Khamis, Mac 26, 2009
pagi ahad lalu, bangun jer dari tidur, terasa dadaku agak sakit.. terasa seperti mencengkam2 dari dalam.. tapi, aku masih boleh bertahan kerana rasa sakit itu datang sekali sekala.. tapi, bila bangun pada pagi isnin, rasa sakit itu semakin teruk.. setiap pergerakan yang aku lakukan, pasti akan menimbulkan rasa sakit di dada.. sampaikan nak gosok gigi pun terasa mencengkam dada..
pergerakan menjadi sedikit perlahan kerana nak mengawal rasa sakit.. berjalan pun dah terasa macam wanita melayu terakhir.. penuh kesopanan.. ye la, bila terhentak sikit pun dah menangkap sakit di dada.. huhu.. seksanya rasa..
lepas waktu makan, aku nekad pergi ke klinik kerajaan yang berhampiran kat ofis aku ni.. pucat sekejap muka aku, bila doktor mengarahkan aku buat pemeriksaan ECG.. doktor pulak menunjukkan reaksi yang agak mencemaskan bila aku kata dada aku sakit.. aku pernah tengok aiman kena buat ECG ni.. sekarang giliran aku pulak.. tapi, syukurlah hasil pemeriksaan ECG tu, dada aku ok jer.. doktor bagi aku ubat buang angin.. dan syukur sekali lagi, aku dah sihat.. mungkin jugaklah dada aku tu masuk angin..
malamnya, badan aiman pulak agak panas.. menyusu pun sikit jer.. bila aku suruh dia habiskan susunya, dia jawab, demam.. hehe.. dah pandai dah anak aku ni.. dia kena selsema dan juga batuk.. mujur esoknya, aiman kena buat check-up kat klinik desa.. jadi, dapatlah mintak ubat untuk batuk dan selsema.. tapi, aiman ni susah benar nak bagi makan ubat.. kalau paksa dia minum, pasti dia akan keluarkan semula ubat tu.. every single drop.. cewah, speaking pulak.. cuma sekali jer ubat tu berjaya sampai ke perutnya.. itupun sebab aku bagi masa dia tengah tidur.. hehe.. hidung dia kan tersumbat.. jadi, dia tidur dengan mulut yang terbuka.. aku tuanglah ubat tu sikit2.. berjaya jugak la aku..
Selasa, Mac 24, 2009
sejak mak masuk hospital ni, hidup aku jadi sedikit kelam kabut.. kelam kabut sebab terpaksa berkejar ke melaka sentral selepas waktu kerja.. untuk apa?? sebab nak ambil aiman yamg mengikut ayahnya bekerja.. sementara suamiku bekerja shift petang ni, dapatlah aiman mengikut ayahnya.. suamiku kan bekerja sebagai time keeper di syarikat bas tuah.. jadi, tidaklah terlalu terikat dengan kerja yang padat.. aiman seronok di situ.. ada konduktor2 dan driver2 yang rajin melayan keletahnya..
kalau dia mengikut aku ke pejabatku, yang boleh dibuat main cumalah komputer ni.. berapa lama la dia boleh hadap pc ni.. tak sampai sejam, dia pun bosan.. aku pun kesian jugak kalau dia ikut aku.. tak ada apa yang boleh menghiburkan dia kat sini.. bos aku pun bukanlah seorang yang sporting.. terkadang aku rasa macam nak hantar surat resign jer.. tapi, bila fikirkan pasal hutang yang perlu aku langsaikan, niat tu terpaksa di tarik balik biarpun sebenarnya surat tu dah siap dah pun..
emak kat hospital pun aku tak pergi jenguk semalam.. bukannya apa, kalau aku pergi dari melaka sentral, aku terpaksa melintas jalan yang sibuk untuk ke hospital tu.. kalau aku seorang diri, aku boleh lari jer.. tapi, kalau dah dokong aiman, nak lari macam mana.. ada pulak yang tergolek kat tengah jalan tu.. ngeee.. jadi, aku rasa, bila suamiku kerja shift pagi dan bila aiman ada denganku sekali, barulah aku pergi jenguk mak setiap hari selepas waktu kerja.. sebab, dari tempat kerja aku ni, ada sebuah bas yang akan melalui hospital dalam route dia nak ke melaka sentral.. jadi, mudahlah bagi aku nak ke hospital tanpa perlu melintas jalan..
