Selasa, September 29, 2009

dunia yang diimpikan..

hari ni dah 10 syawal.. jujur aku katakan, seumur hidup aku, inilah raya yang paling tak meriah untuk aku.. siapa sangka, hubungan aku ngan famili aku akan berubah menjadi seburuk ini.. buat masa ini aku tak nak membuat sebarang kenyataan.. apa yang keluar dari mulut aku pastinya akan di anggap sesuatu yang salah.. tapi yang pasti, aku dah letih bila asyik dipersalahkan.. kerana itu juga, aku mengambil keputusan untuk beraya di kampung suami aku.. seumur hidup aku juga, inilah pertama kali aku tidak beraya di samping famili aku sendiri..

untuk makluman semua, aku dah berpindah ke rumah sewa pada hari isnin.. semalam laa.. ini pun belum selesai lagi mengemas rumah.. tapi, sempat lagi tu nak mengemaskini blog.. hehe.. ini pun kira 'rumah' aku jugak, kann..

sebenarnya, seminggu sebelum raya hari tu, famili aku dapat durian runtuh.. tanah arwah datuk sebelah ayah aku dah selesai urusan jualbeli nyer.. mujur pembeli tu setuju untuk melunaskan pembayarannya sebelum raya.. maka, dapat la aku membeli barang2 keperluan untuk beraya.. selain tu, aku jugak mencari kereta2 second hand yang berharga bawah 10 ribu.. payah hidup ni kalau tak de kereta.. dah letih rasanya berulang alik ke sana sini dengan bas.. paling aku kesian dengan aiman.. kekadang jenuh dok melangu kat bustop.. kalau setengah jam satu tu, masih la boleh dimaafkan tapi kalau dah lebih satu jam pun tak nampak muncung bas, tak kematu b****t..

syukur alhamdulillah sebab dalam tempoh seminggu mencari kereta idaman tu, dapat jugak aku berhari raya dengan iswara aeroback.. sebijik macam kereta aku dulu.. owner lama kereta tu adalah seorang mak cik yang sangat baik hati.. mulanya aku ngan suami dah 'reject' kereta tu.. sebab harga yang mak cik tu letak agak tinggi.. kalau tak fikirkan budget untuk beli barang2 keperluan di rumah baru nanti, memang tak jadi masalah dengan harga tu.. tapi, mungkin dah ditakdirkan jodoh aku dengan kereta tu, selang 2 hari kemudian, mak cik tu setuju untuk menurunkan sedikit harga yang ditawarkan kelmarin.. memang aku bersyukur sangat2 sebab kalau dilihatkan keadaan kereta dengan harga yang aku beli, memang tak berbaloi.. ada orang yang tawarkan dua kali ganda dengan harga yang aku beli tu, tapi mak cik tu seboleh mungkin nak jualkan pada aku jugak.. alasannya, dia teringat2 kan aiman lepas kami balik hari tu.. katanya, dia rasa simpati sangat2 pada aiman bila dia dapat tau masalah kesihatan aiman.. bukanlah niat kami nak menggunakan alasan tu, cuma bercerita tujuan kami nak beli kereta tu untuk memudahkan perjalanan ke IJN nanti.. huhu..

dan sekarang ni, aku sibuk nak mengemaskinikan rumah sewa aku pulak.. nak beli itu, nak beli ini.. bukanlah nak beli untuk bermegah2, cuma beli apa yang benar2 perlu sahaja.. seboleh mungkin aku tak nak berhutang.. jadi, aku kena la survey banyak tempat untuk mencari yang benar2 berbaloi dengan duit aku.. so, lepas ni, kalau aku tak kerja pun, tak la membebankan sangat suami aku untuk membayar hutang..
p/s: rasanya belum terlambat kan kalau aku nak ucapkan selamat hari raya buat semua.. maafkan la yer kalau ada n3 yang membuatkan korang terasa hati dan tersinggung.. aku cuma insan biasa..

12 jejak bertapak:

Dearie Pearls berkata...

