entah kenapa,
bila terbaca tentang kesedihan yang menimpa dia,
hatiku turut berduka,
biarpun dia bukan teman yang nampak di mata..
entah kenapa,
mataku turut berkaca,
bila hatiku terasa dukanya..
entah kenapa,
dia yang tak pernah nampak di mata,
rapatnya amat terasa..
entah kenapa,
duka saat terbaca kisahnya,
menghapus semua rasa,
yang tinggal cuma duka..
dik,
moga kau akan kuat,
moga kau akan tabah,
seperti yang selalu kau ucapkan,
pada akak..
8 jejak bertapak:
salam...
tulah yang peliknya blogger...
tak pernah bersua muka
berbicara sekadar kata-kata
berkata-kata bisu tanpa suara
namun bertaut rasa
berkongsi suka dan duka
i've read all ur writings! i'm so touched. semoga allah senantiasa merahmati akak sekeluarga,amin...
Tersentuh sama.........smoga apa kita dapat lalui hari2 kita dgn kuat utk org2 skliling kita...
Kita perlu kuat...
kita perlu tabah...
kita perlua bersemanat...
Untuk siapa??
Untuk org2 sekeliling
untuk org yg sygkan kita...
naz ilyn, betul tu.. kita jadi rapat sebab penulisan dan penceritaan kita, kann..
sheikh helmi, terima kasih.. moga2 doa anda dimakbulkan.. aamiiinnn..
arryani, kita harus kuat kerana kita harus meminjamkan kekuatan kita tu pada orang2 yang kita sayang..
Kak..
Terima kasih atas segala kata2 akak. Terima kasih atas comment akak. Thanx 4 ya words kak..
Setelah membeca segala comment2 bloggers yang lain, adik sedar adik tak sendirian..
Terima kasih kerana sudi memberi kekuatan kepada adik..
adik amat bersyukur mengenali kakak dan bloggers yang lain.
thank u kak..
adik jugak rindukan kakak..
LOL, at last.. rindunya kat LOL.. datang kembali semangat akak yang LOL dah bawa pergi.. syukur LOL dah ok..
Kak..
Maafkan adik kerana membuatkan akak ternanti-nanti adik.
adik sebenarnya rindu sangat kat akak tapi apakan daya, adik masih trauma dengan pemengian Vieo..
Adik masih terkejut sangat kak.
sehingga kini adik seolah tak percaya bahawa dia dah pergi.
semalam adik tengok2 gambar2 dia, adik menangis sendiri..
adik lemah semangat kak..
Terkejut sangat..
Namun, dengan adanya kekuatan daripada akak dan teman2 yang lain, sedikit sebanyak adik bersemangat semula..
Kak..
adik sayangkan akak..
alamat akak?
nnt akak send alamat akak kat email adik:
rekhapearls@yahoo.com
LOL, nak alamat akak?? ok, nanti akak email kan yer..
Catat Ulasan