailah aiman tu. Raya nnt, confirm dah semakin ok.

semoga segala impian tercapai ok.

Adik rindu Kakak. :(
kak jaga diri ok..

Tanpa Nama berkata...

Kakak ku kmbali jugak!!!!

Wah!!!!!

Ingatkan dah menyepi.....
jangan ar snyap2 eh...

Apapun, harap semuanya beres nnti..

Enjoy k

Unknown berkata...

cgu..
he..
mengajar dalam skop yg berbeza...
kerana motivasi anak2 pada ibubapa...
teruskan.

Unknown berkata...

Salam anakanda.

Tahniah dan uncle doakan bahagia sepanjang hayat. Jaga dan tunjuk ajarlah anak sewajarnya. Insya Allah akan mendapat berkat.

Daya berkata...

semoga berjaya ngan misi akak ..
salam

Jard The Great berkata...

life jus beginning ek? harap baik2 saja..

ehehe.. salam singgah dari ku.. ;p

ibundo berkata...

salam. sekarang nur ada bayak masa untuk aiman. nanti aiman cepat pandai.

Guru berkata...

mengajar anak sendiri perlu lebih sabar sebenarnya

secangkir madu merah berkata...

menjaga anak dengan air tangan sendiri lagi berkat dan berbaloi.. bila aiman dapat adik pandai lah dia gi toilet..kan.. (aiman tak kisah!)

♥ Che NamNam ♥ berkata...

wahhh besyer dok umahh ajor anak2 sendirik..dapat masak untuk anak..dapat jager anak ngan tangan sendirik..


*ya Allah itewlahh yang haku impikan...

Darling Pya berkata...

akak jadi fully housewife ke?
bagus nye...

naz ilyn berkata...

salam... seorang ibu itu seharusnya pendidik bagi anak-anak harap banyakkan sabar dalam mendidik anak-anak ni dan moga berjaya...

Lee berkata...

Hi Nurdaniella, you have fun and hope you find a nice place to live.
Keep well, Lee.

nita berkata...

salam nur..

tuan umah ada tak ni..?

Dearie Pearls berkata...

Salam Sabtu kak..

rindu ngn kak..

dah nak hampir sebulan dah jadi cikgu.

apakah perkhabaranmu kak...?

utuskanlah kami khabarmu..

we miss you kak...

gud day..

love ya!

Kak Long berkata...

Salam Nur...
Tahniah dapat kerja baru sebagai cikgu di rumah yang tentunya lebih mencabar daripada sediakala...

Semoga apa yang dikerjakan itu dirahmati Allah hendaknya.

chekdenoor berkata...

Salam nur,

Chekdee ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada seisi keluarga. Mudah-mudahan puasa kita tahun ini, adalah lebih baik dari tahun-tahun yang lepas.

Rozita berkata...

slmt berposer

Dearie Pearls berkata...

Salam Kak,
Salam Ramadhan Al-Mubarak dari adik kepada Kak & Keluarga.

Salam rindu.

Sitie BUm BUm berkata...

kelakar gak kadang2 tgk keletah bdk kecik bab pakai2 bj ni. Sibuk nk buat sdiri. Tp xpe..lambat laun mmg kena pakai sdiri pon. =)

Darling Pya berkata...

kak daniel...
mana menghilang???
rindu la...
harap akak baik2 aja ye...

take care
selamat berpuasa

nurdaniella berkata...

buat semua yang bagi komen, terima kasih bebanyak.. semoga semuanya berjalan lancar..