Sabtu, Mac 07, 2009

seram sejuk sekejap..

'meh la naik'
aku geleng2 kepala..
'tak nak??'
aku geleng2 lagi..
insiden ni berlaku masa aku tengah tunggu bas pagi tadi.. kebetulan hari ni aku keluar rumah lambat sikit.. mak dah beli kuih untuk sarapan dan ajak aku minum.. takkan aku nak tolak rezeki pulak, kan.. lagipun takut mak kecik hati pulak.. memang masa tengah turun bukit tu, aku nampak bas dah lepas.. tapi, aku betul2 tak sangka benda ni akan berlaku..
tetiba jer, kancil ni berhenti depan aku.. mamat tu dah la seorang diri jer.. pastu, badan dia dua kali ganda saiz aku.. mujurlah, aku cepat2 menggeleng, di saat akal aku belum sempat berfikir.. ishh, buatnya aku menurut je ajakan dia tadi.. entah kat mana la aku sekarang, agaknya.. aku akan ingat nombor plat kereta tu sampai mati..
aku ada jugak terfikir, mungkin mamat tu benar2 ikhlas nak membantu.. tapi, buat apa nak ambil risiko, kann.. kalau betul niat dia ikhlas, terima kasih la banyak2.. tapi, kalau ingatkan balik cara dia pandang aku tadi, eeiii.. seram sejuk rasa badan..

15 jejak bertapak:

azza_irah berkata...

orang kata beringt sebelum kena kan kak...elok la mengelak jika hati kita ragu2..nnti jd apa2 kita yang nyesal tak sudah...

arryani berkata...

Jangan cari penyakit......

Biar lambat asal selamat.

Jangan nak tambahkan statistik plak. Beringat sebelum kena. Bukan cakap kita buruk sangka. TAPI...cegah sebelum apa-apa hal berlaku...

Lain kali jgn duduk sorg2. Kes ragut...kes rogol...kes cabul....sentiasa mengintai...

Itulah harga yg perlu kita bayar utk mnjadi perempuan.Hmmmmmmmm

chekdenoor berkata...

jangan percaya kepada orang yang kita tak kenal.

sekarang ni banyak sangat kejadian yang buruk...so...berhati-hati ya

erisya nor berkata...

betul betul betul...baik berhati2. bukan semua orang baik macam kita ;)

naz ilyn berkata...

salam...
betul tu beringat sebelum kena... walau pun kita nampak dia baik dan tak terfikir dia akan melakukan perbuatan yang tak baik pada kita... tapi sebaiknya biarlah fikir yang buruk sebelum menyesal kemudian hari.

p/s: bagus tindakan akak tak payah fikir panjang lagi...

nurdaniella berkata...

salam azza, betul3.. mujurlah akak tak naik, kann..

arryani, tu la pasal.. agaknya dia ingat akak ni murah sangat ker..

kak chekdee, terima kasih kak..

erisya, memang betul tu.. yang pakai topeng 'baik' tu lagi ramai dari yang betul2 baik, kann..

naz, betul tu.. terima kasih sebab bagi peringatan..

PUTUBAMBU berkata...

uish..jgn berani sangat... kena berhati-hati selalu..

pernah gak baca citer macam ni dlm novel.. tak sangka awak pun kena gak..

just take care ye..

Tie berkata...

Alhamdulillah.........Nur selamat....

Memang kena hati2. Perkara itu takkan berlaku sekali saja... Kena ingat pada masa2 akan datang...

Uncle Lee berkata...

Hi Nurdaniella, you have to beware of such people.
Always think rationally as today too many crooks around.
Take care, ya? Best regards, Lee.

en_me berkata...

mesti hensem kannnns.. ihihi

nurdaniella berkata...

putu, macam dalam novel?? hehe..

kak tie, selalunya tak jumpa pulak mamat tu.. lepas ni, kena extra berhati2..

uncle lee, thank you for your concern..

en_me, tak sempat nak fikir mamat tu hensem ke tidak..

fazemy berkata...

2 3 hari ni byk kes kena rogol ramai2. puncanya ikut org tak dikenali la. Ya Allah..mintak dijauhkan..

nurdaniella berkata...

emy, huishh.. mintak selisih malaikat 44..

LotsOfLove-Pearls berkata...

kak..
take gud care..
jangan sesekali terpedaya kak..
cmana baik sekali pun jika kak tak kenal, pls dont..
beringat sebelum kena..

**tapi kalau adik yang berada dalam keta nak tumpangkan akak, silalah naik k.. confirm slamat sampai dan tak diapa-apakan..
huhu..
lamanya tak bergurau..

nurdaniella berkata...

LOL, hehe.. kalau akak tau LOL bawak kereta apa, belum sempat LOL berhenti lagi, akak dah tahan dah..