Khamis, Mac 19, 2009
balik dari kerja petang semalam, aku terus pergi hospital.. tengok mak yang dah masuk wad petang selasa lepas.. ingatkan mak dah start buat radioterapi, rupanya semalam mak cuma kena buat topeng.. mungkin untuk melindungi muka mak masa sesi radioterapi tu nanti.. tetiba teringatkan cerita the mask pulak.. hehe..
bila mak dah masuk hospital ni, terpaksa la aku bawak aiman pergi ofis.. nasib baik hari ni ayahnya bercuti.. dapatlah aku update blog ni.. kalau aiman ada, berebut2 nak guna pc ni.. sibuk aku nak menaip, dia pun sama sibuk tekan keyboard ni.. hii, geram sungguh.. mujur jugak dia dah faham cakap aku.. bila aku cakap, jangan kacau ibu nak buat kerja, dia akan buat benda lain.. dari rumah lagi aku dah pesan dengan dia, kalau atuk ada, adik jangan main komputer tau.. hehe.. 'atuk' tu adalah boss aku.. ngee..
bukannya apa, boss aku tu buta IT sikit.. ada sekali tu, aku biarkan aiman tekan2 keyboard sebab aku dah bukakan dia microsoft word tu.. bukannya ada effect apa pun, kann.. boss aku cakap, awak biarkan je anak awak tu main komputer?? heh.. takut sangat komputernya rosak..
aku selalu jugak bawak aiman gi ofis aku ni.. bukannya suka2 tapi dah terpaksa.. selalunya aku bawak dia bila mak kena pergi hospital.. dulu masa ada kereta, tak terasa susah sangat.. tapi sekarang ni, bila kena naik bas, rasa kesian kat aiman.. nak2 sekarang ni, langit selalu menangis.. huhu..
hari ni aku tak pergi tengok mak.. letih la rasa badan aku ni.. sakit2 badan tau kalau dah terhentak2 naik bas tu.. lagipun aku sorang2 jer.. kalau aiman ada, boleh la aku pergi tengok mak.. aku rasa mak pun lagi suka kalau aiman ada.. mak bukannya nak tengok aku.. ngee..
Selasa, Mac 17, 2009
aku dapat award ni dari kak yong.. walaupun baru jer kenal dengan kak yong ni, tapi dia sudi bagi aku award.. tak sangka, kan.. kami sebaya tapi disebabkan dia lambat kahwin, anak2 masih kecil lagi.. mesti tengah pening layan kerenah anak2 kan, kak yong.. hehe.. tak pe, susah2 dahulu, senang2 kemudian.. nanti bila diorang semua dah besar2, senang kita.. insya Allah..
ok, ini awardnya tapi, ada syarat2 nya pulak..
The rules;
* Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"
* Link to the nominees on your blog spot
* Comment on their blog that you have nominated them
* Share the love and link to the person who nominated you
So now, I'll pass the award to...
~ arryani - sekarang ni tengah cuti2 malaysia dengan hubby dan anak2.. hubby dia dapat cuti 10 hari.. nanti dah nak balik arab saudi..
~ kak tie - mesti tengah sibuk layan kerenah anak2 di musim cuti sekolah ni..
~ kak chekdee - tengah sibuk dengan pusat tuisyennya..
~ LOL - my sister in blogging world..
~ naz ilyn - seorang lagi ibu yang sibuk melayan kerenah anak2.. layan main game lagi..
~ fazemy - dia kata sibuk dengan kerjanya yang bertimbun2 tu..
~ acu sayang - seorang yang dianugerahkan nikmat hidup yang paling berharga.. dapat makan macam2.. jeles tu..
~ azlin hashim - orang yang mula2 aku kenal kat dunia blog ni.. dah lama tak dengar khabar..
~ azza irah - dia ni tengah bercuti jugak.. kat tanah merah..
~ putubambu - harap2 tak mengganggu kandungannya..
ok, dah cukup 10 orang mangsa.. nak letak erisya tapi kak yong dah letak nama dia dulu.. kalau ada yang tak tersenarai, jangan kecik ati yer.. kalau sudi, ambil la.. aiman tak kisah..
