Sabtu, Februari 28, 2009

kisah emakku VIIII

semalam petang, aku dapat panggilan dari hospital melaka.. katanya, emak kena start buat radioterapi [bukan kimoterapi, aku tak tau apa bezanya] pada 18/03 ni.. lagi dua minggu la lebih kurang.. radioterapi tu nanti akan dilakukan di hospital pantai, ayer keroh.. makanya, emak terpaksa masuk ke wad di hospital melaka dan akan di bawa dengan ambulan ke sana.. rawatan adalah dari hari isnin sehingga hari jumaat.. sabtu dan ahad, mak boleh balik.. dah macam dok kat hotel, kann..

kalau ada transport, mungkin mak boleh ulang alik dari rumah jer.. masalahnya, siapa yang nak hantar mak setiap hari ke sana.. sebab tu, mak kena dok kat wad.. tapi, kesian kat mak.. aku takut mak tak boleh tidur malam jer.. tu je masalahnya kalau mak dok kat wad ni.. mak aku ni kan penakut sikit..

malam tadi, bila aku sampaikan pesanan dari jururawat tu pada mak, mak cakap ngan aku.. kalau mak tak payah buat, boleh tak?? aku cuma diam jer.. aku pandang muka mak.. kelu lidah nak berkata2.. aku kesian kat mak..

6 jejak bertapak:

Dearie Pearls berkata...

Hye Kak..
LOL pun rasa cian plak kat Mak..

Tapi doa2 kami semua, semoga Mak akan pulih seperti biasa..

**Kemoterapi ialah ubat anti kanser yang diberi untuk memusnahkan sel kanser. Manakala radioterapi pula ialah rawatan radiasi yang menggunakan sinar-X bertenaga tinggi untuk merawat kanser**

http://www.malaysiaoncology.org/article.php?aid=482

sakurasa 2 berkata...

Nur kita sama2 doakan moga mak nur cepat sembuh.

Dearie Pearls berkata...

Kak Nurdaniella..
LOL sangat sedih sekarang..

Tanpa Nama berkata...

Semoga mak akak OK.

Sedih tu, mmg sedih kan. Tapi sekurang2 nya kita beriktiar. Kalau dia tak pergi, lagi lah sedih.....

Anggap saja itu utk kebaikan dia. Kita kena relakan juga. Kalo ada masa, lawatlah dia...Kena terangkan betul2, knapa dia perlu kesana. Jangan sampai dia terasa hati kerana tidak mendapat penjelasan yg tepat. Harap dia memahami.

PUTUBAMBU berkata...

sabar dan tabah jelah menghadapinya..
berikan kata2 semangat buat emak..

dan kita sebagai anak..seharusnya lebih strong.. jgn tunjuk depressed sangat kat dia..

semoga mak awak cepat sembuh ye.. aminn..!!

nurdaniella berkata...

LOL, terima kasih atas info tu.. moga kita sama2 kuat dan tabah ye, dik..

sakura, terima kasih..

arryani, mujurlah mak dapat terima yang mak memang kena tempuhi semua tu..

putu, terima kasih yer.. aamiiinn..