Selasa, April 28, 2009

arwah akak III..

pagi rabu itu, aku bersama2 angah, along dan adik bertolak dari melaka kira2 jam 8 lebih.. mak memang dah ada kat hospital selayang..

kami sampai di hospital selayang kira2 jam 10 lebih.. mak dah sedia menanti kat koridor hospital.. akak dah ditolak masuk ke bilik bedah dari jam 8 pagi lagi.. tak sempat la kami semua nak jumpa dia sebelum di tolak masuk tu.. jam 11 lebih, akak mula di bedah.. tengaharinya, kami semua pergi ke rumah abang sepupu yang terletak berhampiran situ.. tumpang solat dan tumpang makan.. selesai semuanya, kami bergegas semula ke hospital..

gelisahnya waktu itu, hanya Tuhan aja yang tahu.. tiada doktor yang memberi khabar tentang perkembangan pembedahan tu.. sehinggalah jam 7 lebih.. seorang doktor melayu keluar dan memberitahu kami yang akak sedang mengalami pendarahan yang agak teruk.. keadaannya kritikal.. doktor kata harapan akak untuk selamat cuma 50-50.. waktu itu, masing2 cuba menahan airmata dari jatuh.. kami cuba untuk tidak menangis di depan mak.. tidak mau menambah kesedihan di hati mak.. tapi, airmata mak yang memang sentiasa di mata dari tadi, mengalir selaju2nya..

menurut doktor, ketumbuhan tu telah melitupi saluran dari hati ke hempedu.. mengikut perancangan awal mereka, saluran tu akan dipotong dan digantikan dengan saluran gantian buat sementara waktu.. malangnya, saluran gantian tu tak dapat disambungkan ke saluran asal kerana saluran asal tu dah jadi rapuh.. tak dapat dijahit.. kerana itu, akak mengalami pendarahan.. ketumbuhan tu bukan hanya dok menumpang sahaja.. ianya juga memakan organ2 sekitarnya..

suasana selepas itu hanya dilitupi dengan kesedihan.. bila kakak2 ipar ku menelefon along dan angah, aku yang kena jadi jurucakap.. along dan angah dah tak boleh nak berkata2 lagi.. aku?? mungkin sebab aku nampak lebih tenang dari yang lain.. dalam hati, Tuhan aja yang tau.. kira2 jam 11 malam, seorang doktor cina pula keluar.. dia membawa bersamanya ketumbuhan yang ada dalam perut akak tu.. beratnya kira2 3.3 kilogram.. huh, macam berat anak sulung aku masa lahir.. maknanya, pembedahan dah selesai.. setengah jam selepas itu, seorang doktor benggali pula keluar.. dia terangkan apa yang terjadi pada akak.. dan dia menyuruh kami banyakkan berdoa agar akak selamat.. dia juga tidak mau kami menaruh harapan yang tinggi.. sama seperti doktor melayu tadi, harapan untuk akak selamat cuma 50-50..

kami dapat berjumpa dengan akak kira2 jam 1 pagi.. akak dimasukkan ke wad icu.. keadaannya masa tu macam orang sedang tidur.. dengan keadaan matanya sedikit terbuka.. memang dia tidur macam tu.. waktu kami sampai, aku lihat airmatanya meleleh.. maknanya, dia dapat dengar kehadiran kami.. aku ambil tempat di sebelahnya.. mak suruh aku ajar akak mengucap.. selain itu, aku turut membacakan ayat2 kursi.. seandainya akak sedang bertarung dengan maut, janganlah ada syaitan yang berjaya menghasut akak.. selepas kira2 sejam lebih kami menemani akak, doktor menyarankan kami pulang dahulu.. keadaan akak masa tu juga agak stabil.. kami pulang menumpang tidur di rumah abang sepupu tu lagi.. kira2 jam 4 pagi, kami menerima panggilan dari pihak hospital.. keadaan akak kritikal.. kelam kabut kami semua bergegas ke hospital semula..

aku bacakan lagi ayat2 kursi di telinga akak.. dan yang lain2 membacakan surah yaasin.. sambil itu, aku beri akak kata2 semangat agar dia berjuang untuk hidup.. jam 8 pagi, akak kembali tenang.. mungkin dia tak mau kami semua tinggalkan dia.. tapi, doktor menyuruh kami pulang dahulu.. dan kami memang kena pulang sebab semuanya tak mandi lagi.. selepas bersarapan di hospital, kami pulang ke rumah abang sepupu semula.. segan juga kerana menyusahkan mereka sekeluarga.. mujur mereka tak kisah..