Dear Kak,
Happy Kak dah update blog..
Banyak cerita dan banyak pembaharuan dah.
Dunia yang diimpikan semakin kelihatan.
Selamat menikmati dunia Kak tu ya..
Dik nak juga join tau dunia Kak.
Tumpang sekaki.
Hehe..

Tahniah dah ada keta dah..

Dah ada rumah..

Aiman pun semakin terrer..

Hopefully all ya dreams come true k.

Soal family tu dik no komen ar.
Kak yang merasakan dan pastinya pahit.

Tapi Kak kan tabah..
SO, I know Kak tetap cool..

Hamba Allah berkata...

salam nur,
welcome back....dan moga apapun masalah, semoga ianya dipermudahkan, huhuhu....takpe, insyallah nanti evrythin will be back to normal. Seronok kan...dapat hias rumah sendiri...

nita berkata...

salam nur..

lama ko ilang yerr..

urmmmm.. hidup mana yg tak ada masalah, kan.. harap kamu tenang menghadapi..

kita pon tgh patah kaki ni.. kete masuk bengkel.. lagi 2 minggu baru okehhh sbb kena bayar rm3k tu..

Tie berkata...

Salam Nur... selamat hari raya.

Alhamdulillah... tentu seronok tinggal di rumah sendiri, biarpun rumah sewa.

Biasalah Nur.. hidup kita ni selalu dilanda dugaan.. tapi kena teruskan juga... insyaallah.. segalanya akan berakhir juga suatu masa nanti.

Darling Pya berkata...

wah tahniah kak daniel
sbb dah ada keta & umah sendiri
walau pun keta 2nd hand & umah sewa
yang penting akak & keluarga hepi

acu pun tumpang hepi sama

akak,
nk beli brg umah mmg kena rajin servey kalau bajet kita tak memberangsangkan...hehehe

acu awal thn aritu, masa nk beli pindah masuk umah baru memang byk servey la...akhir nya Alhamdulillah
acu dapat penuh kan umah acu dengan harga yg memang boley buat org terkejut...hehehehehe

tidak le semewah mana tapi cukup puas ati...

chekdenoor berkata...

Nur, chekdee tumpang gembira dengan perkembangan terkini kehidupan nur. Harap sangat selepas ini kehidupan nur akan berterusan dimurahkan rezeki. Nur jangan bersedih ya....selalu berdoa kepada ALLAH agar jalan kehidupan nur akan lebih mudah dan ceria selepas ini.

Guru berkata...

assalammualaikum

semoga Allah mempermudahkan segalanya

Dearie Pearls berkata...

Dear Kak,
Happy Birthday To you..

Semoga segala impian menjadi nyata.

Love ya Kak.

-adik-

Tanpa Nama berkata...

life must go on...

go for it!!!


semua org bertaruing tuk meneruskan kehidupan yg diimpikan..

meh kita sama2 redah tu semua!!!

en_me berkata...

me ponn insan biasa.. ghitewww

nurdaniella berkata...

LOL, terima kasih dik.. sememangnya adik amat memahami akak.. sudah semestinya adik termasuk jugak dalam dunia akak.. sesungguhnya dirimu amat berharga..

mawar merah, betul tu.. walaupun rumah sewa tapi, ada jugak la rumah sendiri, kann..

sis nita, huhu.. hanya mereka yang pernah merasa jer yang tau jerih payah nyer.. syukur la selepas 9 bulan tersiksa, dapat gak merasa manisnya..

kak tie, terima kasih kak.. harap2 bahagia ada untuk saya..

acu sayang, betul tu.. macam akak ni, kena la lengkap kan rumah tu secara berperingkat2.. budget dah lari..

kak chekdee, alhamdulillah.. akhirnya dapat jugak mencapai impian.. hehe.. walaupun tak berapa sempurna tapi saya sedang mencuba untuk menyempurnakannya..

kak a kl citizen, terima kasih kak..

LOL, terima kasih dik.. dan thanx jugak untuk present tu..

arryani, ayuh!!! kita terjah semuanya..

en me, saya lagi la biasa2 jer..

Dearie Pearls berkata...

Dear Kak,
diriku begitu berharga..?

bangganya aku..

hmm..