Selasa, Disember 09, 2008
semalam semua umat Islam di dunia ni menyambut hari raya aidil adha.. kasihan juga aku pada rakyat kelantan dan terengganu yang terlibat dengan banjir.. biasanya hari raya korban ni di sambut meriah oleh orang2 utara dan pantai timur.. pasti ada yang bersedih di saat ini..
dan aku juga rasakan tahun ini adalah yang paling meriah bagi aku sekeluarga.. memula, angah sekeluarga tiba kat rumah.. lepas makan ketupat segera dengan rendang ayam serta lemang, kami borak2.. sebaik angah membuka mulut nak mintak diri untuk ke rumah mertuanya pula, along pulak sampai.. tak jadi angah nak balik.. duduk berborak lagi.. pastu, menyusul pulak pak busu dan juga anak2 nya.. waah.. dah padat dah rumah aku [sebenarnya, itu rumah emak, aku menumpang jer]...
seronok rasanya bila dah berkumpul ramai2 macam ni.. bukannya senang nak kumpulkan saudara-mara.. aku ingat nanti bila aku dah senang sikit, aku nak buat hari keluarga.. cari satu tempat, macam kat tepi pantai ker.. pastu sewa chalet [ala, cari la yang murah2 punya].. mesti diorang nak join punya.. sapa tak nak kalau dapat bercuti.. free lagi.. tapi, mampu ke aku.. ramai tu sepupu sepapat aku.. kalau nak buat free, mau habis duit aku..
8 jejak bertapak:
salam..
first time datang berkunjung nie.
dah baca beberapa kisah tapi xsempat tinggalkan komen. ni frst coment ar..
Selamat Hari Raya Aidiladha..
-LotsOfLove-
salaams Nurdaniella,
Biasanya erisya ngan adik2 buat tabung. erisya tanya budget baper..then kami bayarlah sorang sikit.Duit tu biayai segala2nya..duit hotel, minyak dan makan! Jk buat ladies nite ngan kengkawan pun, kami buat dana camtuh....memang menjimatkan..sebab kami belanjakan wang yang dalam dana jer tanpa kacau duit poket sendiri.
lotsoflove, terima kasih sebab sudi masuk ke blog yang tak seberapa ni..
erisya, bagus gak idea tu.. tapi, orang kata rambut sama hitam, hati lain2.. saya paling takut bab duit ni.. pasal duit, adik-beradik boleh berpecah-belah..
betul tuh..tapi so far, adik2 memang serah kat erisya bab duit ni. kengkawan pun camtuh...erisya yang pegang duit so erisya tak perlu risau huhuhu...
erisya anak sulung ker? kalau macam tu, senang la cerita.. saya ni ada 2 orang abang.. seorang ok tapi yang lagi satu tu ada problem sikit.. hehe..
a'a erisya anak sulung...pepe pun, adik2 lebih suka erisya yang handle...diorang kasi duit jer huhuhu
selamat hari raye aidiladha :)
selamat hari raya faqiha..
Catat Ulasan