Jumaat, April 17, 2009
malam tadi, sedang asyik melayan kerenah aiman, tetiba masuk satu sms.. 'ibu, abang mlas dok dkt sni.. ibu tri n ayah mrh2 abg bila abg ade handset..' apahal pulak ni?? aku balas begini, ' mesti ada sbb naper ayah n ibu tiri mrh.. abg asyik main sms je kot??'.. aku cuba nak korek cerita sebenar.. sejurus kemudian, masuk lagi sms.. 'mne ade.. abg men msj dgn ibu je.. itu pown mrh2..' ishh.. tak boleh jadi ni.. takkan sms dengan aku pun tak boleh.. sedang aku terkial2 nak balas sms tu, telefon berbunyi.. rupanya dia yang telefon.. teresak2 suara dia menangis..
dia : ibu, abang dah tak tahan ar dok sini lagi.. abang nak datang kat ibu la..
aku : eh, abang.. jangan la macam ni.. abang kena la sabar sikit.. memang ibu nak ambik abang tapi bukan macam ni..
dia : abang dah tak tahan la, ibu.. abang tau la ibu tiri benci kat abang.. benci jer dah la.. jangan la asyik nak marah2..
aku : abang kena sabar.. jangan la nangis2 macam ni.. bila ibu tiri tu marah2, abang jangan layan.. buat tak tau jer.. kalau abang lawan, lagi la dia naik giler..
dia : memang ibu tiri tu dah giler.. asyik nak marah2 abang jer..
aku : abang bagitau la kat ayah.. cakap la ibu tiri asyik marah..
dia : ayah pun sama.. dengar jer cakap ibu tiri tu.. tak percaya cakap abang..
aku : heee.. apa la ayah abang ni.. ok la, abang.. nanti habis kredit abang.. dah la, jangan nangis2 lagi.. bila ibu tiri tu marah2, abang buat tak tau jer.. dok jer dalam bilik..
dia : ok la.. abang nak kumpul duit.. nanti abang nak datang kat ibu..
aku : abang sabar la yer.. nanti ibu bincang dengan lawyer tu dulu.. ok ea bang.. babai..
dia : ok.. bye ibu..
lama aku termenung lepas tu.. kalaulah aku ada sayap, memang masa tu jugak aku terbang ke bentong.. dan kalau dah sampai sana nanti, memang aku kibas2 kan sayap aku kat muka ibu tiri dia tu.. biar bercalar-balar.. seperti calar-balarnya hati aku tatkala mendengar rintihan anak aku ni.. apalah salahnya kalau dia beri layanan baik terhadap anak2 aku?? aku yakin, kalau dia sayang kat anak2 aku macam anak2 dia sendiri, pasti anak2 aku akan ingat pada dia bila mereka semua dah bekerja nanti.. dia jugak akan senang nanti, kann..
dan, malam tadi tidur aku tak selena malam2 semalam.. lebih2 lagi selepas aiman mengigau menyanyikan lagu wonderpets.. terkejut aku.. tetiba jer dia nyanyi, 'apa yang penting?? kerjasama.. wonderpet, wonderpet, kami datang'.. nak gelak pun ada jugak.. aiman, aiman.. aku lihat jam baru pukul 1.48 pagi.. huhu.. terkebil2 mata aku..
p/s: 'dia' adalah anak sulungku.. faiz..
16 jejak bertapak:
Salam anakanda.
Perkara beginilah yang membuatkan uncle berfikir 57 kali. Inilah nasib anak-anak bila ibu dan ayah terpisah.
Kita tahu itu adalah takdir. Takdir juga bersebab kan?
Ambil jerlah anak tu tinggal dengan anakanada. Susah senang pun kalau dengan didikan ibu sendiri memang berlainan. Kesian!
Adoi Nur... Kak tie yang baca ni terasa resah. Macam mana pula bahu yang memikulnya.
Nur bincang dengan ex tu. Tanya kat dia, kalau dia tak suka jaga abang tu, eloklah bagi kat Nur jaga.
Nur buatlah sembahyang hajat. Biar ex tu lembut hati dah mudah dibawa berbincang. Kak tie memang tak pandai nak nasihat ni..
salam. kali pertama mjejaki blog ini. pedih ati mmbaca citer aiman. anak2 sya pn bakal beribu tiri. tapi alhamdulillah, sbb ank2 sy semua berada di bwh jagaan sy. bsabar lah.
Sedihnya... sabar dan tawakkal yer.. mintak dengan Allah supaya diberikan jalan penyelesaian...
