Jumaat, April 24, 2009

arwah akak II..

aku nak sambung kisah akak ni.. tapi, sebelum tu, aku rasa ada yang terkeliru.. akak ni merupakan adik aku.. tapi dia bahasakan diri dia akak sejak kecil sebab dia dah terbiasa bila bercakap dengan adik.. ngeee..

selepas 2, 3 bulan menjalani pembedahan di hospital melaka, akak diarahkan untuk ke hospital selayang pulak.. masa tu, badan akak dah susut sedikit.. memang nampak ketara sebab akak ni agak chubby sikit.. antara aku, akak dan juga adik, dia yang paling rendah.. dan dah tentulah aku yang paling tinggi.. hihi.. akukan kakak..

akak jadi susut sebab ketumbuhan tu semakin membengkak.. dan selalunya makanan yang diambil oleh akak akan keluar semula dalam masa tak sampai setengah jam.. kesian kan.. belum sempat makanan tu hadam, dah keluar semula.. bukan akak sengaja tapi, ketumbuhan yang semakin membengkak tu menyebabkan usus akak tersepit.. tu punca kepada semuanya..

bila akak kena duduk kat hospital selayang, emak pun terpaksa la menemankan akak.. mak tak sampai hati nak biarkan akak sorang2 sebab akak makin lemah masa tu.. muka dah semakin cengkung.. mata pun dah agak kekuning2an.. sebab hati dia pun terjejas oleh ketumbuhan tu.. masa kat wad tu, akak diberikan susu yang dimasukkan melalui salur tiub tu.. jadi, akak agak bertenaga sikit.. menurut kata doktor kat hospital selayang, kes akak ni merupakan kes kedua yang mereka terima.. tapi, pesakit pertama, ketumbuhannya maintain jer.. tak membesar dan juga tak mengecut.. rupa2nya, ketumbuhan dalam badan akak tu memang dah ada sejak dia lahir lagi.. menurut doktor tu lagi, ketumbuhan akak tu bersangkut paut dengan urat saraf.. sebab tu, kat badan akak ada banyak tanda.. macam tanda lahir tu tapi tak nampak ketara sangat.. memang ada banyak sampaikan akak tak pernah keluar dengan baju lengan pendek..

kemalangan motor tu yang menyebabkan ketumbuhan tu bertindak balas.. sebab tu dia membengkak.. dan akak pula semakin kurus sebab dia dah tak boleh makan langsung dah.. lepas 2 minggu akak kena tahan kat wad hospital selayang tu, doktor bagi dia cuti seminggu.. mungkin sebab kesiankan akak yang selalu merengek mintak balik.. siapa tak bosan dok kat hospital.. masa akak balik tu, dia dibekalkan susu 2 tin dan diminta untuk menaikkan berat badannya sebanyak 5 kilogram.. sebab doktor rancang nak buat pembedahan dalam masa terdekat..

tapi, macam mana akak nak naikkan berat badan.. ada satu pagi tu, airmata aku berlinangan kat meja makan.. apa taknya, air milo yang akak telan, keluar semula tak sampai 5 saat.. masa tu, aku pandang mak dan mak pandang aku.. kami bertiga menangis dalam senyap.. masa tu, dah nampak perut akak jadi buncit.. macam orang mengandung 3 bulan..

lepas akak cuti seminggu, aku hantar dia balik ke hospital.. dan siapa sangka itulah kali terakhir kami berjumpa.. masa aku nak balik tu, aku sempat berpesan dengan dia agar jangan takut.. insya Allah dia akan selamat.. mulanya, akak enggan untuk buat pembedahan tu.. memang dia takut dia akan pergi.. tapi, aku dengan mak berkeras agar dia mencuba dengan harapan dia akan sembuh.. sekurang2 nya, kita berusaha.. itulah alasan yang aku dengan mak bagi.. dengan doktor juga akak berpesan agar terus buang ketumbuhan tu.. jangan jadi macam dulu.. bedah tapi tak boleh buang..

kalau ikutkan perancangan awal, akak dijadualkan untuk menjalani pembedahan pada 07/10/2003.. sehari selepas birthday aku.. tapi, salah seorang doktor pakar kat situ, mengarahkan untuk mempercepatkan tarikh sebab keadaan akak dah semakin teruk.. makanya, pada 01/10/2003, bersamaan dengan hari rabu, jam 8 pagi, akak di tolak masuk ke bilik pembedahan..

bersambung lagi.. tudung aku dah basah ni..

8 jejak bertapak:

Dearie Pearls berkata...

..waitin for da sambungan kisah..

LOL xsempat nak nangis lagi dah bersambung..
Baru nak mencari-cari tissue..

Nway Kak..
Segala memori bersama 'akak' tu pasti
sesuatu yang amat bernilai.
Keep it..

Kak,
Love ya..

Tanpa Nama berkata...

Memori itu untuk dikenang dan bukan ditangisi.....

Saya kehilangan aruah ayah kat depan mata...Lagi la...tak boleh nk cakap apa...Saya reda dgn pemergiannya.

Dan dalam reramai adik beradik saya, saya yg ada kat sisinya masa dia menghembus nafas terakhir kat hospital tu..

TAPI, saya reda...dan terus reda...

Pada k Nur, harap tabah dan terus tabah..

fazemy berkata...

Salam..setiap insan pasti akan mati. Dan kematian mengingatkan kita pada kehidupankita adlh sementara cuma. Al-fatihah buat arwah akak, adik kak danieela.

Sekurang2nya dia mati cara baik, kematian kita hanya Allah yang tahu.

erisya nor berkata...

salaams knurdaniella...
walau kenangan ini buat kita menangis tapi sekurang2nya rasa lega lepas bercerita tak gitu? Juga boleh dijadikan iktibar bagi keluarga lain yang turut diuji musibah yang sama...

BudAk hijAu berkata...

akak adalah adik akak...?

owh!penin aku.ngeee~

Tanpa Nama berkata...

Sayu rasanya.... tak tahu nak tulis apa....hu hu...

Darling Pya berkata...

adus..baru nk meleleh air mata dh sambung...huhuhu

tp arwah ayah acu pun mengalami mslh yg sama x leh minum apa lg makan bila usus nye membengkak di sebab kan kanser....acu dpt byg kn bagaimana diri arwah akak nie ketika hayat nye...memang terseksa

nurdaniella berkata...

LOL, yang tinggal cumalah memori.. dan yang bernama memori itu, selalunya indah2 belaka..

arryani, akak juga redha dengan pemergiannya.. cuma, terkadang dalam mengenang, tak sedar airmata turut berlinang..

emy, akak bertuah kerana pergi masa muda.. dalam keadaan dirinya tidak ada dosa2 besar..

erisya, betul tu.. rasa lega kerana ada tempat untuk bercerita.. terasa ringan sikit sendu di hati..

budak hijau, ngeeee..

kak tie, huhu..

acu sayang, memang kesian sangat kat akak ni..