Isnin, Mac 29, 2010

yang dah berlalu..

susah kan kalau bergantung pada cyber cafe ni.. bila kat rumah, mencurah2 idea datang.. bak kata LIN, bila idea tengah banyak tu, tulis la.. {hu3, cukup malas nak menulis ni}.. bila dah duduk kat cc ni, blank pulak kepala otak ni.. tapi aku nak bercerita jugak..

waktu ~ jam 5.48 petang pada 4hb mac yang lalu..

masa tu aku baru tersedar dari tidur petang yang singkat.. tak sampai pun setengah jam.. tetiba, aku terdengar entah suara siapa yang menjerit API, API.. zuppp, berderau darah aku naik ke kepala.. tak tentu arah aku bangun dan meninjau ke bawah.. rupanya rumah di tingkat bawah sekali yang jadi mangsa.. aku bertambah kelam kabut lagi bila dengar suara menjerit lagi, ADA TONG GAS TU, NANTI MELETUP.. hanya Allah yang tau perasaan aku waktu tu.. tak tentu arah aku dalam rumah tu.. aku angkat aiman yang tengah tido dengan niat nak bawak dia turun.. bila dia mengamuk sebab tidurnya terganggu, aku letakkan dia balik.. aku telefon pulak 999, bila dia cakap bomba dah on the way, lega sikit hati..

bila aku tinjau lagi ke bawah, aku tengok ramai orang yang tolong siram air.. aku memang panik masa tu tapi bila aku tengok makcik depan rumah aku tu rileks jer, aku pun turut rasa tenang sikit.. asap yang keluar dari tingkap nako tu memang hitam.. aku yang tersedut sikit pun dah rasa sesak nafas.. 15 minit lepas tu, baru la bomba sampai.. itupun lepas api berjaya dipadamkan.. aku puji la semangat kejiranan kat sini.. nasib baik jugak kejadian ni berlaku masa dah tamat waktu bekerja.. kalau la terjadi waktu pagi, memang hangus satu rumah tu agaknya..

waktu ~ 7.30 pagi pada 11hb mac..

aku, aiman dan suamiku dah bersiap2 nak bertolak ke IJN.. mujurlah aiman tak banyak kerenah pagi ni.. bangun tido pun senang.. sebelum masuk highway, kami singgah di mcD bersarapan.. he3, itupun sebab suami aku dapat kupon free..

sampai di IJN jam 10 pagi.. syukur sebab segala2 nya lancar sepanjang perjalanan.. dan syukur jugak sebab kali ni kami dapat doktor melayu.. jadi banyak jugak la yang dapat dibincangkan.. walaupun doktor ni agak garang tapi, aku puashati la.. kenapa garang?? sebab, masa aku masuk bilik dia tu, dia tanyakan nama aiman.. aku ingatkan dia tanya pada aiman, jadi aku pun suruh la aiman jer yang jawab.. tetiba dia cakap, saya tanya mak dia, nama anak sapa.. nati jangan sampai tersalah orang, bla bla bla.. hu3.. aku jawab dalam hati, dah tentu la masing2 ada nombor giliran dan ada nurse yang dah tanya masa kat luar pintu, takkan boleh tersilap lagi, kann..

dia kata, jantung aiman masih lagi stabil.. tak perlu bimbangkan sangat.. jantung normal, tak bengkak, injap pun ok.. buat masa ni tak perlu risau pasal nak buat pembedahan.. tapi kan, tak terlambat ke kalau nak tunggu jantung dah bengkak, injap dah pecah, baru nak operate??

waktu ~ jam 8 pagi pada 13hb mac..

pagi2 aku dah bersiap.. aku nak pergi ambik anak2 pertama aku.. walaupun aku tak berduit masa ni, tapi aku kesian tengok anak2 aku.. merengek2 suruh aku ambik diorang.. sebelum bergerak tadi, aku dah sms bekas suami aku pasal nak bawak diorang jalan2.. tapi tak dapat balasan pun..

sampai2 je kat rumah diorang, ternampak la mak tiri diorang tengah sidai baju.. bila aku bagitau yang aku nak ambik anak2 aku, dia tanya dah cakap ngan suami dia ke belom?? aku cakap la yang aku dah sms tapi tak berjawab.. dia pun pergi la telefon suami dia dan tanpa di sangka2, suami dia izinkan.. he3, lebar aku tersengih kat dia..

aku bawak anak2 aku pergi bersarapan kat mcD.. he3, sebab kupon yang suami aku dapat tu ada banyak lagi.. siap tapau lagi burger2 tu.. lepas tu, aku bawak diorang balik rumah mak.. ye la, aku kan tak berduit jadi, bawak la diorang jumpa nenek.. tu jer yang termampu.. mujur diorang pun tak kisah.. janji dapat lepas dari rumah mereka yang umpama neraka tu.. dan pukul 9 malam baru aku hantar diorang sumer balik..

ok la, cukup la setakat ni.. aiman nyer mata pun dah merah2 dah.. teruk betul la, siap nangis2 ajak balik.. hu3..

8 jejak bertapak:

shi3la berkata...

aper khabar kak?sihat semuanyer..??

doa haku moga akak sekeluarga sentiasa dibawah keberkatannya...

dan haku doakan yang terbaik untuk Aiman..moga semuanyer dipermudahkan..dan moga Aiman terus jadik anak yang kuat..

salam sayang..

@cu SaYaNg berkata...

wah..lama nye x dgr kabar akak
semoga akak sihat & ceria selalu

LotsOfLove-Pearls berkata...

Dear Kak Sayang..

Mcm2 perkara berlaku Kak..
Mujur semuanya selamat.

Thanks sentiasa ingat kat adik.

Jaga diri Kak..

secangkir madu merah berkata...

salam..., memang susah klu nak harapkan ke cc je...insyaAllah semoga ada rezeki utk ada tenet kat rumah boleh berbloging dgn selesa...

semoga ella dan aiman sehat2...

Tie berkata...

Kak Tie doakan agar segala urusan berjalan dengan lancar.

Semoga Aiman cepat sembuh dan anak-anak Nur yang lain tu lebih tabah lagi . Berilah mereka perangsang, agar bersemangat dan terus berjaya dalam pelajaran. Hanya itu sahaja dapat membantu mereka keluar dari rumah itu. Kalau dapat masuk asrama tentu lebih baik, kan..

PUTUBAMBU berkata...

Daniella..

ape citer budak2 tu? kata nak fight kat mahkamah haritu?
kesian kat diorg..

semoga Aiman cepat sembuh ye..!

LotsOfLove-Pearls berkata...

Kak..
Oo..
Kak..

Semoga Kak baik2 saja..

en_me berkata...

sibuklah kanns.. ehehe