Berapa usia anak nurdaniella??.. Anak lelaki mula remaja ketika berumur 12 tahun...hingga 18 tahun.....
Masa itu..banyak hormon sexsekunder dirembeskan..untuk menukar bentuk badan seorang kanak-kanak menjadi lelaki dewasa.....
Semasa proses ini...kehadiran hormon yang berlebihan dalam badan anak-anak...menyebabkan anak akan merasai tekanan perasaan keatas masalah-masalah biasa ....semua suara leteran akan menjadi besar dan mengganggu emosi dia..... Anak juga memerlukan lebih kasih sayang dari orang yang diharapkan...... dan anak akan melengkapkan diri dalam kumpulan rakan sebaya...(ini adalah sangat merbahaya jika tersalah pilih kawan)...
Nurdaniellah perlu memberi banyak perhatian kepada permasalahan ini ...jangan menganggap masalah luahan perasan yang remeh.... tetapi sebenarnyer bagi bagi seorang anak...ini adalah tekanan perasaan yang hebat.....
Nurdaniellah perlu berbincang dengan xsuami...bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan ini.
Benda ni kena bawak bincang . Kena kuatkan hati, berdepan dgn semua org termasuk X dan yang TIRI tu.
Saya rasa mesti ada sbb kenapa perkara ini terjadi. Kena cari jalan penyelesaian dan bukan tuduh sape salah dan sape betul.
Memang ni satu dugaan yang teramat kuat bila melibatkan insan yang paling kita sayang(anak).
Yang penting jangan lari darinya. Tapi berdepan agar ia segera selesai..
Saya doakan semoga akak segera dapat mengatasi kemelut ini.
Ingat, ini hanyalah ujian, bukan masaalah...
Untuk anaknya......salam sayang dari saya. Kalau tak ada tempat nak mengadu lagi, atau ibunya(awak) sibuk, Auntie sedia menjadi tempat mengadu nasib. Saya juga ada anak lelaki seperti kamu...
Love you...
johari, 'dia' dan aiman adalah dua individu yang berbeza.. huhu..
ayahanda, saya nak kukuhkan ekonomi dulu sebelum ambil anak2.. biar mereka selesa hidup dengan saya..
kak tie, dah pernah bincang dengan ex tu.. tapi, susahla sebab dia rasa dia jer yang betul..
ana afifah hakim, terima kasih sebab sudi jenguk.. bersyukurlah sebab dapat anak2.. huhu..
nazz, terima kasih.. memang Dia satu2nya tempat mengadu..
kak chekdee, anak sulung saya tu dah 15 tahun.. tahun ni pmr.. saya risau kalau2 perkara ni akan menjejaskan pelajarannya.. saya dah janji akan ambil mereka hujung tahun ni..
arryani, akak pun kalau boleh memang nak semua ni selesai secara perbincangan.. kalau boleh, nak bertentang mata dengan semua pihak.. tapi, rasanya hanya mahkamah aje yang boleh selesaikan hal ni.. harap sangat benda ni boleh selesai secepat yang mungkin..
aiman nak ayah baru tewww.. ahehe
sedih nye acu baca rintihan faiz...
semoga kak daniel dpt selesai kan urusan faiz tu cepat...acu doa kan semua nye berjalan lancar ye kak..
sian faiz
knurdaniella....sedih! erisya doa agar knurdaniella segera diberi kekuatan dan kemampuan untuk amik abang ...
Hi Nurdaniella, you really have an impressive blog page. Its beautiful. Outstanding!
Love the colors, tall buildings, beautiful.
Lee.
en_me, hehe.. aiman itu memang dengan ayah baru gitewww..
acu sayang, harap2 macam tu la.. nak cepat2 ambil semuanya..
erisya, moga dipermudahkan segalanya.. dari segi emosi dan fizikal..
uncle lee, thanks a lot.. hehe.. i just want something that 'cool'.. sejuk mata memandang..
Pastinya yang baik akan mendapat pulangannya..
semoga anak2 kak akan dapat bermanja ngn mama dorang.
Cian dorang kan kak..
Napa ar ada ibu tiri cam tue..
semoga dipermudahkan segala urusan..
LOL, harap2 kami dapat berkumpul semula seperti keluarga yang normal.. huhu..
Akak ambikla dia balik kak. Jaga sendiri. kesian dibiarkan bdk tu. kasih syg mak sendiri tak sama. tak sekasih kasih ayah. bkn dia yg melahirkan.
emy, akak tengah berusaha nak ambil semula ketiga2 mereka.. huhu..
Catat Ulasan