Khamis, April 02, 2009
akhirnya, terlerai juga kerinduan aku pada rumah ke dua aku ni.. dah seminggu lebih tu tak dapat update blog.. rindu serindu-rindunya.. jadi, sementara aiman tak ada hari ni, aku ambil kesempatan ni untuk bercerita.. banyak yang aku nak cerita..
kisah 1..
aku nak cerita pasal anak sulung aku, faiz.. hari jumaat lepas, dia ada telefon aku.. dah lama betul dia tak telefon aku.. hampir2 3 bulan dah.. bila aku tanya kenapa, dia cakap dia kumpul duit.. dan hasilnya, dia dah berjaya beli handset nokia 1200.. kira ok la tu.. biarpun screen nya tak berwarna, janji kami dapat saling berhubung..
sejak itu, dia selalu sms ataupun call aku.. pagi semalam, 5 minit sebelum pukul 6, dia dah sms.. dia tengah bersarapan.. awal betul dia kena keluar ke sekolah.. pagi tadi pula, jam 5.20 pagi dia sms.. saja nak bagitau dia dah bangun.. kesian dia kan.. cuba nak bermanja dari kejauhan.. masa mula2 dia pakai handset tu, ibu tirinya bising juga.. bukannya bising marahkan dia tapi bising suruh bekas suamiku belikan handset untuk anaknya pulak.. eeiiii, suruh la anak perempuannya kumpul duit sendiri.. mengada2 la pulak..
kisah 2..
aku nak cerita pasal earth hour pada 28 mac ari tu.. kebetulan malam tu, surau kat taman perumahan aku buat sambutan maulidur rasul.. jadi, tak dapat la aku nak dok bergelap, kann.. tapi, sekurang2nya, aku dapat jugak la menjimatkan elektrik.. ye la, kat rumah aku cuma nyalakan satu lampu jer.. tak bukak tv pun.. jimat jugak, kann??
kisah 3..
petang semalam, aku tumpang angah pergi hospital.. nak lawat mak.. kalau ikut perancangan, aku nak lawat mak ari ni sebab suami aku cuti ari ni.. tapi, bila angah cakap yang dia nak pergi lawat mak semalam, terasa macam nak ikut pulak.. syukur, mak masih boleh bertahan.. mak sihat cuma bibir mak kena pecah2.. mungkin sebab kekurangan air.. mak dah tak boleh makan yang pedas2.. tekak mak rasa sakit bila makan pedas..
balik dari hospital, angah hantar aku ke melaka sentral.. aku nak balik saing dengan suami aku.. sementara menunggu suamiku habis bekerja, aku bawak aiman bermain2 kat tempat permainan.. tempat tu kecik jer, cuma ada gelongsor sahaja.. lagipun, ianya dikelilingi oleh gerai2 menjual tudung dan baju2..
waktu itu, jam dah pukul 9.25.. gerai2 kat tempat permainan tu pun dah tutup dah.. aku bawak aiman main kat situ lagi.. entah macam mana, tetiba aiman boleh terjatuh kat tangga tu.. masa tu, dia dah sampai kat atas dah.. sempat lagi dia ketawa dengan aku.. waktu tu, aku berdiri tunggu dia kat ujung gelongsoran tu.. bila melihat dia terjatuh, menggelupur aku berkejar mendapatkan aiman.. dia jatuh terselit kat celah pemegang tangga tu.. mesti sakit pinggang dia.. mungkin masa dia jatuh tu, sebelah tangannya masih memegang besi tu.. aku rasa macam nak menangis bila aiman menangis.. kami sama2 terkejut masa tu.. rasanya kalau di toreh muka aku saat itu, pasti tiada darah yang menitik.. walau darah putih pun.. ngeeeee..
kat tangga ni la aiman tergolek.. walaupun tak tinggi tapi cukup untuk membuatkan lutut aku menggigil..
aku risau kalau2 aiman demam akibat terperanjat.. tapi, syukurlah, aiman juga sekuat aku.. mujurlah pagi ni dia dah ok.. syukur alhamdulillah..
16 jejak bertapak:
anak yg baik...
tak susah kan ibu & bapa..
bagus nye anak kak daniel
Hye kak..
lamanya baru update..
huhu..