kami bergerak ke hospital semula pada jam 2 petang.. sewaktu sedang menemani akak, tiba2 akak kritikal.. doktor segera memberikan bantuan dengan kejutan elektrik.. masa tu, kira2 pukul 3 lebih.. keadaan kembali tenang.. jam 4.13, akak kritikal semula.. dan mak merelakan akak pergi.. mak tak bagi doktor buat kejutan elektrik tu lagi.. mungkin mak tak sampai hati tengok akak tersiksa macam tu.. tepat jam 4.15 petang, akak menghembuskan nafasnya yang terakhir.. aku tengok mak sedaya upaya menahan airmatanya dari gugur lagi.. tapi, mata semua orang dah bengkak2 dah..

kami meminta jasa baik pihak hospital untuk memandi dan mengkafankan akak.. aku dan adik menolong memandikan akak.. dari celah2 jahitan di perut akak masih ada lagi darah yang mengalir.. perasaan aku waktu tu, bercampur baur.. antara sedih dan kasihan.. kasihan tengok akak yang dah kurus sangat.. rambutnya dah dipotong pendek.. konon2nya untuk memudahkan dia selepas pembedahan nanti.. tak perlu susah2 nak sikat dan ikat.. dan aku yang membawanya ke kedai gunting seminggu yang lalu.. siapa sangka, pelukannya minggu lepas adalah pelukan terakhir darinya.. masih terngiang2 lagi di telinga aku.. 'akak takut la, lang.. alang doakan akak selamat, yer..' tapi, sekurang2nya akak pergi tanpa membawa sekali ketumbuhannya itu.. memang itu yang dipesan dengan doktor benggali tu.. walau macam manapun, doktor mesti potong benda tu..

malam itu, jam 9 lebih, aku dan along menaiki van jenazah balik ke melaka.. mujur ada pak ngah di kampung.. dia yang menguruskan tentang penggalian kubur.. kami tiba di rumah kira2 jam 11 lebih.. suasana di rumah waktu itu seperti ada keramaian.. ramai sungguh jiran2 yang menanti kepulangan akak.. rata2 mereka semuanya tak percaya yang akak dah pergi.. jenazah akak di angkat masuk ke rumah seketika.. sekadar singgah untuk memberi peluang kepada sesiapa yang ingin menatapnya buat kali terakhir.. dan akak dikebumikan malam itu juga.. segala urusan selesai kira2 jam 12 tengah malam..

11 jejak bertapak:

Darling Pya berkata...

Al-Fatihah utk arwah akak
semoga roh nye tenang di sana & di letak kan bersama golongan org yg beriman..Amin..

Tanpa Nama berkata...

Alfatehah........sedih gak !

Lee berkata...

Hi Nurdaniella, sorry to read about mak.
You keep well, Lee.

Dearie Pearls berkata...

Speechless..

Dearie Pearls berkata...

:(

Tanpa Nama berkata...

Pegang tangan kami semua. Jangan terjerumus dalam lembah kesedihan itu...

Darling Pya berkata...

anda di tag..sila lawat laman web acu menjawab soalan nye ye

Dearie Pearls berkata...

Dear Friend..

"Friendship Award..
The Best Blogger.."

Anda Dianugerahkan..
Sila ke Mahligai saya..
Ngeeee..

Unknown berkata...

Salam anakanda.

Alfatihah, semoga roh kakak anakanda dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan solihah.

Redhokanlah, setiap yang hidup akan ada ajalnya, tinggal lagi siapa dahulu dan siapa kemudian.

chekdenoor berkata...

alfatihah untuk arwah akak.....

Nur....latar belakang blog nur ni cantek sangat ....cammana nak dapat background yg cantek seperti ini ya

nurdaniella berkata...

acu, terima kasih..

kak tie, huhu..

hai uncle lee.. this story is about my sister..

LOL, huhu.. ;(..

arryani, terima kasih dik..

acu sayang, ok.. menurut perintah..

LOL, terima kasih daun keladi dik..

ayahanda, ajal maut di tangan Tuhan.. masa mula2 dulu, macam tak percaya jer dia dah tak de..

kak chekdee, terima kasih kak.. kalau akak nak background cantik2, masuk jer kat http://pyzam.com..