Rabu, Disember 24, 2008

kisah emakku V

hari isnin lepas, emak kena pergi hospital lagi.. mengikut perancangan awal, doktor akan mengambil sample dari dalam tekak mak ari ni.. tapi, selepas berjumpa doktor pada hari isnin tu, mereka sepakat nak memotong terus ketumbuhan itu pada hari jumaat ni..

masuk hari ni, dah 3 hari la mak kat spital.. aku dapat melawat emak pada waktu petang je la.. niat hati nak temankan emak malam2, tapi tak dapat pulak.. suamiku sekarang membantu rakannya berniaga kedai makan.. waktu operasinya pulak dari pukul 4.30 petang sampai pukul 2 pagi.. takkan aku nak bawak aiman tidur kat spital sekali.. terpaksalah mak memberanikan dirinya.. huhu.. mujurlah, hari ahad tu, along dah bawak mak buat air penawar.. untuk hilangkan gemuruh.. sebenarnya, memang along yang bawak tapi aku dan angah pun ikut sekali la.. dah macam rombongan che kiah la pulak.. moga2 dengan adanya air penawar tu, mak akan rasa tenang sikit..

terkadang, orang2 yang sebegini, mereka kurang keyakinan pada diri sendiri.. bila ada sesuatu yang mereka percaya boleh membuatkan mereka tenang, barulah mereka yakin.. walaupun hanya sebotol air..

apa2 pun, aku doakan emak akan selamat.. Amiiin...

4 jejak bertapak:

chekdenoor berkata...

Salam,
Untung mak Nurdaniella ada anak seperti kalian....... sure dia akan berasa sangat selesa dengan keperihatinan anak-anak.......

naz ilyn berkata...

Salam kenal...

dulu masa mak sakit kat hospital camtu gak... bila jururawat datang nak ambil darah mak dah tak tentu arah... mendudoi mak menjerit bila hujung jarum menusuk masuk ke dalam kulit... mak memang takut duduk kat hospital... bila sy kata nak balik dia mula buat-buat sakit... tapi nak buat camner sy ada anak kecil yang perlukan susu dari tubuh sy... dia terpaksa sy tinggalkan dibawah jagaan anak saudara... mujur hanya dua hari saja.

p/s: sy katakan padanya... kalau mak nak balik cepat... kenalah cepat sembuh dan makan banyak sikit..(klu kita tua nanti macamnerlah agaknya...)moga mak nur akan cepat sembuh... amin.

ijan berkata...

semoga ibu anda akan cepat sembuh n sihat spt sedia kala...

aminnn...

nurdaniella berkata...

kak chekde, terima kasih sebab sudi melawat saya di sini.. bila keadaan jadi macam ni, terasa kami lebih rapat.. mungkin ada hikmahNya di sebalik semua ini..

naz ilyn, terima kasih juga di atas lawatan naz.. ini dah kali kedua mak masuk hospital untuk kes yang sama.. sebulan lepas mak macam check in hotel jer.. doktor tak dapat buat apa2 sebab darah mak naik sampai 200 lebih.. seminggu jugak la menetap di spital..

sultan, terima kasih atas keprihatinan anda..