Kisah 1:
Wah, hebatnya Faiz. Kan bagus dia sama akak..
mesti dia rindu sangat kat akak..
anak mana yg xrindukan mak dan MAK mana yg xrindukan anak..
Kisah 2:
LOL jimat byk kak coz of LOL off sumer lampu. Very the romantic woooo..
ngeee..
Kisah 3:
Cian Aiman.
mesti terkejut?
Tapi Thank God Aiman xder per2..
Moga Mak pun cepat semakin ok..
Banyak cerita.Tapi, cerita2 yg menarik dan boleh buat kita berasa yg diri kita hidup ditengah2 dunia. Baguslah...Daripada mcm tak wujud langsung, lagi parah kan??
Sekurang-kurang kita berperanan dari setiap penceritaan itu...seronok
Harap kuatkan hati dan sentiasa reda dgn apa yg berlaku...
Love you...
salam...
tersentuh rasanya bila anak akak menambung nak beli n/p... bukan semua budak-budak boleh buat macam tu... dapatlah akak berhubung dengan dia lebih kerap lagi... terasa dekat walau jauh... moga dia menjadi anak yang berguna dan bersabar dengan ujian Allah...
p/s: akak seorang ibu yang baik... percayalah...
Bila kak tie baca kisah anak Nur yang sulong tu, rasa sayu pulak...Sungguh tabah hati Nur...
Kak Tie ada seorang teman, keempat anak2nya diambil oleh bekas suaminya..kembar perempuan dok pahang, yang 2 lagi dok gua musang. Langsung tak dapat berhubung...sedih gak...Dia kini dok dengan first dan 2nd child...kedua2nya lelaki... Dia juga seorang yang tabah...Tapi dia dah pun bercerai dgn second husband dia...jadi ibu tunggal...
Maaflah ya...lari dari topik lak...
salam knurdaniella...lama tak ketemu :). sedih baca kisah 1. Teringat teman erisya citer masa dia djh satu dia bawa adiknya pulang ke trengganu naik bas dari KL....berdua jer...mereka berdua beradik rindukan ibu mereka...maklum lepas kawin baru si ayah tak benarkan ibu mereka dayang ke rumah...malah dengar nama bekas isteri pun alergik!
seharusnya anak2 tidak dihukum oleh kesilapan orang tuanya..:(
acu sayang, syukur sebab dia tak pernah lupa kat akak.. mungkin kerana hidup bersama ibu tiri membuatkan dia dan adik2nya pandai berdikari.. huhu..
LOL, hehe.. akak dah cakap ngan diorang nak ambil mereka tahun depan.. tapi, diorang kalau boleh nak akak ambil mereka secepat mungkin.. syukur aiman tak apa2..
malam earth hour tu, akak ingat nak tutup terus lampu tu sebelum ke surau.. tapi, mak bising pulak.. huhu..
arryani, luv u too.. betul tu.. terasa kita hidup di tengah2 mereka..
naz ilyn, akak pun tak sangka rupanya dalam kesenyapan dia tu, dia menabung.. mujur la duit tu tak disalurkan pada benda2 yang tak berfaedah.. dan akak memang betul2 tak sangka dia dah ada handset.. sebelum ni memang dia ada mintak dengan akak.. akak pun memang ada niat nak belikan dia satu tapi akak belum mampu.. syukur la dia tak kisah..
kak tie, pastinya dia juga merasa seksa seperti yang saya rasa.. moga2 dia akan terus tabah demi anak2..
erisya, akak pelik dengan lelaki2 yang berhati busuk sebegitu.. kenapa perlu dipisahkan anak2 dari ibu mereka?? dulu memang rasa benci sangat dengan bekas suami tapi tak mampu nak melawan sebab takut dia akan bawa anak2 pergi sejauh yang mungkin.. sekarang ni, bila anak2 sendiri dah pandai cari akak, dah kurang rasa benci tu.. letih sebenarnya ada perasaan benci ni.. biarlah dia terjun dengan bini barunya.. hehe..
anak sendiri...sure dia ingat mak yang melahirkan...... hmm... kalau ada peluang....bincanglah dengan ehusband....cuti sekolah kasilah anak-anak tu bercuti dengan mama kandung mereka....kesian chekdee bila teringatkan anak-anak yang terpaksa menumpang kaseh dengan ibu tiri.....kalau ibu tiri ok...takpelah...tapi kalau ibu tiri tak ok tu yang kesian.......
