Khamis, November 20, 2008

kisah sedih jiranku

aku nak kongsi cerita sedih ni ngan korang2 sume.. jiran aku ni umur dia cuma tua setahun jer dari aku.. nama dia gayah.. 3 minggu yang lepas, suami dia dimasukkan ke hospital kerana ususnya pecah.. berpunca dari pemakanan dia la.. suka sangat makan yang ekstravaganza pedasnya.. patutlah sebelum tu dia selalu kena sakit perut.. lepas kena operate, dia masuk ICU sebab koma sekejap.. bila dah ok, dipindahkan ke wad biasa, kena paru2 berair pulak.. nak memburukkan keadaan lagi, jahitan kena operate tu pulak terbukak.. ntah macamana diorang jahit ntah..

lama jugaklah dia masuk hospital.. isnin lepas baru dibenarkan balik.. selasa pagi, dia pergi cuci luka jahitan tu kat klinik desa.. sampai kat rumah, dia kena strok pulak.. naik ambulan pergi hospital balik.. malam tadi, lepas aku balik tengok mak kat hospital, ada jiran aku bagitau, dia dah meninggal petang semalam.. masa tu aku ada kat hospital.. tapi aku tak tau dia masuk wad mana..

yang lebih menyedihkan aku lagi, gayah ni baru jer 2 bulan bersalin.. anak ke 4.. Allah maha berkuasa.. mungkin ada hikmah di sebalik semua ni.. dan Allah tak akan menguji hambaNya dengan ujian yang tak boleh di tanggung..

4 jejak bertapak:

azlin hashim berkata...

Aduh, tersentap nya rasa dgr berita kematian ni.. dia dah sampai Hukumnya.. giliran kita macam mana pulak kan..

Al-Fatihah untuk arwah.

nurdaniella berkata...

al-fatihah.. sedih bila kenangkan orang2 yang ditinggalkan..

PUTUBAMBU berkata...

nilah yg org tua2 kata ganti..
sorang pergi..sorang datang..

sian ye.. kuat betul dugaan gayah ni..

semoga roh arwah dicucuri rahmat-Nya..

al-fatihah

nurdaniella berkata...

ye la.. lain orang, lain dugaannya..