Rabu, Disember 03, 2008
aiman sekarang ni dah hampir 2 tahun setengah.. ni tengah sibuk nak belajar bercakap.. dah boleh la bina ayat dari dua patah perkataan.. kalau kita tanya apa2, dia dah faham dan dah boleh la jawab.. sama ada kita faham atau tak jer.. kengkadang tu, dia macam bengang jer bila kita tak faham apa yang dia cakapkan.. dia akan ulang perkataan tu sampailah kita faham.. kengkadang tu, aku buat2 la macam faham dan angguk2 kepala..
aku bersyukur kerana dia membesar seperti kanak2 yang lain.. tak nampak macam dia ada penyakit.. dia aktif, terkadang mengalahkan anak2 yang normal.. bila bermain, tak mudah penat.. kengkadang aku yang keletihan bila dia ajak main kejar2.. aku harapkan dia akan sihat macam orang lain.. dan semoga usianya lebih panjang dari aku..
6 jejak bertapak:
itu doa mak untuk aiman ( ada sakit ) itu ' bahagian ' dia.semuga dia menikmati hidup seharus dan seadanya......sebab dunia ini adil untuk aiman dan maknya.....
itulah yang saya harapkan.. semoga keadilan itu ada untuk setiap kita..
kasih ibu membawa kesyurga.. banyakkkan bersabar.. salammmz
tima kasih en_me.. insya Allah, moga kesabaran sentiasa bersama saya..
nurdaniella..
doa ibu amat mustajab..selain berubat jgn putus asa berdoa. Ingat pada seorang kawan...anaknya 8 org tapi kalilepas tahajud dia buat solat hajat untuk setiap otg anaknya....lengkap dengan sebut nama penuh anak masa berdoa! Fuh! nasib baik anak erisya tak ramai...so boleh lah buat :)
Erisya juga turut doakan nurdaniella dan aiman....
terima kasih erisya.. hanya doa sahaja yang mampu saya berikan buat aiman.. doktor kata tiada ubat untuk dia..
Catat Ulasan