jumaat lepas, kira2 pukul 4.30 petang, aku sms along, bertanyakan keadaan emak.. tiada jawapan.. risau aku.. aku sms pulak kakak iparku [isteri along].. pun tiada jawapan.. dalam fikiran mula terbayangkan perkara2 negatif.. airmata dah mula bertakung.. hati rasa betul2 tak sedap.. aku telefon angah, tak berangkat.. telefon isteri angah, pun tak di angkat.. telefon pulak anak buahku [anak angah], masuk voicemail.. hati bertambah2 kacau.. aku telefon pulak hospital.. wad 1-3.. nurse tu kata emak dah dipindahkan ke wad ICU.. airmata yang bertakung tadi dah tumpah.. mengalir laju selaju2nya..
ya Allah, janganlah jadi apa2 pada mak.. lutut rasa lemah sangat.. macam tak berdaya rasanya nak turun tangga ofis ni.. mujurlah suami dalam perjalanan untuk mengambilku.. terasa lambat benar dia sampai..
selepas aku menghantar suamiku ke tempat kerjanya, aku ke hospital.. dalam hati, hanya Allah aje yang tahu.. terasa perjalanan terlalu lama.. sampai hospital, aku bergegas ke ICU.. mujur angah menelefonku di saat aku sedang tercangak2 mencari di mana letaknya ICU.. airmataku tumpah lagi bila terpandangkan angah dan kak iparku..
di saat aku menatap wajah emak dalam ICU, aku cuba tahan sebak di dada.. aku tau mak tau aku datang.. mak bukak mata bila dengar suara aku.. mungkin kerana ubat bius tu masih ada sisa2 nya lagi.. aku selimutkan mak bila terasa tangannya yang sejuk..
sabtu petang, jam 5, emak di tolak masuk ke wad biasa kerana mak dah sedar.. alhamdulillah kerana emak semakin pulih.. menurut doktor, ketumbuhan itu tergolong dalam kumpulan kanser dan menurutnya lagi, bukan hanya satu itu saja yang telah di buang tapi ada 7 ketulan2 kecil di sekitar tekak dan hidung.. banyak tu, dah macam adik beradik ultraman la pulak.. kata doktor lagi, yang 7 tu, 'anak2' nya sahaja.. maknanya ibu kanser tu masih ada lagi dalam badan mak dan doktor pun tak tau mana puncanya..
hari ini, emak dibenarkan pulang.. gembira rasanya hati.. syukur alhamdulillah..
buat teman2 yang prihatin, jutaan terima kasih kerana bersama2 bersedih dan bersama2 mendoakan keselamatan emak.. moga persahabatan kita di alam maya ini akan berkekalan hingga ke akhirnya.. terima kasih sekali lagi..
3 jejak bertapak:
alhamdulillah kak..mak dah sedar dan dibawa pulang..
azza simpati..sedih bc entry2 ni sume..kl lah azza kat tempat akak tak tahu lah bgmana..
mg akak makin kuat dan tabahkan hati..
Sebak rasanya...moga2 dia cepat sembuh...
azza, mungkin sebab tu Allah timpakan ujian ni atas akak.. Dia tau akak boleh terima semua ni.. tapi akak juga manusia biasa.. depan semua orang, akak cuba tahankan airmata.. tapi bila dok sorang2, macam air paip lajunya airmata ni..
kak tie, memang sebak yang teramat hati saya ni kak..
Catat Ulasan