aku dapat award ni dari kak chekdenoor.. rasanya macam aku belum layak lagi jer dapat award ni.. tapi, terima kasih pada kak chekdee sebab sekurang2nya ini mengingatkan aku tentang tugas aku sebagai ibu.. di samping award, ada juga tag yang perlu aku jawab..
....The rules are:
1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
~ aku ada 4 orang anak.. 3 dari perkahwinan pertama dulu dan seorang dari perkongsian hidup dengan suami sekarang.. oleh kerana yang ke 4 ni, aku dapat masa usiaku dah matang sikit, jadi kuranglah menerima layanan buruk dariku.. yang paling teruk sekali aku layan, rasanya si abang.. anak sulungku.. dia memang selalu kena pukul dengan aku.. bukan sebab aku tak sayang kat dia.. tapi, mungkin sebab dia anak sulung dan pengalaman pertama buat aku, jadi aku tak pandai nak kawal sifat marah tu lagi.. aku menyesal sebab jadikan dia tempat melepaskan geram.. geram pada dia dan juga adik2nya.. abang, maafkan ibu yer..
2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.~ ini yang paling payah nak jawab ni.. 7 perkara yang aku suka tentang anak2 ku.. atau yang aku suka buat bersama mereka.. atau perkara2 yang anak2 ku suka tentang aku.. kak chekdee, anak2 saya tidak membesar depan mata saya.. cuma aiman jer.. camana nak jawab?? tapi, saya cuba, ok..1. faiz, yang sulung, sentiasa cuba untuk datang berjumpa aku setiap kali mereka pulang ke kampung.. walaupun di tegah dan di marah oleh ayahnya, dia pasti tetap akan datang.. biarpun cuma sekejap.. dan pastinya, selepas dia datang, pastinya adik2 dia pula akan menyusul.. dan, aku tengok dia juga sayang pada aiman.. biarpun aiman cuma adik tiri sahaja..2. farahin, satu2nya anak perempuanku.. tiap kali berjumpa, pasti mengadu tentang penderaan yang diterima dari ibu tirinya.. selalunya, setiap perbualan antara kami disulami dengan air mata.. dia sering merengek agar aku mengambil mereka.. bukannya aku tak mau tapi, biarlah aku ambil mereka melalui mahkamah.. pasti aku akan tuntut hak penjagaan atas mereka, satu hari nanti.. bila ekonomiku semakin kukuh.. upah untuk peguam bukannya sikit..3. faris, anak ke 3 ku ini agak berat mulut.. paling takut dengan ayahnya.. kalau dah di pesan supaya jangan jumpa dengan aku, pasti dia akan lari kalau aku panggil.. takut benar kena marah dengan ayahnya.. sebenarnya, bekas emak mertuaku duduk di taman perumahan yang sama dengan aku.. rumahnya pun tak jauh dari rumah emakku.. kalau diintai dari kaca tingkap rumah emak, pasti nampak rumah ex MIL tu.. teringat pagi raya pertama selepas aku berpisah dengan ayah mereka.. aku menangis di sebalik tingkap melihat mereka memakai baju sedondon..4. aiman, anak yang paling kecil buat masa ni.. memang manja dengan aku.. aku cukup suka dengar dia ketawa.. biarpun aku tak tau apa yang diketawakannya, tapi pasti aku akan turut tertawa dengan ketawanya.. aiman memang manja dengan aku.. semalam, sakit pinggang aku mendukungnya sebab dia tak nak dengan ayahnya.. dengan aiman ni, aku tak dapat nak marah lebih2 sebab dia ada back up yang kuat- neneknya..5. saat ini, aku memang amat rindukan anak2 pertamaku.. dah hampir 3 bulan aku tak dengar sebarang khabar berita dari mereka.. si faiz dan faris akan menghadapi peperiksaan tahun ni.. aku doakan mereka akan berjaya dalam pmr dan upsr.. insya Allah, aku akan bukak kes untuk tuntut mereka pada tahun depan.. aku tak nak tumpuan mereka pada pelajaran akan terganggu tahun ni..3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you.~ aku nak pass tag ni pada ibu2 muda.. mereka adalah;1. arryani [dia sekarang ni membesarkan anak2 seorang diri sebab suaminya nun jauh di arab saudi]2. naz ilyn [seorang ibu yang terpaksa mengawal anak2 dan juga penyakitnya]
3. erisya nor [biarpun anaknya cuma seorang jer, namun dia tetap seorang ibu]4. kak yong [dia sedang melalui saat2 sukar seorang ibu.. anak2 nya masih kecil lagi..]5. putubambu [dia ni pulak tengah sarat.. anak ke 4..]buat kak chekdee, moga puashati yer.. tapi, cerita saya ni sedih sikit, kann..
