Isnin, Januari 11, 2010

aku yang buat2 sibuk..

hai semua, lama bebenar aku tak update blog ni.. banyak betul labah2 yang buat sarang.. macam2 spesies ada.. he3.. banyak sebenarnya cerita yang aku nak kongsi ngan ngkorang cuma, masa macam tak bagi je aku keluar rumah..

mula2 aku nak kongsi cerita pasal mak angkat aku tu.. ala, yang aku bawak gi gambang dulu tu.. masa tu kan aku ada masalah sikit ngan mak, jadi aku ingat nak tumpang kasih la ngan makcik tu.. mana la aku tau hati dia tak macam hati aku.. hu3.. rupa2nya dia cuma nak mengambil kesempatan je atas aku ni.. mentang2 la aku ada kereta dan punya banyak masa sebab tak bekerja, dia selalu suruh aku bawak dia ke sana dan ke sini.. macam driver dia pulak lagaknya aku ni.. mulanya aku turutkan aje sebab dia yang tuang minyak kereta.. tapi bila dah terlalu kerap sangat sampai kerja2 kat rumah pun terbengkalai, aku luahkan rasa tak puashati pada suami aku.. mujurlah dia pun kurang senang ngan sikap makcik tu.. jadi, sejak tu, setiap kali bila makcik tu ajak aku ke mana2, suami ku akan carikan alasan untuk aku.. lega rasa nya hati..

aku dengan mak pun dah ok sekarang ni.. sejak aku pindah, memang aku tak de lagi hubungi mak.. masa tu memang rasa kecik hati sangat ngan mak.. tapi, bila mak telefon aku pada 11/11/09 dulu, terus hilang perasaan tu semua.. aku ni memang bukan jenis orang yang sampai hati dan berdendam.. walaupun mak telefon aku sebab nak mintak tolong bawak kan dia pergi hospital tapi, aku tak kisah.. dan sejak tu, seminggu sekali aku akan bawak aiman balik rumah nenek dia.. dan untuk pengetahuan korang jugak, mak aku tinggal sorang2 sekarang ni.. sebab adik aku tu dah pergi bekerja kat kl balik.. kalau yang tau kisah dia dulu tu, mesti faham, kann..

pejam celik pejam celik, dah nak masuk 6 bulan aku jadi surirumah sepenuh masa.. dah rasa bosan sebenarnya ni.. tak boleh la dok rumah je.. zaman sekarang ni zaman duit.. tak cukup kalau sorang je yang bekerja.. nak2 aku ni dah biasa pegang duit sendiri.. dah 2,3 kali jugak la aku kecik ati ngan suami aku bila aku 'terr'abih kan duit dia.. ala, bukannya aku beli barang yang tak berfaedah pun.. aku beli barang2 makan tu.. hai, sabar la ati..

semalam aku dapat sms dari isteri bekas suami aku.. faham tak?? kalau faham ok.. dia sms aku bukan lah sebab nak cari gaduh.. mungkin dia dah tak de tempat nak bercerita jadi dia sms aku.. dia kata dia pun dah rasa bosan dengan bekas suami aku tu.. rupanya, jantan tu masih lagi tak buang tabiat buruk dia dulu.. terkejut gak aku.. ingat kan dia dah serik.. ish ish ish.. susah nak bentuk orang yang degil macam ni.. tak dapat la aku nak tolong.. aku cuma boleh suruh dia bersabar je la..

ok la, aiman kat sebelah ni dah mula terlompat2 dah.. kesian pulak aku tengok.. nanti bila aku dapat curi masa lagi, aku akan bercerita lagi yer.. sebelum terlupa, aku nak ucapkan hepi besday pada datuk siti.. moga tahun ni dapat baby..

7 jejak bertapak:

fazemy berkata...

Hai Kak Daniella..lama saya lost akaknya blog ni. Huwaaaa..

Akak sehat ke? Ala biasalah manusia. Susah nak jumpa org yg tak ambik kesempatan. Sabarlah hati yer.

Unknown berkata...

semua kisah kehidupan yang menarik untuk dikongsikan
tidak semua merasakan....
cerita yang sama.

kita bersangkabaik pada semua yang berlaku.....

Packy @ Mawar Merah berkata...

Huh..rindu nak baca cerita nur..
harap Nur sihat dan happy selalu.

Tie berkata...

Salam Nur.. uwaa.. lama tak dengar khabar. Harap Nur sihat dan ceria selalu.

Pengalaman tu.. tak pe laa.. sentiasa hati2. Tak semua orang boleh dipercayai.

Tanpa Nama berkata...

Lama menyepi...

Sunyi jek rasa..

Pe pun..harap semua OK..eh..

Harap K Nur Tabah

Dearie Pearls berkata...

Aloha Kak..
Lamanya menghilangkan diri.
Papun, harap Kak sabar2 jek k.

..Thank God Kak dan Mak dah ok. Itu yang sebaiknya.

Rindu Kak.

nurdaniella berkata...

fazemy, huhu.. akak pun rindu giler kat sumer blogger.. ye la kan, pengalaman adalah guru yang terbaik dalam hidup..

cikgu jinggo, betul tu.. tapi kekadang hati 'ter' sangka buruk jugak..

mawar merah, huhu.. hanya Tuhan yang tahu betapa tebalnya rindu kat hati..

kak tie, uwaaaa, saya pun rindu akak jugak.. nanti saya terjah blog akak yang dah lama saya tak kunjung tu..

arryani, huhu.. dah lama tak jenguk blog yan..

LOL, rindunya kat adik.. tak pe, walaupun jauh di mata, tapi dekat di hati..