Sabtu, Mac 14, 2009
aku baru balik dari kanada.. hehe.. baru balik dari blog uncle lee yang dok kat toronto, kanada tu, la.. dia cerita pasal zaman muda2 dulu.. tetiba teringat kat arwah ayah la pulak..
arwah ayah yang aku ingat, seorang yang tegas pada anak2.. lebih2 lagi pada 2 orang abang aku.. dan, aku anak manja ayah.. mungkin sebab aku anak perempuan sulung dan jarak aku dengan arwah adik aku sejauh 7 tahun.. aku dapat adik masa dah darjah satu.. sebab tu ayah sayang aku lebih.. menurut emak, ayah panggil aku 'darling'.. kalau umur ayah panjang, mungkin panggilan tu kekal sampai aku besar, kann.. macam darling ngasri tu.. huhu..
ayah selalu semak buku2 sekolah aku dan abang2.. aku masih ingat lagi, ayah tegur ejaan 'cupboard' aku salah.. padahal masa tu, cikgu dah check dah.. ayah tuliskan ejaan yang betul kat sebelah tulisan aku tu.. bila buku tu dihantar untuk kerjarumah yang berikutnya, cikgu aku perasankan tulisan ayah tu.. cikgu aku puji keprihatinan ayah..
ayah aku juga seorang yang mengikuti perkembangan semasa.. kalau tengok gambar2 nya, ada fesyen rambut beatles, ada fesyen rambut elvis presley.. lagu2 beatles menjadi halwa telinga masa aku kecil2.. sampaikan abang2 aku pun hantu beatles..
ayah meninggal dunia masa aku darjah empat.. ayah kena serangan jantung.. masa tu emak baru 3 hari melahirkan adik bungsuku.. waktu itu baru jam 8.30 pagi.. aku pun belum bangun lagi.. tetiba dengar macam bunyi orang jatuh.. bila aku bangun, aku nampak ayah dah terlentang kat sebelah meja makan.. ayah dah tak sedar bila kami panggil ayah..
malam sebelum ayah meninggal, ayah sempat beri nama pada adik.. peliknya, kami adik beradik semuanya bermula dengan 'noor az' tapi adik aku lain sikit.. namanya 'noor as'.. dan mak ada cerita dengan aku, bila adik lahir, ayah cakap yang dia dah menang.. sebab anak emak cuma 2 orang tapi anak ayah dah ada 3 orang.. saat ini, aku rindukan ayah..
Khamis, Mac 12, 2009
aku tau aku belum mampu untuk memiliki kereta.. tapi, tak salah kan kalau mempunyai impian.. manalah tau, impian kan jadi kenyataan..
sekarang ni, minat aku dah beralih pada grand livina.. dan semestinya warna putih jadi pilihan.. kenapa aku minat putih?? sebab, malaysia ni kan cuacanya panas, warna putih tu sejuk mata memandang walaupun di kala matahari mengambang.. tapi, puas aku carik gambar livina putih, tak ketemu pulak.. jadi, aku tepek je la apa yang ada..
Rabu, Mac 11, 2009
aku memang minat dengan cerita misteri ni.. dari episod yang dulu2 lagi aku dah minat.. yang ala2 seram macam ni, boleh la mak aku lepaskan.. kalau cerita keliwon dan yang sewaktu dengannya tu, jangan harap dapat tengok.. tapi, aku tak kisah.. aku pun tak minat nak tengok.. bukannya apa, dah tentu la tengah2 malam nanti kena bangun kalau aiman mintak susu.. kalau dah tengok cerita2 macam tu, mesti teringat2 kann..
tapi, rumah aku tu memang ada 'sesuatu'.. bapak saudara bekas suamiku dulu, ada membela 'benda2' ni.. masa mula2 aku berpisah dengan suamiku dulu, dia memang ada menghantar benda tu.. tapi, bukan aku yang terkena.. mungkin dinding diri aku ni kuat sikit, kot.. tapi, mak pulak yang dapat.. kesian jugak kat mak.. mak bukannya sakit tapi, telinga mak di'pekak'kan.. puaslah mak pergi berubat.. dan, alhamdulillah, berjaya juga pulih.. biasalah, kalau dah sakit kena cara halus ni, kenalah berubat dengan yang pakar pasal benda halus ni.. bomoh tu menggunakan 3 biji telur untuk meng'alin'kan telinga mak.. dan bila telur tu dipecahkan, ada yang berisi tanah kubur.. ada yang berisi paku berkarat.. dan ada yang berisi kain putih yang dah tak putih lagi..
