Selasa, Mac 24, 2009
sejak mak masuk hospital ni, hidup aku jadi sedikit kelam kabut.. kelam kabut sebab terpaksa berkejar ke melaka sentral selepas waktu kerja.. untuk apa?? sebab nak ambil aiman yamg mengikut ayahnya bekerja.. sementara suamiku bekerja shift petang ni, dapatlah aiman mengikut ayahnya.. suamiku kan bekerja sebagai time keeper di syarikat bas tuah.. jadi, tidaklah terlalu terikat dengan kerja yang padat.. aiman seronok di situ.. ada konduktor2 dan driver2 yang rajin melayan keletahnya..
kalau dia mengikut aku ke pejabatku, yang boleh dibuat main cumalah komputer ni.. berapa lama la dia boleh hadap pc ni.. tak sampai sejam, dia pun bosan.. aku pun kesian jugak kalau dia ikut aku.. tak ada apa yang boleh menghiburkan dia kat sini.. bos aku pun bukanlah seorang yang sporting.. terkadang aku rasa macam nak hantar surat resign jer.. tapi, bila fikirkan pasal hutang yang perlu aku langsaikan, niat tu terpaksa di tarik balik biarpun sebenarnya surat tu dah siap dah pun..
emak kat hospital pun aku tak pergi jenguk semalam.. bukannya apa, kalau aku pergi dari melaka sentral, aku terpaksa melintas jalan yang sibuk untuk ke hospital tu.. kalau aku seorang diri, aku boleh lari jer.. tapi, kalau dah dokong aiman, nak lari macam mana.. ada pulak yang tergolek kat tengah jalan tu.. ngeee.. jadi, aku rasa, bila suamiku kerja shift pagi dan bila aiman ada denganku sekali, barulah aku pergi jenguk mak setiap hari selepas waktu kerja.. sebab, dari tempat kerja aku ni, ada sebuah bas yang akan melalui hospital dalam route dia nak ke melaka sentral.. jadi, mudahlah bagi aku nak ke hospital tanpa perlu melintas jalan..
6 jejak bertapak:
Kadang2 kita tak mahu langsung lalui semua ini kan??..
TAPI...semua ini yg mngajar kita erti hidup.
Be strong...kita kena kuat utk org2 dsekeliling kita...
Aima juga akan membesar sebagai seorang lelaki yg tabah dan berani kelak. Percayalah.......
terkejar-kejar ke sana sini..
bahaya melintas jalan..
LOL pun xsuka lintas especially ngn pakaian formal..
kalau jeans, ok jer..
sepantas kilat aku lari..
huhu..
Bila akak nak LOL setabah akak, LOL tahu keTABAHan akak melebihi segalanya..
LOL percaya itu.
arryani, adakalanya ketabahan itu menjadi semakin kuat bila orang yang kita sayang pun tabah menghadapi dugaan bersama..
LOL, hehe.. tu la pasal.. kalau akak sorang2, memang pakai redah jer.. semoga kita sama2 tabah, ye dik..
Smoga pengorbanan akak yg byk pada mak aku tu akan dihargainya nnti. Kdg2 kita susah2 ni mak bkn tahupun..
emy, tapi kalau nak dikenangkan jasa mak pada kita, macam tak berbaloi jer semua tu..
Catat Ulasan