21 jejak bertapak:
Terima kasih atas penghargaan ini. Terharu rasa...
Insyaallah, saya akan usahakan..
Kalau dah siap saya invite K.
p/s sdih gak baca jawapan tag nih..
sedih lak acu baca tag akak kali nie...apa2 pun akak byk kn bersabar ye...
kesian nurdaniella .....memang chekdee dapat rasakan bagaimana perasaan bila terpaksa berpisah dengan anak-anak.
Tabahkan hati ya...... insyaallah, setiap kejadiaan...sure ada kebaikannyer
Yahoo.com.my hehehe
Saya dah berjaya siapkan tag saya...Sila tengok eh,,,
Salam
Nurdaniella.. hihi, award & tag.. huhu.. letih nak jawab ni..
Insya Allah, akan ku jawab.. tunggu.. nanti dah siap akan diberitahu.. may b not today.. takdan..
anyway, tersentuh hati membaca catatan u ni.. Insya Allah, pasti ada kemudahan di setiap ranjau yg Allah berikan ini..
tabahkn hati hadapi segalanya yer...
anak tetap akan datang pd ibunya suatu hari nanti...
arryani, huhu.. rasanya kalau tulis novel sedih ni, pasti tangkap leleh ni..
acu, terima kasih yer.. selagi ada kesabaran, akanku pertahankan..
kak chekdee, kan saya dah cakap.. mesti sedih punyer tag saya ni..
arryani, ok.. i'm coming..
kak yong, tak kisah la.. janji jawab.. insya Allah, suatu hari nanti pasti saya akan merasai bahagia..
kuIna, pasti mereka akan cari saya.. tapi, saya nak melalui saat2 remaja bersama mereka..
Pelik juga, tadi pagi ayahanda tinggalkan komen.
Ok, yang masalah adik tu. Boleh anakanda buat sendiri atau bersama ibu.
Bangun jam 2 - 4 pagi, sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat. Lepas tu buat solat hajat 4 rakaat dengan satu salam. Mohon Allah "bukakan hati adik untuk kembali"
Caranya ialah pada rakaat pertama selepas Al fatihah baca surah Qulhuwallah 10 kali, rakaat kedua 20 kali, rakaat ketiga 30 kali dan rakaat keempat 40 kali.
Selepas salam selawat 21 kali dan terus baca surah "Al Hajj" disudahi dengan doa.
Lakukan selama 3 atau 7 malam.
Tak payahlah cari dukun atau bomoh, buat perabis duit aje. Lakukan sendiri dengan penuh yakin dan harapkan taqdir Allah.
knurdaniella....ni yang seriau nak amik award ni....ada syarat huhuhu...hmmm...erisya nak amik gak lah petua uncle tuh....boleh kan?
salam...
terima kasih bebanyak terharu rasanya... belum selayaknya menerima award tersebut... tag basa omputeh ler pulak... sy ni basa omputeh sengal banyak maklumlah belajar basa omputeh takat spm jer...huhuhu.
ayahanda, terima kasih banyak2 yer.. insya Allah akan saya dan mak usahakan..
erisya, biasa la.. mana ada yang free gitu2 jer.. pasti ada syaratnya..
naz, ala.. akak pun takat spm jer.. cuba la suh hubby tolong translate kan..
Sayu bila dapat tahu kisah Nur ni. Kak tie pulak rasa malu kerana dugaan Nur ternyata lebih berat.