sekarang ni, mak dah sihat dari benda2 macam tu.. tapi, benda tu masih lagi mengganggu mak.. mak selalu berdoa agar tidak ditunjukkan benda tu pada dia.. jadi, benda tu cuma ganggu mak dengan bunyi2an aje la.. bila mak mengaji atau baca yaasin, benda tu akan mula mengetuk2 tingkap kaca bilik mak.. kebetulan, bilik mak paling depan sekali.. jadi, benda tu cuma dok kat situ je la.. tak de pulak dia masuk bilik aku.. tapi, sejak mak amalkan ayat kursi wakaf 9 yang aku dapat dari ayahanda mountdweller, benda tu dah senyap.. syukur alhamdulillah..
dulu, masa aiman baru berusia 3,4 bulan, dia selalu menangis waktu maghrib.. masa tu aku bekerja di pasaraya, jadi selalu balik pukul 10 lebih.. jarang2 dapat balik awal.. kesian kat mak, kena handlekan aiman seorang diri.. mujur jugak tak lama lepas tu, suamiku dapat bekerja mengikut waktu pejabat.. dapatlah dia temankan mak..
pada 4,5 bulan yang lepas, masa tu aku balik rumah betul2 waktu maghrib.. lepas waktu kerja, aku dan suamiku terus pergi shopping untuk beli susu aiman.. sampai kat rumah, aku sangkakan mak ada dalam bilik sebab masa kereta aku berhenti depan rumah, aku nampak cermin nako bilik mak tu macam digerakkan.. bilik mak memang gelap masa tu tapi, memang cermin tu digerakkan seolah2 ada yang meninjau.. sebab aku nampak imbasan lampu jalan pada cermin tu..
bila aku dah masuk ke dalam rumah, aku masuk bilik mak.. berdiri bulu roma aku bila bilik mak kosong.. rupanya mak dah pergi ke surau.. so, siapa yang tinjau aku balik tadi?? aku tak ceritakan pun pasal ni pada mak.. kalaulah mak tau..
Sabtu, Mac 07, 2009
Khamis, Mac 05, 2009
aku dapat award ni dari kak chekdenoor.. rasanya macam aku belum layak lagi jer dapat award ni.. tapi, terima kasih pada kak chekdee sebab sekurang2nya ini mengingatkan aku tentang tugas aku sebagai ibu.. di samping award, ada juga tag yang perlu aku jawab..
~ aku ada 4 orang anak.. 3 dari perkahwinan pertama dulu dan seorang dari perkongsian hidup dengan suami sekarang.. oleh kerana yang ke 4 ni, aku dapat masa usiaku dah matang sikit, jadi kuranglah menerima layanan buruk dariku.. yang paling teruk sekali aku layan, rasanya si abang.. anak sulungku.. dia memang selalu kena pukul dengan aku.. bukan sebab aku tak sayang kat dia.. tapi, mungkin sebab dia anak sulung dan pengalaman pertama buat aku, jadi aku tak pandai nak kawal sifat marah tu lagi.. aku menyesal sebab jadikan dia tempat melepaskan geram.. geram pada dia dan juga adik2nya.. abang, maafkan ibu yer..
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.
~ ini yang paling payah nak jawab ni.. 7 perkara yang aku suka tentang anak2 ku.. atau yang aku suka buat bersama mereka.. atau perkara2 yang anak2 ku suka tentang aku.. kak chekdee, anak2 saya tidak membesar depan mata saya.. cuma aiman jer.. camana nak jawab?? tapi, saya cuba, ok..
1. faiz, yang sulung, sentiasa cuba untuk datang berjumpa aku setiap kali mereka pulang ke kampung.. walaupun di tegah dan di marah oleh ayahnya, dia pasti tetap akan datang.. biarpun cuma sekejap.. dan pastinya, selepas dia datang, pastinya adik2 dia pula akan menyusul.. dan, aku tengok dia juga sayang pada aiman.. biarpun aiman cuma adik tiri sahaja..
