Selasa, November 25, 2008
hari ahad lepas, aku berjaya membawa emak balik ke rumah setelah 5 hari di hospital.. selama 5 hari itu, tekanan darah emak asyik turun naik, turun naik.. jadi, aku rasa lebih baik emak di rumah sebab aku rasa lagi lama emak kat hospital, lagi tak tentu arah jadinya tekanan darah emak tu.. emak aku memang penakut sikit.. tak macam aku.. hehe..
bila aku tanya, emak takut ke duduk kat hospital tu?? emak pasti akan jawab, apa nak ditakutkan.. cuma malam2 emak tak dapat nak tidur.. rupa2nya, angah aku cakap, nurse2 kat wad yang emak duduk tu, terlebih ramah.. rajin bercerita kisah2 hantu.. patutlah emak tak dapat tidur.. isshhh... tak patut betul budak2 ni..
semalam, aku dapat panggilan dari hospital.. emak akan masuk wad semula pada 10hb 12 ni.. lepas raya haji.. ok la tu.. aku harap masa tu nanti, apa yang tak settle ni dapat diselesaikan..
4 jejak bertapak:
berjaya bawak mak keluar... Wah mcm g berperang ngan doktor pulak akak nih..
hehe.. dari hari jumaat lagi dah bergelut ngan doktor sebab nak bawak mak keluar..
Mak saya alhamdulillah. Sihat lagi. Dia kuat berjalan la. Asal kita jalan mana-mana, selalunya dia nak ikut. Kita suka bawak dia, tapi tiap kali dia sakit kaki, adik beradik lain semua salahkan kita. Nak buat mcm mana? Dia yg nak ikut.Kalau tak bawak, kesian pulak. Ayah kita dah meninggal. Jadi dia rapat ngan kita sebab yg lain2 sebuk ngan hal msing2. Kita ni, sbb hsband kita tak ada sini. Jadi dpt la luangkan masa layan dia.
nasib kita serupa la.. akak pun dah 26 tahun tak de ayah.. disebabkan akak anak perempuan sulung, so memang paling rapat la ngan mak.. lebih2 lagi lepas adik meninggal.. tapi, setakat ni belum ada kemampuan lagi nak bawak mak jalan jauh2.. niat di hati tu ada cuma belum kesampaian lagi..
Catat Ulasan