Rabu, November 26, 2008
aku sebenarnya tengah bosan giler ni.. selalunya aku chatting ngan lin kat ym tapi ari ni dia cuti la pulak, so aku belek2 la suratkhabar.. belek punya belek, aku terbaca la artikel pasal buat rawatan muka kat rumah.. home made la ni.. aku nak kongsi ngan korang sume yer.. sumber2 ni aku dapat dari berita harian..
untuk menghaluskan kulit muka
~ ambil sebiji tomato dan kisar.. kemudian lumurkan pada muka dan biarkan selama 20 minit.. lepas tu, bilas ngan air suam [aku tak tau naper kena guna air suam]..
~kalau tak nak guna tomato, asam jawa pun boleh gak.. caranya, bancuh asam jawa ngan sedikit air.. pastu, campurkan sedikit tepung ubi [tepung gandum tak digalakkan] dan kacau hingga sebati.. lepas tu, tepekkan kat muka dan biarkan selama 15 minit.. pastu, cuci la..
untuk menegangkan kulit muka
~ ambil sedikit tepung ubi [naper suka pakai tepung ubi 'ek??] dan timun [timun ni kena blender dulu] dan gaulkan bersama sedikit air.. jangan terlalu cair pulak yer.. pastu, cam biasa, tepekkan kat muka.. biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci..
~ kalau tak nak guna cara kat atas, boleh gak guna manjakani tapi ada leceh sikit la.. rebus segenggam manjakani dalam periuk tanah sehingga airnya pekat, pastu kena tunggu air rebusan tu jadi suam2 kuku la.. kalau tengah panas menggelegak tu korang sapu kat muka, aku rasa bukannya tegang jer, terus putih kot.. pastu, korang sapu air rebusan tu kat muka, pastu bila rasa dah kering, cucilah muka..
untuk menghilangkan jerawat
~ campurkan sedikit air asam jawa dengan bedak sejuk.. pastu pakailah bedak sejuk tu macam biasa..
~ ataupun tumbuk sedikit kulit kayu manis dan campurkan dengan bedak sejuk tu.. tapi, ni kena tepek kat kawasan berjerawat sahaja..
~ ataupun, ramaskan daun senduduk sehingga keluar airnya dan campurkan air tu dengan bedak sejuk..
untuk mengelakkan muka cepat berkedut
~ ambil sebatang lobak merah dan parutkan ia.. lepas tu, campurkan lobak yang dah kena parut tu dengan sesudu tepung jagung [akhirnya, ada jugak tepung lain] dan sebijik kuning telur, diulang kuning telur sahaja.. kacau hingga sebati [ceh, macam nak buat kek pulak] dan tepekkan pada muka..
untuk menghilangkan parut pada muka
~ ambil beberapa helai daun senduduk [aku tak tau macamana rupanya daun ni], ramas2kan sehingga keluar air dan gosok2kan daun tu pada muka..
untuk melicinkan muka
~ parutkan tomato ataupun epal [yang cukup masaknya], kemudian gosok perlahan2 kat muka.. biarkan selama 20 minit, pastu cuci..
~ boleh juga gunakan susu segar [ala-ala cleopatra].. ambil susu segar, gosokkan perlahan2 kat muka dan biarkan ianya kering.. pastu bilas ngan air suam..
haa, sekianlah sahaja.. kalau nak dapatkan result yang lebih baik, kena la amalkan selalu.. cara2 ni memang sesuai untuk orang2 yang tak makan sayur macam aku ni..
9 jejak bertapak:
Salam.
Mcm mana nk rwt kulit muka kering?
Saya baru balik holiday. Kulit saya mengelupas. Ei...buruk lak rupa nanti..
hai arryani.. tak de pulak petua untuk kulit kering dalam artikel tu.. tapi, setahu akak, kalau kulit kering ni, kena pakai pelembab.. cuba la pakai olay total effect.. bagus untuk kulit..
salam nurdaniella,
wahhh banyak petua saya dapat kat sini...
:)
thanks!
haha, yg boring tuh yg tak leh tahan tuh.. mesti rindu kat lin kan? haha.. ada petua nak jd lebih tinggi tak kak? haha
thanks anntaj sebab sudi singgah.. lin, memang terasa la kalau lin tak de..
lin, kalau tak silap akak, untuk tinggi, kita kena selalu bergayut tapi proses ni hanya sesuai untuk di bawah umur 18 tahun sahaja.. lepas usia ni, proses pembesaran dah stop, so terima ajer la diri anda seadanya..
betul tu nurdaniella..suruh lin gayut..:P
takpe..sempat lagi, saya pn gayut lagi ni...
salam kak..
akak buat ke sume tuh...hehe
dl azza rajin gak try..tapi skali dua je..pastuh malas..salu beli siap je..tapi yg bahan smulajadi tuh lebih baik kan..
hai azza.. hehe.. akak bukannya rajin sangat buat sume tuh.. saja jer nak berkongsi ngan semua..
Catat Ulasan