Kak..
kak bincanglah ngn ex-husband akak nak jaga dorang plak..
mesti 'sakit'berjauhan ngn anak2 dan anak2 akak mesti dah rindu sgt ngn akak..
mujur anak2 akak berdikari.
LOL plak yg sedih..
semoga akak terus tabah k..
dan adik tahu kak memang tabah.
kak chekdee, bukannya tak pernah bincang ngan ex husband tu, tapi dia jenis yang tak boleh di bawa berbincang.. masa cuti sekolah ujung tahun lepas, saya call dia cakap nak pinjam anak2 seminggu.. dia boleh cakap kenapa nak pinjam pulak?? serta merta hati rasa sayu sangat.. memang dia dan famili nya cuba sedaya upaya untuk memisahkan saya dan anak2.. tapi syukur anak2 dah pandai berfikir sekarang ni..
LOL, akak dah malas nak bincang ngan ex husband.. sebab tu akak nak upah lawyer terus.. biar gaduh dalam mahkamah jer.. huhu..
akak lebih tahu apa yang terbaik utk akak..
maafkan adik kalau 'busy body' hal akak.
hehe.. emo lebey..
Sorry k..
knurdaniella...biarkan biarkan....hehehe....tapi ada juga bekas isteri yang kejam tak kasi anak jumpa ayahnya....mcm rakan sekerja....semua wang pos yang diebri pada anak dikoyak2...tapi dia masih simpan semua tuh untuk ditunjuk pada anak kelak....
sayang hafiz .. kannns
LOL, akak tak kisah.. tak marah pun.. tiada sekelumit pun rasa marah di hati ni pada LOL..
erisya, macam2 kan ragam manusia ni.. kalau akak la dapat wang pos tu, memang akak ambil jer.. takkan ku koyak2 kan.. $_$..
en_me, bukan hafiz la.. faiz..
Salam anakanda.
Hah baru datang jenguk selepas sekian lama.
Kesian anak, korban keadaan dan sikap kita orang tua/ibu bapa. Bila keadaan ini berlaku di depan mata, uncle sering terfikirkan Kak Long dan Adik. Sekiranya ditakdirkan kami juga terpisah, bagaimana persaan mereka. Cukup sedih bila bayangkan perkara begitu dan uncle tidak rela perkara itu berlaku kepada keluarga kami. Anak-anak yang menjadi mangsa.
Anakanda,
Sekarang berapa umur Faiz? Ok kah dia dengan ibu tirinya? Bagaimana sikap ayahnya terhadap dia? Inilah soalan-soalan yang terbit di minta bila terpaksa tempuh keadaan begitu.
Ibu kandung ayahanda meninggal semasa ayahanda baru nak masuk dua tahun(sebagaimana diberitahu ayah). Semasa umur ayahanda 5 tahun ayah kawin lagi tetapi kerana layanan kurang mesra ibu tiri terhadap ayahanda, ayah ceraikan dia. Umur ayahanda 7 tahun ayah kawin lagi. Kali ini ayahanda bertuah mendapat ibu tiri yang cukup mesra dan penyayang. Ibu tiri yang inilah yang telah melarikan ayahanda dari harimau yang ada ayahanda ceritakan di n3 yang lepas di mana ayahanda cuba menangkap anak harimau yang disangkakan kucing.
salam ayahanda, gumbira rasa hati bila ayahanda datang melawat.. ayahanda, faiz sekarang dah 15 tahun.. akan menghadapi pmr tahun ni.. ibu tirinya seorang yang cengil.. ayahnya pula lebih percayakan cakap isterinya dari anak2.. bila fikirkan tu semua, memang rasa sedih jugak.. kalau boleh, saya tak mau anak2 membesar dengan perasaan2 yang negatif..
Catat Ulasan