Selasa, September 29, 2009

hari ni dah 10 syawal.. jujur aku katakan, seumur hidup aku, inilah raya yang paling tak meriah untuk aku.. siapa sangka, hubungan aku ngan famili aku akan berubah menjadi seburuk ini.. buat masa ini aku tak nak membuat sebarang kenyataan.. apa yang keluar dari mulut aku pastinya akan di anggap sesuatu yang salah.. tapi yang pasti, aku dah letih bila asyik dipersalahkan.. kerana itu juga, aku mengambil keputusan untuk beraya di kampung suami aku.. seumur hidup aku juga, inilah pertama kali aku tidak beraya di samping famili aku sendiri..

untuk makluman semua, aku dah berpindah ke rumah sewa pada hari isnin.. semalam laa.. ini pun belum selesai lagi mengemas rumah.. tapi, sempat lagi tu nak mengemaskini blog.. hehe.. ini pun kira 'rumah' aku jugak, kann..

sebenarnya, seminggu sebelum raya hari tu, famili aku dapat durian runtuh.. tanah arwah datuk sebelah ayah aku dah selesai urusan jualbeli nyer.. mujur pembeli tu setuju untuk melunaskan pembayarannya sebelum raya.. maka, dapat la aku membeli barang2 keperluan untuk beraya.. selain tu, aku jugak mencari kereta2 second hand yang berharga bawah 10 ribu.. payah hidup ni kalau tak de kereta.. dah letih rasanya berulang alik ke sana sini dengan bas.. paling aku kesian dengan aiman.. kekadang jenuh dok melangu kat bustop.. kalau setengah jam satu tu, masih la boleh dimaafkan tapi kalau dah lebih satu jam pun tak nampak muncung bas, tak kematu b****t..

syukur alhamdulillah sebab dalam tempoh seminggu mencari kereta idaman tu, dapat jugak aku berhari raya dengan iswara aeroback.. sebijik macam kereta aku dulu.. owner lama kereta tu adalah seorang mak cik yang sangat baik hati.. mulanya aku ngan suami dah 'reject' kereta tu.. sebab harga yang mak cik tu letak agak tinggi.. kalau tak fikirkan budget untuk beli barang2 keperluan di rumah baru nanti, memang tak jadi masalah dengan harga tu.. tapi, mungkin dah ditakdirkan jodoh aku dengan kereta tu, selang 2 hari kemudian, mak cik tu setuju untuk menurunkan sedikit harga yang ditawarkan kelmarin.. memang aku bersyukur sangat2 sebab kalau dilihatkan keadaan kereta dengan harga yang aku beli, memang tak berbaloi.. ada orang yang tawarkan dua kali ganda dengan harga yang aku beli tu, tapi mak cik tu seboleh mungkin nak jualkan pada aku jugak.. alasannya, dia teringat2 kan aiman lepas kami balik hari tu.. katanya, dia rasa simpati sangat2 pada aiman bila dia dapat tau masalah kesihatan aiman.. bukanlah niat kami nak menggunakan alasan tu, cuma bercerita tujuan kami nak beli kereta tu untuk memudahkan perjalanan ke IJN nanti.. huhu..

dan sekarang ni, aku sibuk nak mengemaskinikan rumah sewa aku pulak.. nak beli itu, nak beli ini.. bukanlah nak beli untuk bermegah2, cuma beli apa yang benar2 perlu sahaja.. seboleh mungkin aku tak nak berhutang.. jadi, aku kena la survey banyak tempat untuk mencari yang benar2 berbaloi dengan duit aku.. so, lepas ni, kalau aku tak kerja pun, tak la membebankan sangat suami aku untuk membayar hutang..
p/s: rasanya belum terlambat kan kalau aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua.. maafkan la yer kalau ada n3 yang membuatkan korang terasa hati dan tersinggung.. aku cuma insan biasa..

Isnin, September 14, 2009

pejam celik pejam celik, lagi seminggu je lagi raya akan menjelang tiba.. macam tak percaya jer.. rasa macam baru semalam aku berhenti kerja.. huhu..

dalam sebulan setengah ni, macam2 yang aku lalui.. hidup aku memang meriah dengan dugaan dan cabaran.. orang selalu kata, Allah turunkan ujian sebab Dia sayangkan hambaNya.. memang bertuah aku ni, kann..

sekarang ni, impian aku untuk memiliki dunia aku sendiri hampir2 tercapai.. harap2 semuanya berjalan dengan lancar.. dan harap2 lepas ni, hidup aku tidak la selalu di uji lagi.. kekadang terasa letih jugak nak melawan segala 'rasa' tu.. syukur la selain ujian, Allah juga memberi aku kekuatan untuk menghadapi semua tu.. sebab tu Allah menguji aku, sebab Dia tau aku kuat, kann..

buat semua teman2, aku nak ucapkan selamat hari raya.. mana la tau, aku tak sempat nak update lagi blog nih.. dah la aku tak dapat nak ucapkan selamat berpuasa hari tu.. aku nak mintak ampun dan maaf dari ujung rambut sampai ujung kaki, kalau2 ada n3 aku yang menyinggung perasaan dan naluri engkorang semua.. 0-0 'ea.. last but not least, aku rindu la kat semua.. doa2 la aku dapat aktif balik berblogging nih.. luv u all..

Rabu, September 09, 2009

hai...

salam semua.. rindu bangat kat blog nih.. dapat terjah sekejap je nih.. lepas ni nak pergi bazar ramadhan la pulak.. tak dapat nak berlama2 kat sini.. cuma nak bagitau, aiman dah pandai dah sekarang ni.. dah jadi 'pro' dah.. hehe..

buat semua yang bagi komen tu, terima kasih la banyak2 yer.. tak dapat la nak jawab semua komen2 tu.. nanti lepas raya nanti, mungkin aku akan dapat rumah sewa.. harap2 dapat la pulak beli komputer.. hehe.. adat la manusia ni kann.. tak pernah cukup.. ada jer kemahuan nyer..

buat pearl, semoga adik sentiasa bahagia, ok.. bila ada masa nanti, akak akan cuba call adik.. tak sempat la nak merayau2 gi blog semua teman.. sori yer.. kita jumpa lain kali yer..