Namun, kak tie harap suatu hari nanti, anak2 Nur akan dapat bersama dan bermanja dengan Nur, insyaAllah...
kak tie, terima kasih kak.. tapi, kenapa perlu malu dengan saya?? lain orang, lain dugaannya, kak.. moga saya terus kuat demi mereka..
kak, bila bace sejarah akak saya teringat akan kisah hidup parents saya..mereka juga bercerai seminggu sebelum saya menduduki SPM 2002..dan mungkin saya bernasib baik kerana saya tinggal dengan mak.
kami adik beradik membesar di tangan pembantu rumah kerana ibu bapa sibuk berniaga setiap hari dari seawal 4 pagi sehingga 11malam.
memangla hasil perniagaan mereka kami dapat hidup mewah, kereta sampai 5 buah, rumah sampai 3 buah, tapi hasilnya hubungan kekeluargaan kami tak se-erat mana, tak tahu dimana silapnya..parents kami kerap bergaduh kerana selisih faham apabila ekonomi mula merosot.
selalu saya tertekan melihat parent saya bergaduh dihadapan saya, pernah suatu hari bapa saya mengambil keputusan minum racun untuk lari dari masalahnya dengan mama. adik2 saya menangis ketakutan, emak saya masih berdegil dan tiada tanda mahu mengalah, abang2 saya pula blur x tau nk buat apa sebab mereka pun belasan tahun lagi ketika itu.
saya peluk adik2 saya, kami tumpang kereta entah siapa untuk ke hospital. malu + sedih + kecewa +takut semua ada dalam diri saya ketika itu sbb bapa saya dikenali dipekan kami.semalaman saya menangis. keesokkan harinya saya tak ke sekolah selama 3 hari..saya tumpang rumah kawan baik saya (seorang kwn yang hidup susah)sehingga mak saya jemput saya balik keesokkan harinya..
betapa saya tidak boleh lupakan semua yang berlaku kak, sejak kejadian tersebut bapa saya menghilangkan diri, selama 6 tahun saya tidak dapat berjumpa dengan beliau, cuma syukur, baru tahun lepas saya berpeluang untuk pulang ke kampung pada cuti semster untuk berjumpa beliau.
kak, saya selalu mendengar/membaca kisah orang yang lebih menderita dari saya kerana saya ingin melupakan semua ini. saya berharap suatu hari nanti apabila saya berumah tangga, saya akan bertanggungjawab dan tidak mengulangi sejarah parents saya.
terima kasih kerana kak sudi berkongsi luahan hati kak disini, sedikit sebanyak dapat mengubati kesedihan hati saya. untuk akak, saya doakan agar kak dimurahkan rezeki, dipermudahkan urusan untuk mendapatkan kebahagiaan akak semula. saya akan selalu mengikuti post akak walaupun saya sedikit sibuk dengan study :)
knurdaniella...wokei tag telah dibayar :)
dnasura, terima kasih sebab sudi berkongsi kisah di sini.. ingatlah dik, kalau kita rasa kita susah, sebenarnya ada yang lebih susah dari kita.. walau apapun dugaan kita, hidup mesti diteruskan.. dan, seharusnya kita jadikan hidup kita lebih baik dari semalam..
erisya, ok.. akak gi tinjau, yer..
sabar ye.. setiap yg berlaku tu ada hikmahnya...
jgn lupa berdoa utk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat..
usaha lah di mahkamah sebelum benar2 terlambat...
semoga Nurdaniella lebih tabah utk menghadapi hari2 mendatang... (kuat betul dugaan awak sebagai ibu)
* terima kasih di atas award itu..
thanx lawat belog sy kak. at least kisah hidup kak buat sy sedar tentang ujian hidup. semoga happy dan sihat selalu =)
salam putu, terima kasih.. akan akak usahakan untuk ambil mereka semula..
dnasura, terima kasih jugak sebab lawat blog akak ni.. sama2 la kita tabah menghadapi semua ujianNya..
Kak..
adik doakan semoga akak berjaya mendapatkan kembali hak penjagaan anak-anak akak..
Cian dorang..
Bahagianya berada dalam dakapan seorang insan yang bernama ibu..
LOL, akak akan usahakan..
Catat Ulasan