2. farahin, satu2nya anak perempuanku.. tiap kali berjumpa, pasti mengadu tentang penderaan yang diterima dari ibu tirinya.. selalunya, setiap perbualan antara kami disulami dengan air mata.. dia sering merengek agar aku mengambil mereka.. bukannya aku tak mau tapi, biarlah aku ambil mereka melalui mahkamah.. pasti aku akan tuntut hak penjagaan atas mereka, satu hari nanti.. bila ekonomiku semakin kukuh.. upah untuk peguam bukannya sikit..
3. faris, anak ke 3 ku ini agak berat mulut.. paling takut dengan ayahnya.. kalau dah di pesan supaya jangan jumpa dengan aku, pasti dia akan lari kalau aku panggil.. takut benar kena marah dengan ayahnya.. sebenarnya, bekas emak mertuaku duduk di taman perumahan yang sama dengan aku.. rumahnya pun tak jauh dari rumah emakku.. kalau diintai dari kaca tingkap rumah emak, pasti nampak rumah ex MIL tu.. teringat pagi raya pertama selepas aku berpisah dengan ayah mereka.. aku menangis di sebalik tingkap melihat mereka memakai baju sedondon..
4. aiman, anak yang paling kecil buat masa ni.. memang manja dengan aku.. aku cukup suka dengar dia ketawa.. biarpun aku tak tau apa yang diketawakannya, tapi pasti aku akan turut tertawa dengan ketawanya.. aiman memang manja dengan aku.. semalam, sakit pinggang aku mendukungnya sebab dia tak nak dengan ayahnya.. dengan aiman ni, aku tak dapat nak marah lebih2 sebab dia ada back up yang kuat- neneknya..
5. saat ini, aku memang amat rindukan anak2 pertamaku.. dah hampir 3 bulan aku tak dengar sebarang khabar berita dari mereka.. si faiz dan faris akan menghadapi peperiksaan tahun ni.. aku doakan mereka akan berjaya dalam pmr dan upsr.. insya Allah, aku akan bukak kes untuk tuntut mereka pada tahun depan.. aku tak nak tumpuan mereka pada pelajaran akan terganggu tahun ni..
3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.
~ aku nak pass tag ni pada ibu2 muda.. mereka adalah;
1. arryani [dia sekarang ni membesarkan anak2 seorang diri sebab suaminya nun jauh di arab saudi]
2. naz ilyn [seorang ibu yang terpaksa mengawal anak2 dan juga penyakitnya]
3. erisya nor [biarpun anaknya cuma seorang jer, namun dia tetap seorang ibu]
4. kak yong [dia sedang melalui saat2 sukar seorang ibu.. anak2 nya masih kecil lagi..]
5. putubambu [dia ni pulak tengah sarat.. anak ke 4..]
buat kak chekdee, moga puashati yer.. tapi, cerita saya ni sedih sikit, kann..
Selasa, Mac 03, 2009
esok, bersamaan dengan 04/03/2009, aku akan bercuti.. nak pergi mana?? hehe.. aku belum mampu lagi nak pergi bercuti ke tempat2 peranginan.. waima dalam malaysia ni pun..
sebenarnya, aku nak bawak aiman check up kat hospital melaka jer.. huhu.. cuma check up biasa.. kalau dulu, kena check setiap 3 bulan sekali tapi sekarang ni, dah jadi 6 bulan sekali.. mungkin sebab aiman pun dah besar sikit.. pagi ni kat melaka hujan.. aku harap pagi besok, cuaca ok la.. leceh kan nak naik bas hujan2.. kalau aku sorang2, tak kisah la..
bila jadi benda2 macam ni, rasa sakit hati pada adik bertambah2.. sekurang2nya, kalau aku pakai kereta tu, tak de la kena tempuhi semua ni.. aku bukan pentingkan diri sendiri.. tapi, aku kesiankan aiman dengan mak.. kebetulan, mak pun kena ikut aku sekali esok.. kami nak mohon bantuan dari unit kebajikan hospital pasal bayaran untuk radioterapi tu.. jadi, esok mak kena ambil surat dari doktor.. saat2 macam ni la yang buatkan kereta tu penting, kann..
bulan 5 nanti, kena bawak aiman pergi ijn pulak.. takkan nak naik bas jugak??