Selasa, Februari 23, 2010

mimpi yang tak sudah..

sudah dua, tiga malam tidurku di ganggu mimpi yang bukan2.. nak kata tak baca bismillah, dah baca dah.. siap doa tidur lagi..

orang tua2 kata tak baik bercerita tentang mimpi kita pada orang lain.. tapi, aku nak cerita jugak.. sekadar berkongsi kisah di sini..

malam semalam aku bermimpikan pasal suami aku.. dia ada perempuan lain.. memang mengarut la apa yang perempuan tu buat.. bila aku cerita dengan suami aku, dia cuma tergelak jer.. aku percayakan suami aku dan mimpi tu tak sedikit pun menjejaskan kepercayaan aku tu..

malam tadi pulak, aku mimpikan arwah adik aku.. dalam mimpi tu, dia memberi aku tip untuk menjaga rambut.. he3.. siap tunjuk jenama syampu lagi.. tapi tak de dalam pasaran kat malaysia ni.. entah apa2 la, kan.. tapi dalam mimpi malam tadi, arwah adik aku tu ceria sangat.. siap tergelak2 lagi.. kata orang, kalau kita mimpikan orang dah pergi ni, kalau dia tak bersuara, cuma diam membisu, itu betul2 roh dia.. kalau siap borak2, siap gelak2 tu, confirm la mainan syaitan..

apapun, kita jangan biarkan diri kita dipengaruhi oleh mimpi.. sudah terang lagi bersuluh, mimpi tu mainan tidur, kann..

1 jejak bertapak:

@cu SaYaNg berkata...

rindu nye dgn kak daniel
akak sihat?