Selasa, Disember 09, 2008
hari sabtu lepas, negara digegarkan dengan berita tanah runtuh di bukit antarabangsa.. 14 buah banglo mewah tertimbus pada pukul 4 pagi.. walaupun ada segelintir rakyat melaka sibuk menantikan ketibaan datuk srk tapi aku menghabiskan masa di depan tv.. menantikan berita terkini tentang runtuhan tanah tu..
pada aku la, yang menjadi punca pada tragedi ini adalah sikap manusia itu sendiri.. selepas tragedi highland towers dulu, ada satu akta dikeluarkan tentang projek di atas dan di cerun2 bukit ni.. tapi, oleh kerana tiada ketelusan pada sesetengah pegawai, masih ada lagi projek yang dijalankan.. aku yakin dalam hal ini, ada aktiviti rasuah yang berlaku.. kalau tidak, masakan perkara ini ada yang terlepas pandang.. dan aku yakin, bukan calang2 orang yang dirasuah bagi meluluskan projek perumahan ini.. bagi aku, pemaju hanya memikirkan keuntungan, soal keselamatan dan nyawa pembeli tiada langsung dititikberatkan..
aku rasa sepatutnya, setiap projek perumahan yang hendak diluluskan, mestilah mendapat perakuan dari IKRAM.. biar IKRAM buat penilaian terlebih dahulu tentang keadaan tanah di tempat projek.. bila dah ok, barulah luluskan.. ni tidak, bila dah kena suap, tapak projek pun tak ditinjau terlebih dulu.. terus je luluskan.. bila dah jadi macam ni, baru nak buat penilaian.. dah tak de maknanya..
kalau aku jadi PM, aku akan siasat siapa yang meluluskan projek tu.. pastu aku akan arahkan pihak pemaju cari tapak lain dan ganti balik 14 buah banglo yang ranap tu.. kalau tanah kat situ runtuh lagi dan ada lagi rumah yang tertimbus, pihak pemaju kena ganti jugak rumah yang tertimbus tu..
itu kalau aku la yang jadi PM..
4 jejak bertapak:
nurdaniella,
camni, kenalah jadi calon dulu...barulah rakyat boleh pangkah undi :)
Dah balas komen kat n3 dimana kasihmu. Nampaknya kita ni banyak persamaan. :)
erisya, hehe.. dunia politik adalah dunia yang paling kotor sekali.. tak nak la masuk kat situ.. antara kita banyak persamaan mungkin kerana pengalaman yang kita tempuhi.. itulah pengajaran yang tidak ternilai..
nurdaniella, setuju ngan awak...politik pejabat pun dah buat saya mual huhuhuhu
Iya mungkin kita byk persamaan pengalaman :) pape pun be strong!
thanks erisya.. moga persamaan ini akan merapatkan kita.. walau hanya di alam maya ini.. kan..
Catat Ulasan